Tuesday, August 5, 2008

Destinasi Pertama : Jeddah



Hari Khamis yang lalu, 30/7/2008, kami ke Jeddah bersama Hj Fadzil (jiran kami) dan Kak Ina sekeluarga. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami bertolak dari Yanbu dengan menaiki 2 buah kereta. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 3 1/2 jam tu, yang nampak hanyalah tanah rata, bangunan-bangunan rumah dan kawasan ternakan unta sahaja. Tapi yang pasti kat sini tak ada R&R. So, kalau rasa nak terkucil tu kenalah tahan sampai jumpa stesen minyak (pengalamanku). Bersarapan pun di bawah jambatan je dengan menikmati mee hoon goreng dan ayam goreng yang disediakan oleh Kak Ina. Thanks Kak Ina.

Dalam pukul 11.30 pagi, sampailah kami di Jeddah. First sekali kami pergi ke Ikea. Besar juga Ikea kat Jeddah ni. Macam kat KL je. Shoppinglah sikit barang-barang rumah. Tengah-tengah shopping tu, tetiba ada pengumuman masuknya waktu zohor dan semua kaunter akan ditutup buat sementara waktu. hehehe.. sesuatu yang baru buat aku. Kami pun berhenti shopping sekejap dan solat zohor.

Lepas tu kami ke pantai Laut Merah di Jeddah. Terpandang sekumpulan Pak Arab tengah memancing. Terliur sekejap suami aku. Gian nak memancing le tu. Sempatlah Alya dan anak-anak Kak Ina main kat tepi pantai. Kat situ juga ada disediakan tempat permainan kanak-kanak. Bersih dan teratur.

Last sekali kami ke salah satu mall di Jeddah. Masa kami sampai di situ, waktu solat Asar. So, semua kedai tutup. Lebih kurang 1/2 jam barulah semua kedai beroperasi semula. Shoppinglah juga kat situ. Aku beli abaya pertamaku. Sambar 2 helai lagi.

Lebih kurang pukul 6.00 petang, kami satu kereta sahaja yang balik ke Yanbu. Kak Ina sekeluarga stay satu malam lagi. Nak shopping lagi le tu... Lewat malam baru kami sampai di Yanbu. Letihlah juga......


3 comments:

REENAZ said...

Dah tak larat nak shopping masa tu...Nak pegi hotel sewa teksi, ikut blakang teksi sbb x tau jln...hu hu hu

Zahraa George said...

wah,dah sampai jeddah...hehe...jeddah happening sikit !
kalu macam kami nih,susah sikit nak dpt tmpt yg happening..
semuanya pening2..hehe
kalu nak happening kena p bahrain,dlm 2 jam gitu :)

Masdihana Hamzah said...

Ciannya kak ina. tak habaq pun citer ni kat kami. tu mesti dah blur atau kepenatan. heheheh

Rasa-rasanya Jeddah ni moden sikit dari tempat kita ni. Pompuan dia pun berfesyen sikit. Lebih open.