Saturday, April 24, 2010

Aina Afia dah setahun

18/4/2010 yang lalu, genaplah umur Afia setahun. Mmmm... cam cepat ek masa berlalu, masih terasa2 lagi kesakitan melahirkannya. Alhamdulillah Afia membesar sebagai baby yang sihat dan cergas. Gigi dah tumbuh 4 batang dah, tapi belum pandai berjalan lagi. Tak pe Afia biar lambat asalkan selamat....he3x... Apa2 pun jom layan gambo2 masa hari jadi Afia ari tu. Tak de arr buat majlis apa2, just buat pulut kuning dan makan anak branak je.
Pulut kuning dari ibu khas buat Afia. Bertahtakan gula2 colour2 ngan biskut appolo.
Aina Afia dah mencecah usia setahun.

En. Sulaiman bersama puteri2nya.

Thursday, April 22, 2010

Sebulan di Malaysia.

Cuti sebulan dah abisss dah, so apa lagi kena le balik semula ke Yanbu. Alhamdulillah perjalanan pulang ke Yanbu pada 14/4/01 sangat lancar tanpa sebarang delay. Cuma ada sedikit drama airmata je kat KLIA. Nasib baik tak banjir...he3x.

Dok kampung sebulan cam kejap je rasanya, tak puas... he3x. Semua benda nak buat, semua makanan nak makan. Tapi apakan daya masa mencemburui kami... cewah. Apa-apa pun tujuan atau agenda utama balik kg kali ini seperti berjumpa ngan semua kaum keluarga, menziarahi atok n nenek yang semakin uzur dan menjayakan/memeriahkan majlis pertunangan adik bongsuku, telah dapat kami laksanakan. Alhamdullilah....

Majlis pertunangan Siti Nasuha Hamzah (ucu alya n afia) pada 27/3/2010

Bersama ngan barang2 hantaran pertunangan. Yg biru putih dr pihak perempuan n yang pink purple dr pihak lelaki.. Meriah cam hantaran perkahwinan dah gamaknya.

Bonda - org yg paling sibuk dan yg paling gembira sekali pada hari tu.

Bila ada majlis2 begini, baru le berpeluang bertemu dan berkumpul ngan adik beradik n sepupu sepapat.... happening gitu.

Nenek gumbira bersama ngan cucu-cucu dan cicit dia..

Alhamdulillah nenek sihat dan gumbira semasa masjlis pertunangan ni.. (Nenek tanpa make up lebih cun dr cucu dia yg bermake up tebal tu...he3x..)

Ini ke bakal suaminya? tah dato mana tah yg dia kebas... (opss ni bukan dato tp atok kesayangan kami...he3x..)

Haaa yg ni br le bakal suami adik aku. Rasa2nya atok lebih handsome dari tunang ucu alya kot....he3x..

Antara santapan buat para tetamu - ayam masak kicap, nangka masak lemak n rojak mak bee... yummy....


Visit Melaka (02/04/2010)
Lepas penat menjayakan majlis pertunangan adik, kami pilih lokasi dekat2 je bercuti. Pergi Melaka pun ok gak... memperkenalkan kat anak2 bandar bersejarah kat Msia... sambil tu jalan2 cari makan.

Penyambut tetamu yang cute meyute menyambut kedatangan kami di pintu gerbang A famosa.

Alya ngan itik dia... dah tak sabo dah nak gi swimming.

Banglo kami kat A famosa... cewah... untuk 2 hari je....

Oleh kerana kat belakang banglo dah ada swimming pool, so swimming kat sini je le... tak yah le gi water world..

Alya ngan uncle2 dia.. berkenalan ngan burung bangau..

Orang utan show kat A famosa

Lepak2 kat tepi pintu gerbang A famosa ... tak de tempat lain ke?....

Opssss..... Rupa2nya Pak Andak yang merangkap pemandu pelancong ternampak raja buah ni... so, apa lg emergency break le....

Tu dia... anak cucu cicit Tok Din makan durian kat tepi jalan...

Yummy...... hajat tercapai nak makan durian.

Alya melawat bandar bersejarah Melaka.

Lepas penat melawat bandar bersejarah... pemandu pelancong bawa kami lunch kat sini.

Menu hari tu ialah asam pedas, daging salai masak lemak, paru sambal, kangkung belacan ngan ayam goreng.


BBQ kat Kampung Sungai Tiram (10/04/2010)

Acara makan2 lagi seminggu sebelum balik ke Yanbu. Makan... makan... dan makan... selagi leh makan... kita makan le... Kali ni bertempat di rumah pusaka keluarga En. Leman di Sungai Tiram. Terima kasih bebanyak2 kepada Zuraidah (adik bongsu En. Leman) yang susah payah menyediakan juadah pada malam tu... mmg sedap sehingga menjilat lidi...

Sebelum acara BBQ, bebudak ni gi bakar otak2 Kempas dulu... licin 50 btg.... sedap...

Alya ngan sepupu sepapat dia...

Acara bakar2 pun dah dimulakan.. Diketuai oleh Cik Li Alya.

Ayam, daging n udang2 inilah yang menjadi mangsa kami pada malam tu....

Sebulan bercuti cam tak cukup je.... apa kata next time kita balik 2 bulan lak... boleh kan En. Leman...he3x...