Sunday, August 3, 2008

Rumah Di Yanbu, KSA.



First time masuk ke rumah ni, terkedu sekejap. Bukan apa, ingatkan keluar dari rumah kat Bukit Jaya, Ulu Tiram dapatlah lari dari rumah yang bertangga-tangga. Sekali tu... masuk je kat dalam rumah ni.... alamak!! bukannya tak ada tangga tapi ditambah lagi bilangan tangganya. Hehehe... En. Leman saya ni agaknya memang suka rumah yang bertangga kot. Bukan complain tapi sekadar bercerita. Jangan marah cik abang oii... Kuruslah nampaknya macam ni. Ye ke!!!

Rumah ni memang cute. Kurus tinggi, tiga tingkat. Di tingkat bawah sekali ialah ruang tamu dan ruang makan. Tingkat dua ialah dapur sahaja dan tingkat tiga ialah ruang tamu (yang telah diconvertkan ke bilik Alya) dan master bed room. Kira sesuailah dengan keluarga kecil macam kami ni. Bab nak mengemas.... nanti ku fikirkan macam mana.

Rumah tanpa bumbung. Memang susah nak cari rumah yang ada bumbung kat sini.

Pintu kiri ke rumah kami dan pintu kanan ke rumah Hj. Fadzil.

Ruang tamu. Masih kosong tanpa perabut. Rasa macam baru kahwin lak. Langsir tu tiada dijual di mana-mana kedai langsir.

Ruang makan dan sebahagian daripada tangga yang harus ku daki dan ku turuni setiap hari.

Dapur di tingkat dua.

Bilik tamu di tingkat tiga yang telah diconvertkan ke bilik Alya. Katilnya belum order lagi.

5 comments:

Dida... said...

Salam..

Cantiknya rumah akak.. tpegun sekejap.. kalau x keberatan, nk ty berapa sewanya tu? dekat area mana? mana tau.. satu hr nnti kita boleh berjiran..ada gak kawan.. :)

Ejalz said...

salam Mas, selamatlah menguruskan 3 tingkat tu... confirm badan cik mas kita nanti maintain solid-molid.. heheh..
jangan lupa, bersedia... kami akan serbu rumah anda bulan depan.. hehe

Zahraa George said...

cantiknyer rumah kak mas....selesa..hehe..3 tingkat lagi tu :)

**pssst- tak penat ker akak naik tangga..hehe...

Masdihana Hamzah said...

salam dida.

Cantik mmg cantik tapi umah sewa je... Nak umah cam ni ke? sanggup ke awk mendaki tangga2 menuju puncak setiap hari.. hehehe.. kaki ni pun dah mula lenguh2 dah...

salam ejalz.

Amboi seronoknya bercuti... pergi pangkor lagi. Jealous gitu.Balik nanti tlg belikan kicap manis sebotol leh tak...dah gian sangat ni.

Jemput le datang umah balik nanti. Nak makan apa sebut aje... tapi yang ada jual kat sini je.. nanti kami bungkuskan..hehehe

Salam as,

apa nak buat dah nasib badan. lari dari mulut rimau masuk kat mulut beruang. Cik abg saya ni mmg suka tangga kot. Kat jb pun rumah bertangga gak.. kaki ni dah lenguh2 dah... kat mana ada tukang urut?

REENAZ said...

Ai Mas! 'menguruskan' rumah atau badan??? he he he . 2 in 1... Jgn mareee...Same promote rumah nampak...Pe2 pun memang cute rumah pasangan En leman & Pn mas kita ni....