Thursday, November 26, 2009

Siaran Langsung Dari Mina n Arafah

Subhanallah, maha suci Allah yang telah mengumpulkan berjuta2 umat manusia di padang Arafah pada hari ini... Hari ini adalah hari kemuncak Haji, hari Arafah.... Allah akan mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta mengabulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hambaNya. Insyallah

Kami di Yanbu, Saudi ini dapat menonton rancangan secara Langsung dari Mina semalam dan dari Arafah pada hari ini. Dapat melihat betapa ramainya manusia yang memenuhi setiap ruang di padang Arafah dengan pelbagai kulit dan wajah... sayunya... teringat aku semasa kami sekeluarga di padang Arafah setahun yang lalu... rindunya saat itu..

Semoga saudara mara dan sahabat handai yang berada di Arafah pada hari ini akan di anugerahkan dengan Haji yang Mabrur insyallah...


Mina dari kaca tv.. terang benderang dan cantik sekalii

Pandangan dr atas, kelihatan khemah2 di Mina..

Rasa2nya ini adalah jemaah koboi ni..

Syed Munawarah dari Malaysia jd host di salah satu channel kat TV Arab.. dlm bahasa melayu lg... bangga tu...

Berjuta2 manusia sedang bergerak memasuki kawasan padang Arafah.

Lagi gambo kat padang arafah...

Lautan manusia di padang Arafah n awan yang memutih. Kabarnya mina n arafah dibasahi hujan tahun ini.. alhamdulillah

Manusia berhimpun di padang arafah.

Monday, November 23, 2009

Alya n Sekolah Barunya..

Setelah menganggur selama 3 bulan, alhamdulillah akhirnya Alya telah kembali bersekolah di sekolah barunya di Yanbu International School. Bila dapat tahu Alya dah boleh pergi sekolah 2 minggu lepas bukan main happy dia.. sampai tak boleh tido malam.. ye le asyik dok umah kena jaga adik je...
Ni dah masuk minggu ke 3 Alya ke sekolah dan telah menjadi rutin harian ibu n Afia sama2 menunggu bas sekolah kak Alya kat simpang depan. Cian adik kena bangun pagi anta kakak tapi adik suka sangat dapat jalan pagi2 naik stroller n ibu gak dapat exercise kuarkan peluh..


Di hadapan logo sekolah barunya.

Alya ngan gambarnya di luar classroom.

Ainna n Alya, pelajar dari Malaysia.

Dalam classroom KG.. sukanya dia dapat pergi sekolah, senyum sampai ke telinga..

Alya ngan teacher dia, Miss Salwa

Aik... ni pun student YIS gak ke. Afia gi balik dulu ye... adik tak cukup umur lagi...

Sunday, November 22, 2009

Brisk Walking n Pot Luck.

Minggu lepas, kekawan bakal hj n hajah telah menganjurkan "Brisk Walking Exercise" Senaman Berjalan Pantas bertempat di Taman RC bagi persediaan mereka ke Mekah minggu hadapan. Kami sekeluarga pun turut serta gak ke taman.. tp joint acara pot luck nyer aje ... anyway memang happening giler.. bak kat pak cik kat astro "macam-macam ada..."

Kaum bapa kepenatan lepas brisk walk.. ye ke?.. leh caya ke..


Acara yang ku tunggu2... I likeeee


Macam2 ada... antaranya mee hoon goreng n keropok lekor

Malam di Yanbu sekarang ni dah mula sejuk... Cian Afia kesejukan.

Ni peserta acara "Brisk walk" or "pot luck"...

Mia ngan muffin kurma nyer... yummy.. nak lagi, order ngan auntie Lin.

Bergambar bersama bakal2 hajah... Riuh jap Taman RC kena serang ngan warga Malaysia..

Buat apa tu..?

"Afia tengah solat ke?".... Sejuk perut ibu.
*
*
*
*
*
*
*

Laaaa tido rupanya...

Kalau ye pun nak belajar merangkak, jgn le tido pun sambil merangkak gak...

Posisi tido sambil merangkak... Mcm2 le Afia ni.

Friday, November 20, 2009

UBAT TERBAIK TANPA MODAL

Komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu, tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Inilah yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal. Terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

Selain itu, antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

p/s: petikan daripada suratkhabar Berita Harian mengenai terapi solat oleh Dr. Fatimah

Thursday, November 12, 2009

Bila Anak2 Membesar Di Depan Mata....

Ada semacam suatu perasaan puas gitu bila aku pandang satu persatu anak-anak aku yang sedang membesar ini. Terutamanya Afia, yang aku hadap sedari merah lagi sehinggalah dah pandai menyiarap ini. Biarpun muka calar balar dan comot momot... tapi aku rasa bangga gitu sebab aku dah hampir berjaya membesarkan anak-anak aku dengan begitu sihat sekali tanpa banyak ragamnya.... dan yang pasti mereka ini comel2 belaka.... Alhamdulillah.
Ya Allah, Ya Tuhanku, panjangkan umurku dan berikanlah aku tenaga, kekuatan dan kesihatan yang baik supaya aku dapat terus membesarkan dan mendidik anak2ku sehingga menjadi anak2 yang solehah dan dapat berbakti kepada kedua orang tuanya dan agamanya. Amin...


Aina Alya dah 6 tahun dah... selalu berangan nak jadi princess..

Sedari kecil kami cuba melatih dia memakai tudung , semoga tidak kekok nanti bila dah baligh.. Doa ibu semoga akak menjadi anak yang solehah. Insyallah

Permata hatiku sayang, amanah dan hadiah yang tidak ternilai dari Allah s.w.t.


Semoga membesar menjadi anak2 yang solehah dan dapat mendoakan untuk ibu n abah bila kami dah kat sana nanti....


Kepala cover ngan tudung sbb kepala botak....... Tp bila besar kena pakai tudung betul2 tau.. Wajib.


Aina Afia nak masuk 7 bulan. Cepatnya masa berlalu...


Lepas meniarap nak belajar merangkak lak.... lepas ni belari lak k....


Masa untuk mandi.. dah senang dah nak mandikan Afia sekarang... meniarapkan je dia dlm bath tab dia ni...


Iklan jap... Afia ngan mak long dia yang sentiasa vogue gitu... still available... sapa berkenan sila anta resume kat Mak Yah Skudai or dlm comment box ni..hehehe jgn mare along.