Saturday, December 13, 2008

Tetamu Allah


Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya, kami sekeluarga telah selamat mengerjakan rukun islam yang ke 5 pada minggu lalu. Memang tidakku duga akan menjadi tetamuNya secepat ini dan inilah yang dikatakan qada dan qadar Tuhan. Dialah sebaik-baik perancang buat hambaNya. Pada mulanya aku tidak berapa yakin untuk ke sana, lebih-lebih lagi dengan keadaan diri yang berbadan dua ini..... tapi kugagahi jua kerana itu bukan alasannya. Peluang keemasaan ini harus kurebut dengan segera dan alhamdulillah kami sekeluarga bersama rakan-rakan yang lain telah diberi kemudahan dan layanan VIP dari Allah s.w.t. Subhanallah, maha suci Allah.

Rakan-rakan yang banyak membantu.

Di kesempatan ini jua, jutaan terima kasih diucapkan kepada suami tersayang di atas pemberian "Hadiah" yang teramat istimewa ini, juga sokongan dan pertolongan sebelum dan semasa ibadah haji kami. Terima kasih tidak terhingga jua buat rakan-rakan serombongan yang telah banyak menghulurkan pertolongan dan tunjuk ajar sepanjang kami sekeluarga di sana. Allah s.w.t jualah yang akan membalas jasa dan budi baik anda. Moga-moga kita akan dianugerahkan dengan Haji yang Mabrur. Insyallah.

Buat keluarga dan teman-teman yang tidak dapat turut serta, terima kasih di atas doa dan sokongan semua. Insyallah suatu hari nanti, anda jua akan menerima jemputan sebagai tetamuNya. Amin.