Sunday, August 17, 2008

Destinasi Kedua : Makkah Al Mukarramah



Gambar-gambar di Makkah.
p/s : kalau tak de gambar, double click x kat atas sebelah kanan.

Urutan perjalanan ke Makkah dan Bandar Taif.

Rabu 13/8/2008

6.30 petang :
Bertolak dari Yanbu ke Makkah. Konvoi 5 kereta. 6 keluarga.
8.00 malam :
Berhenti di Miqat Jihfah. Solat fardu, solat sunat ihram dan niat umrah.
9.00 malam :
Meneruskan perjalanan ke Makkah
11.30 malam :
Tiba di Bandar Makkah.
11.45 malam :
Check in di hotel Dar Al Tawhid Inter Continental Hotel, di hadapan Masjidil Haram. Syukur diberi sedikit kesenangan.

Khamis 14/8/2008

1.30 pagi :
Berkumpul di hadapan hotel. Kemudian beramai-ramai berjalan menuju ke Masjidil Haram yang hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk sampai. Subhanallah.. indahnya tempat ni. Terpegun kejap. Bila terpandang kaabah, sebak jap hati ini.
1.45 pagi :
Tawaf dan sa'i diakhiri dengan bertahallul.
3.30 pagi :
Selesai mengerjakan umrah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan ini sementara masih bertenaga dan sihat. Kerana ianya betul-betul memerlukan kekuatan tenaga dan mental.
4.30 pagi :
Solat subuh berjemaah di Masjidil Haram. Pengalaman itu sungguh indah sekali.
5.45 pagi :
Balik ke hotel. Tidur sekejap
9.30 pagi :
Masuk semula ke Masjidil Haram. Solat sunat.
10.30 pagi :
Breakfast nasi bryani dan teh tarik kat D'Saji Felda Restorant. Sedap nasi bryani dia. Lepaslah rindu kat nasi bryani Taman Dahlia, JB.
11.15 pagi :
Ronda-ronda jap kat shopping mall.
12.00 t/hari :
Balik hotel. Kemas-kemas dan solat zuhur.
2.30 petang :
Check out.
3.00 petang :
Perjalanan di teruskan ke Taif (tempat tentera bergajah Abrahah) . Kali ni berkonvoi 8 kereta. Berhenti sekejap di Mina. Lawatan ke tempat jemaah haji melontar. Di situ kelihatan bukit di mana Nabi Ismail hendak disembelih oleh ayahanda beliau.
5.30 petang :
Sampai di bandar Taif. Melawat ke sebuah masjid yang dibina oleh sepupu Nabi Muhammad s.a.w, Abdullah Bin Abbas. Bersolat.
6.30 petang :
Ronda-ronda bandar Taif.
9.00 malam :
Check in kat Hotel. Makan malam dalam dulang, mandi, lepak dan tido... Penat gak..

Gambar-gambar di Bandar Taif.
p/s : kalau tak de gambar, double click x kat atas sebelah kanan.

Jumaat 15/8/2008

9.30 pagi :
Alya dah bangun. Mandi manda dengan kekawan kat swimming pool. Sekejap je dah naik. Sebab air dia sejuk betul... macam ais. Bandar Taif ni memang sejuk. Macam kat Genting gitu. Kat sini jugalah baru ternampak pokok-pokok yang menghijau.
12.00 t/hari :
Orang lelaki pergi sembahyang Jumaat. Yang lain, dok lepak-lepak dan borak-borak.
2.00 petang :
Lunch. Berkumpul di bilik En. Ahadin dan Hj. Ghaz. Kenduri nasi mandi kat situ. Teringat family kat JB. Macam ni le ramai nyer.
3.00 petang :
Check out
3.15 petang :
Pergi ke Pusat peranginan Taif. Ibu Alya yang gayat tu, terpaksa nak cable car ke bawah untuk sampai ke sebuah pusat peranginan macam Sunway Lagoon. Kalau tak, kena tinggal sorang-sorang kat atas.
4.30 petang :
Naik semula ke atas dengan menaiki cable car dan berkonvoi balik ke Yanbu.
11.30 malam :
Selamat sampai di Yanbu.

p/s: masa yang tercatit tu main agak-agak je, tapi lebih kurang macam tu le.

17 comments:

Zahraa George said...

alhamdullilah..sampai jugak akak ke tanah suci,mekah...pengalaman yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata dan terlalu berharga...

hati membuak-buak ingin kembali ke sana..insyaallah,satu hari pasti akan kembali ke sana...amin..

Masdihana Hamzah said...

sebab tu akak buat urutan perjalanan aje... sebab tak tau nak gunakan ayat apa utk ungkapkan perasaan akak ketika berhadapan dgn kaabah. sebak...terasa diri ini begitu kerdil sekali. subhanallah, maha suci allah. Syukur kerana Dia telah memberi peluang keemasan itu kepada akak sekeluarga.

REENAZ said...

Balik berpecah. Dgr kabar Alya muntah2. Dah ok? Akak x sempat nak up-date lagi blog baju bnyk nak kena iron beb! 'Tentera' ramai!!!!

Masdihana Hamzah said...

habis baju jubah abah dia kena muntah. nasib baik dekat dengan stesyen minyak. kena mandi le 2 branak ni. may be makan tak betul. asyik ingat main je.

sampai yanbu kul 12.30 mlm. penat sampai 2-3 hari.

leman said...

Salam... sedikit pembetulan!! Abdullah bin Abbas ialah sepupu kepada rasulullah s.a.w iaitu anak kepada Sayyidina Abbas, bapa saudara Rsulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w pernah mendoakan supaya Allah memberi Ibnu Abbas kefahaman kepada Al Quran. Semoga lawatan saudari memberi kesan positif kepada saudari, dan bertambah taqwa lah kepada Allah s.w.t dan diharap kesanya itu di zahirkan dalam bentuk amalan. Amiinn!! InsyaAllah.

Masdihana Hamzah said...

tq dear. dah betul kan dah.. sebab hari tu dengar cam ustaz tu cakap anak saudara nabi.

yannfuad said...

akum ..salam dr yann wat kak mas..
cam baca diary la pulak..alhamdulillah sampai gak akak ke umah Allah.1 pengalaman yg tak terucap ngan kata2.lebih baik kita merasai sendiri drpd mengetahuinya drpd org lain.itu yg lebih afdal..insyaallah 1 maser nti jika di izin kan Allah..sampaila kita k umah Allah..
actually dpt blog nie dr blog mama bungas..hope akak tak kisah klu yann link blog akak..nk tau jgk aper ader kt yanbu..

Masdihana Hamzah said...

salam perkenalan yann.

Alhamdulillah, kami sekeluarga menjadi tetamu Allah minggu lepas. Selalu nyer hubby pergi sendiri, tp kali ni kami dapat gi sama2. Cam tak caya je. Alhamdulillah. Syukur.

Pengalaman indah ketika itu tidak dapat digambarkan dgn kata2, tu yg wat cam dairy je...

Insyallah, panjang umur nanti giliran Yann lak. Berjumpa dan berkumpul nanti kita disini. Bila Yann dtg sini?

Unknown said...

assalamualaikum
salam perkenalan buat kak mas,
seronoknyer baca catatan perjalanan akak ke MEkah, kalu UW baca pun boleh rasa terharu, apa lg yg mengalaminya sendiri.. mesti tak terungkap dgn kata2 kan? semoga suatu hari nanti UW pun berpeluang utk jd salah seorg tetamu ALLAH...Amin..
boleh tak sy nak link blog akak ni?

Unknown said...

thank for being my frenz
wah! cepatnyer akak reply.. tak tido lg ker? so kiter sama2 tgh online laa ni..huhuhu. lg senang dan cepat guna YM kalu akak online lg, ni ID sy arrezuerra@yahoo.com, add laa boleh kita chitchat :D
akak boleh dan amt dialu2kan utk link blog UW..
salam

yannfuad said...

insyallah paling cepat pun lepas rayer kot...or ujung tahun ni..kalu semua settle cepat..
kak mas nk wat visa..kena pakai ejen gak ke?ngape ye..musykil nie..huhuhu

Masdihana Hamzah said...

salam buat ummi wafa,

masa comment wafa ni saya reply, kat sini baru kul 9.00 mlm. baru habis dinner. menu hari ni nasi lemak sambal telur. rasalah gak walaupun tanpa daun pandan. sambil2 temankan alya tengok katun, online lah jap.

insyallah, pjg umur satu hari nanti uw sekeluarga lak ke mari. leh kumpul ramai2. meriah gitu. btw bila um nak dtg sini?


salam buat yann.

kalau ikut akak n alya nyer visa ari tu, hubby buat kat jeddah. bila dapat yellow slip, baru le anta pasport kami ke agent kat kl. agent nilah yg tlg antakan ke kedutaan arab saudi utk tampal gambo n lain2. cepat gak dia buatkan 1 minggu dah siap. lagipun agent tu dah selalu buat urusan kat kedutaan arab KL. maybe ada contact baik kot...kalau buat sendiri... x de org kenal.... makan sebulan kot...hehehe..entahlah

contact no nyer : Pn. Kamariah (03-21629798). very nice lady. cubalah call dia tanya... good luck

yannfuad said...

yann dh call ejen tu..mybe yann pun wat kat situ gak..senang sikit..klu blik kg bole submit terus kt ejen..baper ejen tu charges kak mas?

Masdihana Hamzah said...

salam yann.

kalau tak salah, ari tu akak bayar dalam RM800.00 utk 2 org. RM 100.00 utk agent tu, yg lebihnya bayaran utk urusan visa. tp tak tau le harga skg...

rasanya ramai gak yg wat ngan agent tu.

Naim Jalil said...

selamat datang ke KSA. jumpa blog ni masa merayau-rayau cari Malaysia di yanbu. Ramai ke orang Malaysia di sana? Tentu tak sunyi, kalau ramai.

Saya di Jeddah, sudah hampir setahun. Hujung minggu ni ada sambutan Merdeka di jeddah. Laman forum masih dalam pembinaan, dah siap nanti saya beri pautan.

Masdihana Hamzah said...

salam En. Naim.

alhamdulillah, kat yanbu ni makin hari makin bertambah org msia. kebanyakannya berkerja untuk Yansab (Sabic). Harap2 hari raya kat sini meriah le...

Macammana lak life kat Jeddah. rasa-rasa nyer lebih advance drpd kat Yanbu ni kan.. pompuan kat sana pun free sikit..

sambutan hari merdeka kat Jeddah, tak invite org yanbu ke...

Naim Jalil said...

tengah collect info tentang mesia di ksa. tak sangka, komuniti yanbu agak aktif juga. ramai yang menulis di blog rupanya. your husband's pesanan buat kita pun dah jumpa. i put links in http://groups.yahoo.com/group/malaysia-d-jeddah/links/ tak complete lagi. join la group tu. baru buat, tak invite ramai lagi.

forum ada di http://malaysia-d-jeddah.wetpaint.com/ juga baru mula. harap dapat hebahkan di kalangan masyarakat yanbu.

http://jeddah101.blogspot.com ada berita terbaru tentang aktiviti orang malaysia usrah, dinner, etc.

life in jeddah? i prefer malaysia, he he he. Merdeka... oops, organizer tak jemput orang Yanbu ke? nanti raya, i suggest diorang jemput all western coast area...