Manusia berhimpun di padang arafah.
Thursday, November 26, 2009
Siaran Langsung Dari Mina n Arafah
Monday, November 23, 2009
Alya n Sekolah Barunya..
Sunday, November 22, 2009
Brisk Walking n Pot Luck.
Kaum bapa kepenatan lepas brisk walk.. ye ke?.. leh caya ke..
Acara yang ku tunggu2... I likeeee
Malam di Yanbu sekarang ni dah mula sejuk... Cian Afia kesejukan.
Mia ngan muffin kurma nyer... yummy.. nak lagi, order ngan auntie Lin.
Bergambar bersama bakal2 hajah... Riuh jap Taman RC kena serang ngan warga Malaysia.. Buat apa tu..?
Laaaa tido rupanya...
Posisi tido sambil merangkak... Mcm2 le Afia ni.
Friday, November 20, 2009
UBAT TERBAIK TANPA MODAL
Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu, tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Inilah yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal. Terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.
Selain itu, antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
p/s: petikan daripada suratkhabar Berita Harian mengenai terapi solat oleh Dr. Fatimah
Thursday, November 12, 2009
Bila Anak2 Membesar Di Depan Mata....
Aina Alya dah 6 tahun dah... selalu berangan nak jadi princess..Monday, October 26, 2009
Cobaannn...
Alya n Kak Anis semasa di Senai airport.
Anak2 ibu yang tido keletihan di KLIA menunggu flight balik ke Jeddah untuk jumpa abah... Cian mereka ni...
Wajah keletihan Kak Ila, Alya dan Anis yang dah tumbang ... cobaaannnn
Saturday, October 17, 2009
Akad Nikah, Sanding, Aqiqah n Cukur Rambut
Rombongan Pak Hamzah ke Jelebu..
Hantaran dari pihak lelaki hasil tangan bonda tercinta.
Manisan dari Arab... kurma, kismis dan appricot.
Dinikahkan oleh Pak Mertua sendiri. Ngan sekali lafaz je sah le Cik Az jadi suami org... Tahniah.
Pak Hamzah dok sebelah anak menantu pertamanya yg dah basi... En. Leman. hehehe
Welcome to our family Cik Gee.. siap le kena buli ngan anak sedara yg dua org ni...
Dah sah sebagai suami isteri. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.4hb Oktober 2009. Majlis bersanding di Jelebu, Negeri Sembilan
9hb Oktober 2009. Majlis Cukur Rambut n Aqiqah Aina Afia
(Gambar2 yg lain menyusul kemudian... ucu lupa anta le...)
Sebulan Di Malaya
Kekawan seperantauan... berhari raya di Malaysia. Rasa2nyer skg ni Ema, Kak Nani n Kak Za dah balik Yanbu... Insyallah aku akan kembali ke Yanbu 19/10 ni...
Thursday, October 1, 2009
Cerita Balik Kampung
Wednesday, September 16, 2009
Salam Aidilfitri


Monday, September 14, 2009
Sunday, September 13, 2009
Relex Jap.... Dengar Lagu
Balik Kampung
Saturday, September 12, 2009
Makan tak kenyang, tido tak lena...
Thursday, August 27, 2009
Gegaran Kecil
6 Ramadhan, 1430

Makan sahur... mata pun cam susah je nak bukak ...

Nasib baik le belum start sekolah lagi, boleh le Alya dok melepak je sepanjang hari berpuasa ni.

Afia pulak dok leka tengok kartun Upin n Ipin.. Alamatnyer tahun depan dah hafal le niat puasa.
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan

Suami & Anak-Anak Tersayang,
Juga Buat Sahabat Handai Yang Mengenali Diri Ini
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk ,
Berjumpa dihari raya nanti…..
Insyallah

Wednesday, August 19, 2009
Meniarap dah...
Step 1 - Terlentang dulu n pandang camera.
Step 2 - Mengiringkan badan mcm ni.
Step 3 - Pusingkan muka n naikkan punggung ke atas.
Step 4 - Terbalikkan keseluruhan badan.
Step 5 - Angkat muka dan adjust sikit tangan tu utk menampung kepala n badan.
Inilah hasilnya. Meniarap ngan bergaya sekali. Sambil2 tu tangan n kaki ngesot2 le ke depan sikit.
Bila dah penat letak le kepala tu jap kat tilam.
Isap jari n tido dulu... Nanti sambung training k.
Masuk umur 4 bulan semalam, Afia dah pandai meniarap dah. Lepas ni belajar merangkak lak.
Akak Alya yang tengah boring tahap gaban sebab tak sekolah2 lagi.... teman yang paling setia sekali ngan Afia.
Friday, August 7, 2009
Doa & Ucapan
Semoga Cepat Sembuh
yang menjalani pemedahan usus pada hari ini
Doa kami semoga atok kuat menghadapai dugaan yang didatangkan oleh Allah s.w.t dan dipanjangkan umurnya. Bersabar dan bertawakal selalu. Mudah-mudahan pemedahan itu berjaya. Insyallah.
Tuesday, August 4, 2009
Ziarah ke Madinah
Salah satu pintu untuk ke makam Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana Alya tak dapat ikut aku masuk ke dlm raudah kerana dilarang oleh petugasnyer, so abah ajak Alya gi makam nabi n raudah ikut pintu lelaki... untungnya Alya... jealous ibu.
Bilik hotel Feroz yang sangat selesa. SR200.00 aje semalam. Letaknya kat belakang Madinah Hilton. Kalau malas nak turun makan, order je dari bilik.... tapi yang pasti En. Leman tetap pergi ke restaurant KFC nyer.














