Saturday, August 30, 2008

Kedai Carpet.

Lepas tengok ikan colourful kat pasar, meh kita gi tengok carpet yang colourful lak... kat mana lagi kat kedai carpet la... Posting kali ni sesaja je aku masukkan untuk dipertontonkan kat member2 maya sekelian. Ialah bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelma (posa tak lagi, dah citer pasal raya...).
Malam tadi aku ikut hubby gi kedai carpet. Dah ajak gi tu memang ada niat nak beli le... Sampai je kat kedai tu... naik rambang lak mata aku. Semua nyer cantik cantik belaka. Colourful gak macam ikan-ikan kat pasar. Ada yang tebal, ada yang nipis dan ada yang berbulu-bulu. Harga jangan citer le... ada yang murah dan ada gak yang mahal. Standard le tu... Pilih punya pilih last last kami beli dua gulung aje. Sesuailah untuk umah kami yang comel loteh tu....


Ni model iklan carpet ke....

Ni kalau bentang kat umah, abis penuh sampai laman.

Pelbagai jenis dan warna

Juga pelbagai saiz dan harga.

Ni bukan tokey kedai carpet, ni Hj Fadzil jiran kami.

Carpet bubble untuk bilik Alya

p/s : ada sapa nak niaga carpet, nanti boleh le aku jadi supplier nyer.

1 comment:

Bubblegum said...

bole tau x kat mane kdai carpet ni? thanks! -siti-