Sunday, August 3, 2008

Perjalanan ini

Kingdom of Saudi Arabia (KSA)

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua.
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, kami telah selamat menjejakkan kaki di bumi KSA pada 23/7/2008, lebih kurang pada pukul 6.45 petang. Tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang penerbangan itu.
Segala urusan memasuki negara ini berjalan dengan lancar cuma di bahagian cop pasport je, Pak Arab tu tanya beberapa soalan. Dia cakap arab da... Nasib baik ada Kak Zubaidah yang kami kenali semasa menaiki bas menuju ke Jeddah Airport. Dialah yang menjadi translaternya. Kemudian di bahagian luggage, beg terakhir kami keluar agak lambat sedikit berbanding dengan 2 beg yang lain. Lebih kurang 45 minit menunggu, barulah beg tu muncul
Keluar sahaja di balai ketibaan pada pukul 8.30 malam, suami dah ada menunggu bersama dengan Hj. Fadzil. Bila terlihat sahaja wajah suami, perasaan bimbang dan takut sejak dari tanah air hilang serta merta. Ya lah... kami datang dua beranak je.... Bimbang ada... takut pun ada...
Selepas solat isyak, perjalanan diteruskan lagi dari Jeddah ke Yanbu dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Hj. Fadzil. Ianya mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam untuk sampai ke rumah kami. Macam JB-KL je. Akhirnya, pada pukul 12.30 malam, kami telah selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Syukur ke hadrat Ilahi. Memang perjalanan ini memenatkan tetapi mengembirakan kerana keluargaku kini bersatu kembali.
Buat Kak Zubaidah yang bertugas di hospital Tabuk, KSA terima kasih yang tidak terhingga atas pertolongan yang diberikan. Budi baik akak tidak akan saya lupakan. Thank you very much.
Buat kaum keluarga dan teman-teman semua, terima kasih kerana sama-sama mendoakan perjalanan kami ini. Semoga Allah s.w.t memberkati hidup kita semua. Amin
Salam sayang kat semua di sana.

No comments: