Saturday, August 30, 2008
Ramadhan Datang Lagi
Kedai Carpet.
Malam tadi aku ikut hubby gi kedai carpet. Dah ajak gi tu memang ada niat nak beli le... Sampai je kat kedai tu... naik rambang lak mata aku. Semua nyer cantik cantik belaka. Colourful gak macam ikan-ikan kat pasar. Ada yang tebal, ada yang nipis dan ada yang berbulu-bulu. Harga jangan citer le... ada yang murah dan ada gak yang mahal. Standard le tu... Pilih punya pilih last last kami beli dua gulung aje. Sesuailah untuk umah kami yang comel loteh tu....

Ni model iklan carpet ke....
Ni kalau bentang kat umah, abis penuh sampai laman.
Pelbagai jenis dan warna

Juga pelbagai saiz dan harga.
Ni bukan tokey kedai carpet, ni Hj Fadzil jiran kami.
Carpet bubble untuk bilik Alya
p/s : ada sapa nak niaga carpet, nanti boleh le aku jadi supplier nyer.
Friday, August 29, 2008
Pasar Yanbu
We all gi situ pun kejap je sebab hubby nak balik sembahyang Jumaat. Dah puas dok amik gambar ikan beso-beso tu, last last beli udang ngan sotong je... Nasib baik tak kena marah ngan mamat arab tu.... amik gambo je, tapi beli tak gak ... hehehe jangan mare brother.. nanti cepat tua.
Pasar Yanbu
Inilah suasana pasar basah kat Yanbu ni. Tapi tak berapa basah pun.
Ikan Laut Merah
Kalau nak tau nama ikan-ikan ni, kenalah tanya kat Abg Leman saya. Dia pakar ikan.

Kalau nak beli ikan2 ni kena beli seikat, banyak lak ... tu yang tak jadi beli.


Lobster ni sekilo hanya SR60.00. Murah kan...

Ikan colour biru... sedap agaknyer!

Colour memang menarik, rasa belum tau lagi..

Kalau malas nak siang, kat sini ada services menyiang ikan. Kena bayar le.
Pemandangan cantik kat depan Pasar
Agaknya bot ni yang bawak ikan-ikan tu ek...
Bagi Puan-Puan yang akan kemari, dah boleh start mencari resepi-resepi yang sesuai untuk memasak ikan-ikan seperti di atas ni. Jangan lupa bawa bahan-bahan nyer sekali... Bila dah masak nanti, boleh le beri sikit kat jiran seberang jalan ni.
p/s : Akak ni tolong amik gambar ikan beso-beso boleh le, tapi kalau nak tolong masak kan tak reti akak oiii.... nama je isteri nelayan. kikiki....
Saturday, August 23, 2008
Sebulan dah...
Tengok movie, sarikata arab
Dengan keadaan cuaca yang panas ni, Alhamdulillah nampaknya kesihatan kami masih berada di tahap yang memuaskan. Batuk dan selsema tu adatlah. Tu pun sehari dua je. Mungkin berkat meminum air zam-zam. Kat sini, dapatlah kami minum air zam-zam hari-hari (kalau tak lupa le..). Yalah dok dekat ngan Mekah, senanglah dapat. Harga setong pun cuma SR 10.00 aje. Insyallah, mudah-mudahan kami sekeluarga dijauhkan dari sebarang penyakit. Amin. Kat sini, dengar khabarnya, demam sikit pun kena x-ray... kenapa ek?
Air zam-zam kat rumah.
Bab makan lak, kebanyakannya masak dan makan kat rumah je. Antara special menu yang aku dah masak ialah lontong ngan rendang ayam, mee rebus, nasi lemak sambal tumis udang, roti jala ngan kari ayam, mee hoon sup, ayam kurma, ketam black pepper dan mee goreng mamak. Yang lain tu biasa-biasa je. Itupun sementara stock dari Malaysia masih ada. Kalau dah abis, bantai roti pak arab je le.... Tapi kalau nak masak kat sini kena creative sikit. Yang tak de, boleh diadakan. Betul tak mama bungas..
Ketam black pepper
Ayam kurma

Sorry kat sini tak de lesung batu. Yang ada lesung kayu atau tembaga. Yang kayu ni kena tumbuk slow-slow sikit kalau tak nanti pecah.
Makanan tempatan pulak beraneka jenis gitu. Aku pun dah try beberapa jenis makanan kat sini antaranya ialah nasi mandi ngan ayam tandoori, roti tamis ngan honey, murtabak ayam, roti berisi ayam (lupa lak nama dia, macam kebab gitu) dan ayam Al-Baik (fast food macam Marrybrown). Sedap gak makanan they all ni, dapatlah diterima oleh anak tekak ni. Ataupun memang anak tekak ni boleh bedal apa je yang ada kat depan mata. kikiki....... Tapi kan...kan...kan...dok merantau macam ni tak boleh cerewet-cerewet, kalau tak laparrrrrrrrrrrrr... huhuhu.

Yang paling sedap sekali ialah nasi mandi ni. Aku beri 5 bintang.

Roti tamis dimakan ngan madu.
Tapi we all ubah makan ngan sambal tumis ikan bilis n sambal kacang. Sedap tu...
Acara makan beramai-ramai di dalam dulang.
p/s : minggu depan dah start puasa, teringat lak pasar Ramadan kat Kg. Melayu, JB. Kalau ada sapa-sapa pergi, tolong belikan popia basah, lepas tu tolong makan kan k.
Wednesday, August 20, 2008
Surah Al-Kautsar

Sunday, August 17, 2008
Tuesday, August 12, 2008
Keperluan asas wanita.
Gambar-gambar ini aku ambil semasa kami sekeluarga ke Ladies Street, Balad Town malam semalam bersama dengan keluarga En. Zainuddin (OBM). Terpegun japlah aku kat situ. Macam-macam ada..... Kebanyakkan kedai kat situ menjual barang-barang keperluan asas kaum wanita seperti baju abaya, baju seksi, kasut, beg tangan, perhiasaan diri, make up, kain ela dan macam-macam lagi. Datang sendiri le baru tau..... Sebab tu agaknya kat situ dipanggil Ladies Street kot. Rasa-rasanya semua orang pompuan kat Yanbu ni kena le datang situ. Syurga membeli belah gitu. Selain daripada tu, abaya dia pun cantik-cantik belaka dan murah pula tu. Mula-mula tu, isteri En. Zainuddin je yang nak beli abaya, last-last isteri En. Leman pun terbeli gak. Kikiki......



Bagi Puan-puan yang suka pakai singlet amoi ni kat rumah, tak payah le bawa banyak-banyak dari Malaysia, kat sini pun banyak gak, sexy lagi tu........



So, bagi you all kaum wanita yang bakal datang ke mari atau yang dah ada kat Yanbu, KSA ni, jangan risau dan jangan bimbang kerana keperluan asas kaum wanita ada banyak dijual di sini. Tak payahlah nak bawa banyak-banyak dari Malaysia. Yang perlu you all bawa ialah bahan-bahan masakan yang tak de kat sini atau kadang-kadang je ada seperti lada kering, ikan bilis, cili sos, kicap cap kipas udang, sup bunjut adabi, kaya, budu dan belacan.
p/s : takut agaknya En. abang tu nak bawa isteri masing-masing ke mari.. hehehe... tak pe le bang sekali-sekala je bukannya selalu... kan..kan..kan..
Monday, August 11, 2008
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 8, 2008
Bertemu kembali
Kat bawah ni pula, gambar-gambar sekitar pantai Yanbu. Cantik betul laut dia.. Biru dan mendamaikan....
Cuba teka siapakah kg boy yg panjat pokok kurma ni?
Biru lagi mendamaikan
Posing depan bot nelayan kat pasar