Tuesday, August 12, 2008

Keperluan asas wanita.

Gambar-gambar ini aku ambil semasa kami sekeluarga ke Ladies Street, Balad Town malam semalam bersama dengan keluarga En. Zainuddin (OBM). Terpegun japlah aku kat situ. Macam-macam ada..... Kebanyakkan kedai kat situ menjual barang-barang keperluan asas kaum wanita seperti baju abaya, baju seksi, kasut, beg tangan, perhiasaan diri, make up, kain ela dan macam-macam lagi. Datang sendiri le baru tau..... Sebab tu agaknya kat situ dipanggil Ladies Street kot. Rasa-rasanya semua orang pompuan kat Yanbu ni kena le datang situ. Syurga membeli belah gitu. Selain daripada tu, abaya dia pun cantik-cantik belaka dan murah pula tu. Mula-mula tu, isteri En. Zainuddin je yang nak beli abaya, last-last isteri En. Leman pun terbeli gak. Kikiki......

Antara kedai baju abaya yang kami masuk. Selain warna hitam, abaya ni pun ada pelbagai warna gak.

Bagi Puan-puan yang suka pakai singlet amoi ni kat rumah, tak payah le bawa banyak-banyak dari Malaysia, kat sini pun banyak gak, sexy lagi tu........


Bila agaknya ek, minah arab pakai baju macam ni? Sapa boleh jawab.

Selain daripada tu, kat Balad Town ni juga terdapat banyak kedai yang ala-ala macam kat Pekan Kuah, Langkawi gitu. Bermacam-macam peralatan dapur boleh didapati kat situ. Daripada periuk yang bersaiz kecil, sederhana sehinggalah ke periuk yang orang Malaysia selalu buat kenduri kahwin tu. Kuali pun ada pelbagai jenis dan bentuk. Pada you all yang suka buat roti jala, bawa acuannya sahaja sebab kuali leper pun ada dijual kat sini.
Tu dia.... segala macam jenis dan saiz periuk belanga dan pinggan mangkuk.
Sediakan jelah duit nyer banyak-banyak Cik Abang ooiiii....

So, bagi you all kaum wanita yang bakal datang ke mari atau yang dah ada kat Yanbu, KSA ni, jangan risau dan jangan bimbang kerana keperluan asas kaum wanita ada banyak dijual di sini. Tak payahlah nak bawa banyak-banyak dari Malaysia. Yang perlu you all bawa ialah bahan-bahan masakan yang tak de kat sini atau kadang-kadang je ada seperti lada kering, ikan bilis, cili sos, kicap cap kipas udang, sup bunjut adabi, kaya, budu dan belacan.

p/s : takut agaknya En. abang tu nak bawa isteri masing-masing ke mari.. hehehe... tak pe le bang sekali-sekala je bukannya selalu... kan..kan..kan..

4 comments:

mama said...

salam,

macam best je...jauh tak dr Yanbu? InsyaAllah saya akan ke Yanbu hujung September nanti..

Ejalz said...

salam mama abid.. tak jauh yanbu sinaiyah ngan yanbu bhar nih.. 20 min driving dah sampai... kalau ujung sept smpi sana, sedang elok la tengok kemeriahan yanbu di waktu malam di bulan puasa.. memang meriah sampai midnite.. tak pernah di tengok kat mesia.. (ke saya yang tak penah tengok? hehe).. cik mas kita pun ni ler first time nak rasa kemeriahan ramadhan kat yanbu kan..kan..kan.. tapi memang best puasa kat arab saudi nih.. meriah dia lain macam.. sabar la puan-puan ye menanti ramadhan di yanbu..

Masdihana Hamzah said...

salam mama abid.

terima kasih sbb singgah kat blog saya ni.

welcome to Yanbu bulan september ni. jgn bimbang kat sini dah ada pakar.Siapa lagi Pn Ejalz kita le.... nanti dia boleh le bawak puan jln2 keliling Yanbu. saya ni jadi bodyguard je boleh le..hehehe


salam ejalz,

ye ke bulan posa nanti lagi happening. ingatkan hari tu dah happening dah.. tengok kain ela dia... lawa2 tu.. macam kain nak buat baju pengantin je....

EINAZ.. said...

salam... sory la yek coz akak baru nk blas mengenai kuih siput tu..hehehe..
sibuk buat persiapan nk ke mcca masa tu.bercuti 2 hri di kg husbnd.kebtuln masa tu mothr in lw x brp cihat n blk psr gdg akak n ank last x brp cihat lak..dgn comptr yer skli sakit.nasib baik ada labu jnr technicn paling muda (hero no.2) kat umah ni. mtk tlg dia tukarkn comptr dia n akaknye.klu maz tngok pn maz x caye..hero akak yg sorang ni bru drjh 3 pas tu kurus kedengkek lgi dh kena dera angkt cpu.tpi psl comptr ni jgn nk temberang ngan dia..tu yg asyik kluar msuk umah arnab je cpu2 akak ni.

Pasal kuih siput tu x dak masalah.. kasi je almt akak kasi pos la ape lg... kebtln 2 mggu lps akak ank brnak baru je menghbiskn 1kg kuih siput yg akak beli melalui jiran kwn akak. memang sodap!! tak mcm yg dulu2 akak pernah beli.. ya Allah... meleceett abis gusi2 ni.. nti bgi tau alamat yg mudah tuk akak pos. akak lewat baca blog ni. klu x,akak leh kirim kat mak angkat akak yg bru je brlepas buat umrah smbut ramadhan pd 24hb ari tu..