Friday, May 23, 2008

Cuti Sekolah Datang Lagi


Happy nya Alya pergi sekolah pagi tadi sebab dia tahu hari ini merupakan hari terakhir persekolahan penggal pertama. Esok cuti sekolah bermula, cikgu kata lamaaaaaaaaaaaa...... lebih kurang 2 minggu. Dan membuatkan Alya bertambah happy, aku janji dengan dia nak bawa pergi jalan. Dari minggu lepas lagi, Alya dah beritahu abah dia kat Yanbu. Minta izin........ dan dari semalam juga aku dah siap pack beberapa beg berlainan destinasi. Aku pula yang excited. Dah lama tak jalan jauh.
Insyallah, malam ni lepas maghrib kami akan bertolak ke Kuala Lumpur bersama keluarga Pak Cik Salim. Naik kereta Avanza barunya. Program jalan-jalan kat KL telah diatur oleh Kak Long dan Mak Uda aku. Kami ikut je. They all yang expert jalan-jalan kat sana. Ada request dari cousin aku nak pergi Taman Tema, Genting Highland. Insyallah, pergi kot. Kami akan balik ke Johor Bahru pada hari Selasa 27/5/08 pagi.
Pada hari Selasa tu gak, lebih kurang pukul 10.00 malam, insyallah kami akan bertolak ke Pulau Langkawi. Kali ini kami akan menyertai rombongan students UTM, Skudai. Mereka ada training kat sana dan Mak Anjang aku yang ditugaskan organise training tu. Terlanjur dia dapat 2 bilik hotel free dan bas banyak lagi seat kosong, tu yang dia ajak kami pergi. Kira transport dan hotel free leee..Kami akan berada di sana selama 6 hari. Mmmm...... dapatlah kami pergi tempat-tempat yang termiss masa kami pergi last year.
Hehehe.... jangan marah abah, lagi abah tak ada lagi panjang langkah kami. Kami pergi pun bukan ngan orang lain, ngan keluarga sendiri.

Wednesday, May 21, 2008

Jadikan Anak Sebagai Winner

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda berkeyakinan tinggi apabila berhadapan dengan persekitaran.

4. Berikan ganjaran setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluarga.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa-masanya mereka akan menghadapi masalah dan bersedih. Jadi, bantulah sedaya upaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada masalah yang menimpa. Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. .

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – Sabar dan jangan marah sebab kalau marah nanti terbantut proses pembelajaran mereka.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur so, ubahla. Jangan jadi too perfectionist pada anak-anak nanti mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka. Usahlah memarahi mereka sebaliknya carilah puncanya. Jika tidak dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda- hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Monday, May 19, 2008

Ingatan Sebelum Lupa


Dalam seminggu terjadi dua bencana
Ribut cyclone berlaku di Burma
Dan gempa bumi berlaku di China
Ratusan ribu telah menjadi mangsa
Yang masih hidup dihinggapi trauma
Adakah masih hidup papa dan mama
Bapa mencari anak-anak ku di mana

Ini semua adalah kuasa Allah taala
Adakah Allah kejam sedemikian rupa
Begitu senang malaikat mencabut nyawa
Semua itu ketentuan Allah Maha berkuasa
Manusia boleh mati dengan pelbagai cara
Pokoknya mati mesti dihinggapi manusia
Sebelum mati ada yang menanggung siksa
Ada yang minta mati dari menanggung derita

Bayangkan bencana diatas menimpa kita
Kita terlalu yakin kita tidak akan kena
Negeri kita tiada ribut tiada gempa
Yang ada gempa cuma jiran Indonesia
Kita cuma rasa gegaran sekali sekala
Itupun buat kita panik lari turun tangga
Belum ada bencana yang besar skala
Yang paling teruk tsunami melanda utara
Jadi kita masih yakin kita tak akan kena

Jangan kita terlalu yakin wahai saudara
Bukan aku meminta bukan aku berdoa
Aku cuma mahu kita beringat dikala lupa
Aku cuma ingatkan ada kuasa di atas sana
Yang mampu melipatkan satu Malaysia
Manusia begitu kerdil dan lemah disisi Nya
Janganlah menunjuk-nunjuk dan besar kepala
Ya sekarang kita masih mampu ketawa
Kita masih kenyang dan sempat bersendawa
Kita masih menikmati hidangan istimewa
Tetapi jangan lupa akan kewajipan kita
Kejadian di Myanmar dan negara China
Sudah cukup sebagai amaran buat kita
Bantulah mereka hulurkanlah derma
Walaupun berlainan bangsa atau agama
Namun kita mesti ingat mereka juga manusia
Hari ini mungkin hari mereka
Esok lusa mungkin hari kita.

Keris Silau 16 Mei 2008
Dipetik dari TranungKite Online

Wednesday, May 14, 2008

Kek Pisang

Petang tadi, dok boring-boring kat rumah tak tahu nak makan apa, lalu adik iparku, Yati suggest buat kek pisang. Lagi pun pisang kat dapur tu dah lama di beli, tak de siapa yang sudi memakannya. Cari punya cari terjumpa gak resepi kek pisang ni kat dalam majalah Wanita lama-lama yang masih aku simpan. Lepas tu terus kami ke dapur check bahan-bahan yang diperlukan. Alamak roti dan soda bikarbonat tak de la. "Tak pe, tak pe kita adjust", kata adik ipar aku. Roti kita gantikan ngan tepung dan soda bikarbonat kita ignore je... Dan inilah hasil nyer Kek pisang kami. Mmmm yummy... sedap. Tak tipu.

Bahan-bahannya :

100 gram gula perang/gula halus
2 biji telur
125 ml minyak masak
4 keping putih roti /2 cawan tepung gandum
10 ml serbuk penaik
5 ml soda bikarbonat (tak de pun tak pe)
4 biji pisang berangan - dilecek.


Cara Membuatnya :

1)Pukul gula, telur dan minyak sehingga kembang dan jadikan satu adunan.
2)Ayak bahan-bahan kering dan masukkan ke dalam adunan. Selang selikan dengan pisang.
3)Curahkan adunan ke dalam bekas pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar dengan kepanasan suhu 180 darjah celsius selama 35-40 minit.
4)Setelah di keluarkan dari ketuhar biarkan sejuk dahulu dan dah sedia untuk dimakan. eemmm yummy... sedapnyer

Selamat Mencuba. Kekawan ada tak resepi kek pisang yang lebih sedap dari ni. Share le ngan kita...

Kegelapan


Malam semalam, tengah-tengah dok leka menonton buletin utama, tiba-tiba pup..... black out. Alamak gelapnya. Panik kejap aku. Relax relax jangan gelabah. Tutup mata jap dalam beberapa saat, kemudian buka mata balik. Penglihatan mataku menjadi cerah sedikit.
First sekali cari Alya. Dengar suara dia menangis kat dalam bilik. Raba punya raba tercapai touch light mainan Alya. Mainan pun mainanlah janji boleh pakai. Dengan bantuan touch light tu cari Alya kat dalam bilik. Selamat dia ada kat atas katil. Lepas tu terus ke dapur cari lilin dalam laci kabinet. Syukur alhamdullilah ada 2 batang lilin yang masih boleh digunakan. Dengan bantuan 2 batang lilin tulah, rumah kami bercahaya kembali. Terus telepone adik lelakiku suruh dia belikan lilin dan balik cepat sikit. Hehehe aku ni jenis penakut. Dahlah tinggal dua beranak sahaja.
Sambil merenung cahaya lilin di atas meja tu, Alya bersuara: "Rumah kita ni kan ibu macam rumah Bersamamu yang kat dalam tv tu ya." Terkedu jap aku. Hehehe baru beberapa minit kipas angin kat rumah ni tak berpusing, aku dah mengomel-gomel kepanasan. Macammana pula ya keluarga susah yang selalu keluar kat rancangan Bersamamu tu, tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan. Insaf kejap aku sambil mengucap syukur dengan apa yang kami sekeluarga miliki sekarang ini.
Lebih kurang dalam pukul 12.00 malam barulah bekalan elektrik disambung semula. Tak taulah apa masalahnya. Dalam bulan ini sahaja, jiran aku beritahu dah dua kali black out. Ini kena buat aduan kat TNB ni.

Saturday, May 10, 2008

Happy Mother Day.


Mula- mula sekali nak wish "Happy Mother Day" kat emak tersayang, Puan Maziah Bt Hj Md. Din yang kini bermaustatin di K.g Baru, Bt. 10, Skudai, JB.
Sayang sesangat kat Mak. Muah... muah....


Hadiah.... eemmm rasa-rasanya tiada hadiah yang dapat kita nilaikan sama dengan kasih sayang dan pengorbanan seorang yang bergelar "ibu". Tapi sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang, kami 6 beradik mengambil keputusan belikan sebuah handphone baru buat mak. Dengan harapan walau di mana jua mak berada, kami masih dapat menghubungi mak. Mak aku ni aktif sikit kat kampung tu semenjak semua anak-anaknya dah besar panjang. Jap pergi marhabanlah, jap pergi yassinlah, jap pergi rewanglah. Hopefully.... mak gembira dengan hadiah yang tidak seberapa ini dan semoga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita sekeluarga. Amin.

Lepas tu nak wish untuk diri sendiri "Happy Mother Day". Tahun ini adalah tahun kelima aku sambut Mother Day. Yalah ikut umur Alya lah kan. Tahun ni tak delah pergi makan-makan macam masa husband ada kat sini. Tapi semalam masa aku ambil Alya kat sekolah, masuk je dalam kereta, Alya terus beri sehelai kertas yang tertulis ayat " Happy Mother Day, mum". Emmm terharunya..

Last sekali nak wish "Happy Mother Day" kepada semua kawan-kawan yang telah bergelar ibu dan juga yang masih belum officially bergelar ibu. (hehe yang masih berdebar-debar menunggu kelahiran baby).... tak kira walau di mana jua anda berada dengan ucapan semoga berbahagia disamping suami dan permata hati tersayang


"Syurga itu di bawah telapak kaki ibu"


bila sebenarnya tarikh hari ibu ni ek? ada yang kata 8hb Mei, ada lak tu yang kata 2nd week on May. siapa ada jawapannya.

Thursday, May 8, 2008

Relex Jap, Dengar Cerita

Cerita 1:

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...

Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."

Cerita 2:

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 3:

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"

Cerita 4:

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya..... ...singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

hehehe.... lawak di petang hari. semoga terhibur!!!

Wednesday, May 7, 2008

Rezeki Dari Allah


Nawaitu asal aku tanam pokok pisang ni kat depan rumah ialah untuk menggunakan daunnya semasa nak mengukus pulut kuning atau alas kuih pau. Tapi tanpaku sangka dan tanpaku duga, rupa-rupanya pisangku telahpun mengeluarkan buahnya. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Eee.. happy giler aku ngan Alya. Hari-hari sebelum hantar Alya pergi sekolah, kami jengah dulu buah pisang tu. Alya selalu tanya bila dia dapat makan buahnya. Kalau tak salah aku ini adalah hasil pertama tanamanku. Kat sebelah pokok tu, suami aku ada gak tanam pokok betik sebelum dia ke KSA, tapi tak tinggi-tinggi pun. Mungkin ambil masa sikit kot. Jangan mare abah, pokok ibu berbuah dulu.
Jenis buah pisang ni belum dapat dipastikan. Sebenarnya aku ni tak berapa kenal sangat. Tau makan aje. Jiran sebelah rumah beritau, buah pisangnya boleh digoreng. Hmmmm yummy goreng lepas tu cicah ngan sambal kicap (orang Johorlah katakan).
Kekawan semua, any idea tak nama buah pisang yang aku tanam ni?

Monday, May 5, 2008

Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa


Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa. Sebab yang demikian ialah, walaupun tidak diperintah untuk mengasihi anak, secara otomatis ibu bapa tentu mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, dimana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa.

Mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana ia harus berbuat baik terhadap ibu bapanya. Dalam hal ini Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:

1) Mendengar kata mereka.

2) Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.

3) Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

4) Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.

5) Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.

6) Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.

7) Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.

8) Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.

9) Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.

10) Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.

11) Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.

12) Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.

Health - Important Tips.

Answer the phone by LEFT ear

Do not drink coffee TWICE a day

Do not take pills with COOL water

Do not have HUGE meals after 5pm

Reduce the amount of TEA you consume

Reduce the amount of OILY food you consume

Drink more WATER in the morning, less at night

Keep your distance from hand phone CHARGERS

Do not use headphones/earphone for LONG period of time

Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning

Do not lie down immediately after taking Medicine before sleeping

When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Panduan Bagi Pasangan Yang Tinggal Berjauhan

1) Jadikan agama sebagai benteng dalam menghadapi ujian ini.

2) Banyak berpuasa sunat.

3) Banyak membaca al-Quran.

4) Banyak berzikir.

5) Menyibukkan diri dengan aktiviti sosial dan kekeluargaan seperti berpersatuan, bermasyarakat dan menghabiskan masa dengan hobi seperti memasak, membaca, melancong dan sebagainya.

6) Berkawan dengan orang-orang yang baik.

Sunday, May 4, 2008

Berita Dari Yanbu, Arab Saudi



















Sudah hampir 14hari suamiku di Yanbu, Arab Saudi. Begitu pantas waktu berputar. Pagi tadi kami berbual lagi melalui video call. Alhamdulillah dari riak mukanya nampak sihat dan ceria sekali. Mungkin dah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di sana. Panas katanya. Kepala dah botak sebab baru sahaja mengerjakan umrah pada 1hb Mei 2008 yang lalu selama 2 hari. Akhirnya tercapai gak hajat beliau hendak menjejakkan kaki di bumi Mekah itu dalam usia yang muda. Jealous gak tengok gambar-gambar dia di kat sana. Insyallah dengan izin Allah, suatu hari nanti aku akan ke sana juga.

Rumahku Syurgaku


Rumah adalah tempat sesebuah keluarga menikmati hidup. Keselesaan dalam rumah amat mustahak kerana kebahagiaan keluarga itu bermula dari rumah. Setiap keluarga mesti
mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa dalam rumahnya. Maksud keselesaan di sini ialah keselesaan yang memungkinkan setiap anggota keluarga mempunyai bilik tidur yang cukup, ruang rehat yang selesa, mempunyai sistem peredaran dan pertukaran udara di setiap ruang rumah dan lain-lain keperluan seperti ruang dapur, tandas dan sebagainya.

Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu Wanita yang baik (solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik.”(Riwayat al-Baihaqi)

Dalam Islam telah ditentukan bahawa kanak-kanak mempunyai tempat tidurnya sendiri. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa melatih kanak-kanak tidur berasingan apabila mereka mencapai umur sepuluh tahun. Di waktu itu tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan hendaklah diasingkan supaya tidak timbul sesuatu perkara yang tidak baik.

Daripada Ibnu Amr r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Suruhlah anak kamu menunaikan sembahyang apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka enggan sembahyang) apabila berumur sepuluh tahun, dan asingkan tempat tidur mereka.”(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Selain daripada mempunyai ruang-ruang yang cukup, hiasan rumah adalah satu ciri penting untuk mewujudkan keluarga bahagia dan menjadikan rumah itu sebuah syurga. Ini kerana setiap insan di dunia ini inginkan sesuatu yang indah., cantik dan menarik. Hal ini adalah selaras dengan anjuran Islam kerana agama Islam sendiri amat mementingkan aspek keindahan dan kebersihan.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah itu cantik Ia sangat sukakan yang indah dan cantik.”(Riwayat Muslim dan At-Tirmizi)

Keindahan dan kebersihan yang dituntut oleh Islam adalah daripada semua aspek bukan sahaja tertumpu kepada aspek keindahan dan kebersihan alam sekitar, bandar dan pejabat-pejabat sahaja malah termasuklah keindahan dan kebersihan dalam rumahtangga dan sekitarnya.

Amalan menjaga kebersihan adalah bermula daripada rumahtangga dan apabila dihayati dengan sepenuhnya akan wujudlah amalan penjagaan kebersihan di luar rumah.
Oleh yang demikian untuk mencapai kebahagiaan bagi sesebuah institusi keluarga dan seterusnya menjadikan rumahtangga itu sebagai syurga perlulah menghayati prinsip-prinsip yang telah ditentukan oleh Islam.

Mewujudkan Hubungan Baik Ibu Bapa Dengan Anak


Apabila perhubungan antara ibu dan bapa dapat di bentuk dalam keadaan “ma’ruf” (baik) maka benih kasih sayang pasti akan bertunas dan bercambah ke dalam ahli keluarganya. Anak-anak yang melihat canaian kasih sayang antara ibu dan bapa mereka akan turut sama mengamali dan menikmati kemanisan serta kelazatan suasana itu. Justeru itu menjadikan ibu bapa mereka sebagai model dalam jiwa dan kehidupan mereka sendiri.

Kasih sayang dan belas kasihan ibu bapa terhadap anak-anak sebenarnya bermula dalam kandungan lagi. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, mereka digalakkan memakan makanan yang baik dan berzat, mengamalkan tingkah laku yang mulia, selalu membaca al-Quran, sentiasa berdoa kepada Allah memohon kebaikan kepada anaknya dan lain-lain amalan kebaikan seperti yang diperintahkan oleh Islam. Begitu juga bagi bapa, mereka hendaklah sentiasa mendampingi isteri mereka, sama-sama berkongsi kesukaran dan penderitaan yang dialami oleh isteri, tidak berlaku kasar dan benci kepada isteri dan sentiasa berdoa kepada Allah memohon keselamatan kepada isteri dan bayi yang bakal dilahirkan. Begitulah seterusnya apabila anak itu lahir ke dunia, kasih sayang perlu diberikan supaya pembentukan syakhsiah mereka menjurus ke arah manusia yang sempurna, berakhlak mulia seterusnya dapat mengharungi kehidupan ini dengan sebaik-baiknya.

Tidak dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang paling ideal dan tepat untuk diikuti. Ibu bapa seharusnya menyedari hakikat ini dan berazam mengamalkan segala kebaikan untuk keluarga mereka. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Aisyah r.a., sabda baginda:
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik kepada ahli keluarganya dan akulah sebaik-baik di antara kamu kepada ahli keluargaku.”(Riwayat at-Tirmizi)
Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Hakim daripada Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya antara sifat-sifat yang boleh menjadikan seseorang itu sempurna imannya ialah yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya."(Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Hati Seorang Wanita


1. Sensitif :
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet :
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus :
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas :
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin :
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja :
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego :
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta :
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks :
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITAdiciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.