JALUR GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.... semangat patriotik lak tengahari ni. Terpandang kalender kat laptop ni, oopss bulan Ogos le bulan ni. Bulan merdeka kat Malaysia. Ada 20 hari lagi. Mesti abah aku kat Skudai tu tengah dok sibuk lekatkan jalur gemilang kat kereta dia dan agihkan jalur gemilang kat sedara mara dan kekawan dia. Itulah kebiasaannya yang akan dilakukan oleh abah aku. Lupa lak nak bawak ke Yanbu. Kalau tak, boleh gak gantung kat depan pintu rumah ni. Tak apalah, kibarkan jelah kat dalam blog aku ni. Ok gak kan.... Apa-apa pun sebelum terlambat dan terlupa, aku nak ucapkan "Selamat menyambut hari kebangsaan" buat tanahairku tercinta dan semua rakyat Malaysia walau di mana jua anda berada. Semoga negaraku berada di dalam keadaan aman, damai dan harmoni selalu. Amin. "Proud to be Malaysian".
Bertuah juga jadi rakyat Malaysia ni. Kat sini, bila sebut je "from Malaysia" mesti dapat layanan yang baik siap ngan discount lagi kalau beli barang. So far, bab shopping le yang best, bab lain-lain belum tau lagi .
p/s: anyway apa ya tema hari kebangsaan tahun ni? Sapa tau? Kalau tau, tolong beritau ya...
No comments:
Post a Comment