Wednesday, August 6, 2008

Belum cuba, belum tau.......


Ini gambar benih pokok serai, lengkuas dan daun kunyit yang aku bawak dari Johor Bahru. Mak aku yang tolong semaikannya. Terlupa lak aku nak bawak daun pandan sekali. Masak nasi lemak tak bau pandan le... Rasa-rasanya mereka-mereka ni boleh hidup tak kat sini.? Mmmmm.... cubalah tanam dulu.
Susah juga nak dapatkan tanah kat sini. Tanah dan pasu besar ni pun belas ihsan dari Kak Ina. Dua pasu kecik tu aku beli kat Panda hypermarket made in Malaysia lagi. Pokok-pokok ni aku jaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Diletakkan di tempat special lagi. Harap-harap menjadilah tanaman aku ni. Ianya bahan penting untuk aku buat rendang menjelang hari raya nanti. Kalau tak de, tak rasa rendang le. Bila sebut raya sedih lak.. huhuhu.. Kalau tak menjadi gak, terpaksalah aku minta belas ihsan dari Kak Saliza (ummulamirul). Kat rumah dia dah siap ditanam dengan serai dan daun limau purut. Mungkin ditanam oleh orang dulu yang tinggal kat rumah tu. Untungnya dia. Yang lain-lain tu kalau nak juga, kenalah cari kat kedai orang Indonesia di Jeddah. Itupun tengok nasib kot.
Anyway, tak salah mencubakan. Belum cuba, belum tau.. betul takkkk?

5 comments:

Ejalz said...

Mas, boleh hidup tu.. tengok tangan jugak kot.. heheh... orang lain tanam ada yg naik elok.. saya tanam separuh jalan jek.. haha..
tapi satu yg saya perasan sebelum balik cuti hari tu... kena rajin siram.. sehari tu siram ler berkali-kali... agaknya sebab udara sana kering kot, kena ler bagi air byk sket kat dia..
nasi lemak takde pandan pun jalan jugak mas ooiii.. hehe
by the way, kak za dah sampai sana ke?

..EINAZ.. said...

salam..
wahh..seronok ler kamu smua yek.. dpat bertemu kembali di bumi KSA 3 mak dara pinggitan.. he he he..
Tulah.. ari tu lupa nak bagi kak za 'crystal soil' banyak2. abis kepala otak ni dh dok ingat brg apa nk krm kat hsband mlalui ahadin.klau mas tngok masa kak za pking brg2 dia masa sblm brangkt ari tuu... fuh!!!serammm..bkan yer pe.. cma takut kta yer brg nk krm kat hsbnd x lepass daa...tpi alhamdulillah. oh ye, klau mas takut klau2 pkok ksyangan yg bru nk kenal dunia KSA tu mti kekeringan... mas letak je kat one corner.. pastu mas cri kain jaring2 tutup/hadang bhgn atasnye.mcm buat bumbng gitu.. alaa.. cam nak tnm orkid tuu..bkan nyer ape,biyor jgn trlalu trdedah sgt kat cuaca pns KSA tu.. tpi bila ank2 pkok tu smua dh besor skit..dh x yah ltk bwh jring tu pun x pe dah. biasa ler.. klu msa ank2 ni smua yer sensitip... ada lgi 1 tips.. klau nk tnah tu sntiasa lembab.. mas ambik air ltak dlm btol mnirel 500ml, kmdian mas trbalikkan kan kat dlm pasu pkok tu kmdian tekan skit btol tu secara mengiring ke dlm tanah.dan biarkan...kta x ler minat sgt bab pertanian ni... tpi masa kocik2 dlu slalu tngok arwah abah uat camtu..kbtulan arwah abah kta mmg pakar dlm tanam pkok n bab tut mngtut pkok ni... dgn kak ina td kta sggst buat tnaman organik.. x yah nk dok pening2 pikiq mne nk cri tnh hitam tu.... tpi klu nk guna pasir leh gak... cra yer pasir tu kena lah lembabkn.tpi cuma sesuai tuk tnam daun sup n daun kunyit jer ler. key la mas.. nti kta smbung chit chat lgi yek.. rase nyer last kta jumpa msa kat Pakar Puteri Hosptl,msa lwt bohjan accdnt dlu.. nk update blog jap.line intrnet bru ok kul 10.00mlm td. brp hri x bkak blog, dh mcm2 citer.. key...bye.. salam buat warga jhor d KSA...

Masdihana Hamzah said...

hehehe... lum apa2, ptg tadi dah amik sikit lengkuas kat pasu tu. hubby request buat lontong n rendang ayam. menyumpah agaknya pokok lengkuas tu kat tuan nyer...

Kak za dah selamat sampai dah kat sini on 2/8/08,ejalz. Pagi tadi gi pasar sama2 ngan family kak ina n kak za. Kecoh gak.... bila le ejalz nak joint the club!!!

salam kak einaz.

thanks atas tip2 yg diberi.
skg ni mmg anak2 pokok tu di letakkan kat bwh bumbung kat luar bilik tido lagi. bagun tido je terus tengok pokok2 tu. hubby lum minum, pokok2 tu dah minum dulu.

anyway akak ni isteri sapa ek? bila sampai sini?
welcome to the club..

Ejalz said...

sabar mas... kami sampai merdeka day nanti... mungkin puasa kan hari tu? nanti kena bgtau kat kami noo.. apapun bulan depan baru kita leh berjumpaan..

REENAZ said...

Mas, okey ler tu pokok serai....Agak2 'kurang naik' pokok serai tu, kita serbu umah kak za...he he he