Thursday, May 7, 2009

Kasihnya Ibu




Aduhhhhh!!!!!!!!!!!!!! rindunya rasa hati bila menatap gambar2 mak aku ni. Rindu nak peluk dia, nak cium tangan dia, nak gi jalan2 ngan dia dan yang paling rindu sekali nak makan masakan dia. Dah nak dekat setahun dah dok berjauhan ngan mak. Kalau ada sayap, rasanya nak terbang balik jap jumpa mak. Tapi itu semuanya mustahil. Kenalah bersabar tunggu bulan September nanti, insyallah.
Aku rasa semasa aku bersalin dan dalam pantang ni, orang yang paling risau sekali ialah mak aku. Cam manalah gayanya aku berpantang dan cam manalah aku jaga cucu baru dia ni. Walaupun aku ni dah tua bangka, tapi aku tau mak tetap risau ngan anak nombor dua dia ni, yang main terjah je..... Jangan risau mak, semuanya under control. Insyallah.
Hati ni tambah2 sayu, bilamana tahun ni tak dapat nak sambut Mother Day ngan mak. Tak dapat nak ajak mak gi makan2..... Harap2 adalah adik beradik yang lain balik kg, sambut Mother Day ngan mak...
Bersempena dengan sambutan memperingati Hari Ibu ni, aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan :
" SELAMAT HARI IBU "
Buat Mak Tersayang Puan Maziah Bt Hj. Md Din.
Juga Buat
Semua Kaum Keluarga dan Sahabat Handai Yang Bergelar Ibu.
Lagu di bawah ditujukan khas buat kalian semua.
My Mother
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Sunday, May 3, 2009

Tidur Afia

Masuk dua minggu ni, Afia dah ubah masa tidurnya. Tidurnya lenyak waktu pagi, petang n malam. Dan jaganya pulak dalam kul 2.00 pagi gitu, sampailah solat subuh. Nangis nak susu le, nak tukar pampers le n kekadang tu nak ajak borak2 lagi. Ialah namanya pun baby manalah dia tau nak bezakan waktu tido n waktu jaga. Kenalah kami suami isteri ni gilir2 jaga dia di pagi hening ni... huhuhu. Ngantuk sih tapi demi permata hatiku yang baru ni ku tahan jua. Aku kira ok gak, boleh joint Afia tido waktu pagi or petang but En. Leman... jangan tertido kat meja opis sudah le....


Akak baru bangun, adik baru tido.

Dalam pada aku mamai di pagi hari, Alya lak baru bangun tido mintak perhatian. Kena gak aku layan dia dalam mata ngantuk2 ni. Kekadang tu mulut berborak, mata terlelap. hehehe... Cian Alya semenjak dua menjak ni. Kurang sikit perhatian kat dia. Nasib baik sekolah dah start semalam so terisilah masa dia ngan aktiviti kat sekolah n homeworknya. Dan dapatlah ibu mereka ni curi masa bersantai2 sementara Afia tido n Alya gi sekolah.... Peluang keemasan jangan di sia-siakan. huhuhuhu..

Wednesday, April 29, 2009

Mandikan Afia

Tang ni yang aku ngeri sikit ni. Yelah dahlah Afia ni masih kecik lagi, lembut lak tu. Lepas tu masa kena air meronta-ronta campur ngan nangis. Takut gak aku... Kalau nak tunggu hubby balik keja mandikan, alamat mandi lepas solat maghrib le sebab 2-3 ari ni hubby balik lambat. Kalau tak mandikan tak best lak bau Afia. So, dengan hati-hati campur ngan takut-takut aku mandikan gak Afia..... Kalau dah ari-ari mandikan Afia oklah tu kot nanti. Time-time darurat ni pandai lak buat sendiri ek. Kalau tak minta tolong mak je memanjang.... hehehe

Posing lepas mandi.

Ibu, cepat le pakai baju. Saya sejuk ni.....

Dah siap pakai baju n solek2. Baru le wangi nak cium.

Monday, April 27, 2009

Afia Dah Seminggu

Pejam celik pejam celik... dah seminggu Afia lahir ke dunia ini, menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah, senang menjaganya. Tengah2 malam bangun nak susu je, lepas tu tido balik. Hubby cakap style dia memang sama cam Alya kecik2 dulu.

Dah buka mata dah... tapi kecik je.


Dah kenyang minum susu, nak tido le tu.


Akak cuti sekolah jaga adik.

En Leman dah start keje dah semalam, setelah bercuti selama seminggu. Maknanya kenalah aku uruskan segalanya sendirian. Sedihnya. Apa nak buat, inilah nasib di perantauan, jauh dari family huhuhu.... Nasib baik le Afia tak banyak kerenah. Susu, kencing, berak n tido je. Hari ni gak dah masuk 2 hari aku mandikan Afia. Semalam rasa takut2 gak tapi hari ni dah ok dah. Masak pun ala kadar je le, semalam aku masak sayur rebus n hari ni aku masak sup ayam. Lepas le kalau nak makan untuk kami 3 beranak. Kalau hari2 cam ni m0ga2 cepatlah dapat berat target aku. hehehehe.... " Yakin Boleh".



Menu org berpantang hari ni - Sup Ayam.

Saturday, April 25, 2009

Afia kena Jaundice

Cian Afia kena tahan sepital pagi Khamis lalu sebab kena Jaundice. Bacaannya terlalu tinggi iaitu 22. Kena turunkan sampai 12 baru boleh kuar sepital. Sayu hati masa nak tinggal kan dia hari tu. Nasib baik le sepital dekat dengan rumah, so dapat le gi jenguk dia 2-3 kali sehari. Cian tengok dia kena cucuk tang tangan, tang kaki. mmmm.. kecik2 lagi dah kena cucuk amik darah. Setelah bermalam kat dalam incubator 3 hari 2 malam, akhirnya pagi tadi bacaannya dah turun ke paras bawah 12. Alhamdulillah Afia telah dibenarkan balik tengah hari tadi lebih kurang pukul 12.15. Lega rasanya dapat bawak balik Afia.

Cian Afia. Kecik2 lagi kena tinggal kat sepital

Afia dah balik umah. Muka merah2 sebab pakai topeng zoro.

Ahlan Wa Sahlan Aina Afia

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, permata hatiku yang kedua telah selamat dilahirkan pada 18/4/2009 tepat pada pukul 8.00 pagi waktu KSA. Dan aku bersyukur juga kerana dipermudahkan kelahirannya itu.

Ahlan Wa Sahlan Aina Afia Bte Sulaiman.

Selepas air tuban aku kuar sikit2 selama 24 jam, pagi Sabtu tu barulah aku rasa sakit. Mula-mula tu 15 minit, lepas tu 5 minit, lepas tu sakit berterusan. Kelam kabut aku kejutkan hubby suruh hantar gi sepital. Sampai je sepital, doktor check jalan dah terbuka luas, time dah masa, terus aku disorong masuk ke dalam labour room. Dah macam citer ER kat tv tu, kelam kabut nurse siapkan aku dan susun segala peralatan yang diperlukan. Gamatlah kejap kat dalam labour room tu. Dalam setengah jam gitu aku bertarung nyawa, meneran untuk kuarkan baby. Akhirnya tepat pukul 8.00 pagi, terdengarlah suara tangisan baby. Masa tu hilang semua rasa sakit yang teramat sangat dan bertukar kepada gembira, sedih, sayu dan macam2 lagi lah....puhh! lega rasanya. Lepas tu baru teringat nak tanya doktor baby girl or boy. Doktor cakap baby girl. Alhamdulillah.

Lepas aku kuar dari labour room, nurse terus kasi baby kat aku untuk bf, tapi masa tu tak de susu pun yang kuar. Cian baby kelaparan. Lebih kurang pukul 7.00 malam baru le nurse kasi dia susu botol, tu pun lepas dia mengamuk kelaparan. Kat Al-Ansari ni they all tengah buat breast feeding kempen, tu yang they all tak kasi susu botol kat baby. Dipaksanya juga baby isap susu ibu, walaupun aku punya tak kuar lagi..... haru biru jadi nyer.

Kebetulan juga hari tu aku seorang je yang bersalin kat situ, so hubby n Alya dapatlah satu lagi katil kat sebelah aku. Bermalamlah they all kat sepital temankan aku.... nasib baik. Sebab aku ni jenis penakut sikit, lebih2 lagi dok kat sepital.. seram gitu. hehehe...... Semalam je kami kat sepital. Esoknya aku n baby dah dibenarkan balik... Amin. Lepas sudah saat yang dinanti-nantikan selama 9 bulan ni.

Cayang kakak kat adik

Sepanjang aku berpantang kat umah ni, En. Lemanlah yang menguruskan segala2nya. Cian gak aku kat dia...... tapi apa nak buat, mak jauhhhhhhhhhh sangat. huhuhu.... Nasib baik ada Kak Nani jiran sebelah umah. Dialah yang tolong masakkan untuk kami sekeluarga selama beberapa hari ni. Terima kasih ye Kak Nani. Tuhan jualah yang akan membalas jasa Kak Nani sekeluarga. Insyallah. Terima kasih gak kami ucapkan buat kekawan yang sudi datang melawat kami.... terubat sikit kesedihan ni bilamana tak sorang pun keluarga yang datang... bak kata Along aku " dok kat negeri yang kedekut visa, susah sangat nak datang. Kalau tak dah lama sampai dah..." ye ke Long......

Sunday, April 19, 2009

Berita Terkini


Nama : Aina Afia Bte Sulaiman
Makna : Mempunyai mata yang cantik, Tenaga (Kekuatan)
Tarikh Lahir : 18/04/2009
Waktu Lahir : 8.00 pagi (1.00 t/hari waktu Malaysia)
Tempat Lahir : Ansari Specialist Hospital, Yanbu
Berat : 3 Kg
Cara kelahiran : Normal
p/s : Tu je dulu berita terkini tentang permata hati kedua aku. Tika posting ni ditulis baru 1 jam kuar sepital. Lepas ni nak relax dulu..... Bila dah ok semuanya, nanti aku update lagi. Thanks pada semua kaum keluarga dan kekawan yang tak putus2 call n hantar sms ucap tahniah n yang datang visit kami kat sepital. Doa kalian memudahkan segalanya. Alhamdulillah.

Friday, April 17, 2009

Saat Ini....

Hari ni dah masuk minggu yang ke 39. Pagi tadi lepas subuh, air tuban dah keluar sikit2 tapi tak sakit lagi. Gi hospital, Doktor check jalan lum buka lagi. Disuruhnyer balik..... kalau dah sakit baru le datang. Kalau tak sakit gak, esok pagi kena serah diri.
Tika posting ni ditulis, dah sakit2 gak tapi tak kerap sangat. Tunggu le jap2 lagi. Nasib baik le hospital sebelah rumah je. Hai hati ni jangan cakap le Tuhan je yang tau, berdebar2 je... maklumlah dah 6 tahun tak bersalin.
Pada kaum keluarga dan kekawan semua, tolong doa2kan ye semuga ibu n baby selamat. Insyallah.

Friday, April 3, 2009

Minggu ke 36



Hari Ahad lepas gi rutin check up lagi. Rupa-rupanyer dah masuk 36 minggu dah kandungan aku ni. Insyallah 3-4 minggu lagi lahirlah permata hati kami yang kedua. Doa-doakanlah semoga semuanya selamat. Maklumlah dah nak dekat 6 tahun dah ni tak bersalin.

Check up ari tu, kena amik darah, urine dan buat ultrasound. Alhamdulillah baby berada di dalam keadaan sihat walafiat. Berat pun dah nak dekat 2.6 kg. Tapi result darah ngan urine aku lak ada masalah. Doktor kata aku kekurangan darah merah (anemia) dan ada gula lak pulak. Nak kena diabetes ke? aduh..... So, kena buat blood test lagi keesokkaan harinya. Kali ni kena amik 4 kali setiap satu jam. Alhamdulillah, semalam gi amik resultnya tak kena diabetes pun. Buat terkejut orang je doktor ni. Cuma kena kurangkan pengambilan makanan yang bergula je. Untuk anemia lak, kena masuk ubat kat sepital selang sehari sebanyak 5 kali untuk tambah darah merah. Sabar je le..... tulah tak suka makan sayur. hehehe...
Cerita pasal persediaan kelengkapan anak dan ibunya lak, alhamdulillah rasa-rasanya dah siap 100%. Barut, bedung dan ubat-ubat bersalin baru terima dari Malaysia 2 hari lepas. Terima kasih bebanyak kat mak yang ku cayang sebab tolong buatkan barut dan bedung untuk cucu dia ni. I LOVE U. Yang lain-lain beli kat Yanbu je le.... Mmmm... geram sungguh tengok baju2 baby kat sini, cantik2 belaka especially baju baby girl. Hari tu beli sikit je. Tunggu le bila baby dah keluar nanti, aku nak borong semua. Bolehkan En. Leman?

Sebahagian dari baju baby yang dah beli. Banyak colour pink gitu.

Set bersalin sendayu tinggi yg didatangkan khas dari Malaysia. Dah beli tu jangan buat perhiasaan lak. Makan jangan tak makan. Dengarnya boleh turun sampai 18 kg gitu.

Thursday, April 2, 2009

Cerita Kami.

Lama dah tak update cerita kami sekeluarga kat Yanbu ni. Buat family kat Malaysia, jangan risau kami sekeluarga kat sini sihat-sihat belaka. Kehidupan kami nampaknya semakin selesa dan ceria gitu. Dah tak terasa kekok lagi dengan budaya dan cara kehidupan masyarakat kat sini. Kira2 dah boleh masuk line le.....

Alya makin seronok ke sekolah. Jarang gak dia ponteng kat sini. Kawan-kawan makin ramai. Oleh kerana kat sekolah dia ada gak bercampur ngan budak2 Arab, so tau le dia sikit sikit cakap arab. OKlah tu. Tapi yang semakin merisaukan kami ialah bahasa ibunda dia dah semakin merosot. Ye le dah lah kat sekolah semua subject in English, kekawan lak tu bercampur ngan bangsa lain. Rosak2. Terpaksalah kami buat kelas Bahasa Malaysia kat umah.

Gambar terbaru Alya buat tatapan yang merinduinya kat Malaysia. Tudung tu baru je terima dari Ucu Alya kat Penang. TQ Ucu.

Abah Alya lak, semenjak 2 menjak ni sibuk sesangat kat kilang. Kekadang tu ari Khamis n Jumaat pun kena keje. Tak pe le.... buat le OT banyak2 sementara boleh buat... masyuk tu. Dan yang sesangat mengembirakan aku, Abah Alya cam tak jadi masuk shift. Lega rasanya.... bukan apa, aku ni penakut sikit nak tinggal 2 beranak malam-malam buta tanpa abah Alya. Masa kat JB dulu, kalau abah Alya keje malam, kami bungkus kain baju balik umah mak. Kalau kat sini nak bungkus kain baju balik umah sapa? huhuhu....

Ibu Alya pulak dah semakin sarat. Pejam celik, pejam celik dah masuk 36 minggu dah. Nak bergerak pun cam dah malas gitu, apa lagi nak memasak. Tapi bab makan masih larat... hehehe selera je. Pulak tu sekarang ni dah ada kelas masak memasak dikalangan kaum ibu-ibu kat Yanbu ni. Suka le gitu. Selain belajar masak-masak, kat kelas tu ada gak acara pot luck. Penuh satu meja. Tu yang best tu....... mmmm.... I like. Selain kelas memasak, ada gak kelas belajar bahasa arab di kalangan kaum ibu-ibu, tapi aku tak join le. Selain kelas nyer pagi, aku rasa mesti aku kena berhenti kelas masa aku bersalin bulan depan. Tak pe le.... nanti suruh Kak Saliza atau Dida jadi cikgu aku.... boleh kan kan kan.....

Gambar ni tak de kena mengena ngan hari jadi aku yang ke 35 pada 27/3/09 yang lalu. Gambar di ambil masa kelas memasak kat umah Imah. Sebelum cheese kek yang cun tu dikerjakan baik amik gambar dulu. hehehe


Cunkan cheese kek yang dibuat oleh chef Imah ni. Cam sayang lak nak makan. Sekarang ni aku dah pandai dah buat cheese kek ni. Nanti balik JB, boleh buat satu kasi mak try.... hehehe.

Wajah ceria kaum ibu-ibu kat kelas memasak minggu lepas.


Penuh meja ngan makanan dari Malaysia. Terubat gak rindu.....

Cunkan agar2 buah tembikai ni... Sayang lak nak makan.

Wednesday, April 1, 2009

Rahsia Memotong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala..
Adab Memotong Kuku.
Bahagian Kuku Tangan:
Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking berikutnya barulah ibu jari tangan.
Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis kemudian jari tengah setelah itu jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.
Bahagian Kuku Kaki:
Dimulai dari kelingking kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri.

Thursday, March 19, 2009

Nak Jadi Isteri Solehah?

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Isteri solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi isteri yang solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata- mata untuk suami adalah lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit. Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami.
Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Tuesday, March 17, 2009

Cara Kurus Tanpa Ubat.


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga lebih dari apa yang kita makan, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidak cekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. MAKAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. BERUS GIGI DAN GULA-GULA GETAH
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. MAKAN BUAH DAN SAYUR
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
12. JANGAN TIMBANG SELALU
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
13. AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
14. PILIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
15. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
16. CARA MEMASAK
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
17. BERJALAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
18. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
19. KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
20. AKTIVITI FIZIKAL
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:
i) Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.

ii) Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif.

iii) Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.

iv) Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v) Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Saturday, March 14, 2009

Wanita, isteri dan ibu.


Mulianya seorang isteri disisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan. Jadi 'kilang manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap diwaktu itu solat terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami. Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, isteri dapat pahalanya tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Allah ke atasnya jua.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, begitu juga di akhirat kelak. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki atau dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada lelaki (suami). Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, juga supaya dekat dengan hati lelaki untuk disayangi, bukan untuk ditangan-tangankan.
Renung-renungkan dan selamat beramal......

p/s : banyaknya pahala yang kita boleh dapat bila jadi isteri yang taat kat perintah Allah dan suami. Kalau tau abis sekolah ari tu terus kawin... huhuhu

Sunday, March 1, 2009

Minggu ke 31

Semalam gi check up lagi. Baby kat dalam perut dah masuk 31 minggu. Maknanya ada lebih kurang 9 minggu lagi untuk kami menimang PERMATA HATI kami yang kedua.
Alhamdulillah, doktor kata baby berada di dalam keadaan sihat. Kedudukan kepalanya pun dah berada di bawah. Beginilah hendaknya hingga saat kelahiran baby nanti. Bila aku tanya doktor.. "baby girl or boy?" dan dengan confident nyer doktor tu kata.... "baby girl". Alya dengar je doktor cakap cam tu, happy giler dia. Suka le tu dapat member sepermainan. Boy ke.... girl ke... aku tak kisah sangat, janji baby yang bakal lahir nanti sihat walafiat dan sempurna. Insyallah.
Bila dah dapat tau jantina ni, maka senang le sikit nak beli baju baby. Insyallah 2-3 ari ni boleh le jalan2 kat Balad cari baju baby.... mmmmm... teruja gitu.
Senarai keperluan baby:
Pakaian Bayi :
Baju lengan pendek/panjang, seluar pendek/panjang, sarung tangan & kaki, topi, lampin/lampin pakai buang, selimut, barut bayi, kain, tuala mandi bayi, almari/bakul pakaian, sapu tangan, tikar getah bayi dan beg bayi.

Mandian:
Sabun bayi, bedak bayi, losyen bayi, syampu bayi, besen mandi bayi, putik kapas, bakul alatan mandian, pengalas mandian tidak licin dan sikat/berus rambut.
Penyusuan:
Botol susu, puting, berus botol susu dan bekas simpan botol susu (warmer)sterilizer.
Tidur:
Bantal, bantal peluk dan tilam, sarung bantal dan sarung tilam, minyak kembung perut, tisu lembab dan pemotong kuku.
p/s : Ada apa-apa lagi tak keperluan baby yang tak de dalam senarai di atas ?

Saturday, February 28, 2009

Bercanda di Pantai Ummluj

Hari : Khamis

Tarikh : 26hb Februari 2009

Masa : 9.30 pagi hingga 6.00 petang
Masa perjalanan : 1 1/2 jam

Penyertaan : Lebih kurang 100 orang pelbagai umur (yang kecik sekali Aishah Damia - 2 th). Antara yang turut serta ialah keluarga staff Yansab dan students dari Universiti Madinah.
Pengangkutan : 17 buah kenderaan pelbagai jenis (sori le... tak de kereta proton)
Aktiviti: Berkelah, berkhemah, mandi manda, snorkeling, fishing, bola pantai, makan-makan, borak-borak dan lepak-lepak
Menu : Macam-macam ada.... antaranya nasi dagang, nasi campur, mee udang, mee hoon goreng, sate, BBQ, kuih muih dan banyak lagi leeee.....
Kemudahan yang disediakan : Air untuk mandi manda dan berwuduk (air laut le tu...) dan tandas khemah or toilet/shower tent.
Cuaca : Agak sejuk dan berangin. Suhu diantara 18-23 c. Tidak terlalu panas dan angin sepoi-sepoi bahasa kekadang agak ganas juga sehingga menerbangkan toilet tent (mujur dapat diselamatkan)


Ini bukan kedai kereta.....tapi inilah antara kenderaan yang menuju ke Pantai Ummluj minggu lalu.

Group photo.


Pantai Ummluj kena serang.. terkejut semua haiwan-haiwan di darat mahupun di laut. Cuba cari pokok ada tak?.....hehehe

Deretan khemah yang telah siap dibina, tapi kena ikat kuat2 takut diterbangkan angin.



Acara mandi manda. Sukanya dia............

Kaum ibu dok melepak je le. Tapi ada gak yang terjun laut, nak lepas gian le tu.



Tertunai gak hajat En. Leman nak mancing kat Laut merah.....

Penting ni....... inilah tandas/toilet tent yang terpaksa dihadang oleh kereta En. Leman..... takut terbang ditiup angin lagi.



p/s : org nak masuk blog, kita pun nak masuk blog gak... tapi malas nak bercerita gitu. Kalau nak citer, rasa2nya 2 page pun tak cukup. Apa-apa pun perkelahan minggu lalu memang happening gitu... buat le selalu2 ye.

Monday, February 23, 2009

Berita Dari Malaya

Rasanya masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan setinggi2 tahniah buat adik lelaki aku, Mohammad Azham Bin Hamzah yang telah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya Maziyatunnur Bt Adam baru-baru ini. Kata sepakat telah diambil, majlis akad nikah akan diadakan pada minggu kedua Hari Raya Aidil Fitri di Jelebu, Negeri Sembilan dan majlis bertandang akan diadakan di Skudai pada minggu ketiga Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Insyallah, akan kami usahakan seboleh mungkin untuk pulang bersama-sama keluarga untuk meraikan hari-hari yang berbahagia itu.

Az bersama hantaran pertunangannya hasil tangan bonda tercinta. Bekas hantaran ni gak aku gunakan masa nikah 7 tahun lalu...... teringat le tu...

Mak ngan bakal menantunya.

Tunang adik berbaju kuning diapit oleh Along Alya, Ucu Alya dan sepupu2 aku.

Mmmmm... cam tak sabar rasanya nak balik Malaysia especially Johor Bahru. Nak jumpa mak, abah, atok, nenek n family semua. Melihat kat gambar yang adik aku kirimkan ni, syukur alhamdulillah family kat Malaysia semuanya sihat2 belaka especially atok n nenek. Insyallah panjang umur kita jumpa bulan September nanti. Dan insyallah kami akan balik berempat.



Atok, nenek, mak dan adik aku. Sihat nampaknya atok n nek.


Miss u all...................muah.


p/s : Tinggal emak, tinggal saudara kerana kasih hamba turutkan... cewah

Thursday, February 19, 2009

Jerawat

Kedudukan jerawat dan kaitannya dengan kesihatan badan kita.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih dan stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


p/s: Dapat info ini dari member kat Johor Bahru. Betul atau tidak.... kurang pasti
lah pulak. Cuma untuk dikongsi bersama.

Monday, February 2, 2009

Import Dari Malaya

Syukur Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan kami tinggal kat Yanbu ni, stock makanan buatan Msia tak pernah putus. Pantang je dengar ada kekawan nak balik Msia atau yang nak datang ke mari, ada je pesanan dari kami. Heee.... terima kasih le pada kekawan yang sudi membawakan stock makanan buat kami... terutamanya kicap, ikan bilis, belacan, cili sos ngan susu anmum buat baby kat dalam kandungan ni. Allah s.w.t jualah yang akan membalas jasa kalian semua.
Terbaru, aku mintak tolong dari Dida (Blog Rizhad-Pencarian Kasih Abadi) tuk belikan n bawakan beberapa jenis makanan untuk kami kat sini. Pulak tu tekak ni tetiba lak teringin nak makan kerepek pedas dari Malaya... agaknya ni kes mengidam kot. Terlanjur masa call Dida, dia kat Langkawi then lepas tu nak gi Melaka so aku kirim le kuah rojak ngan belacan Melaka sekali.... En. Leman lak order rempah ratus since sekarang ni dia yang selalu2 memasak.... tahlah sekarang ni apa yang aku masak, aku rasa cam tak sedap je.... agaknya pembawa baby kot. Terima kasih bebanyaklah kat Dida n suami kerana sudi membawa barang pesanan kami tu. Buat Dida, Selamat Datang ke Yanbu & Welcome to my club.

Antara makanan yang kami pesan. Susu Anmum, kuah rojak, kerepek pedas, kopi, rempah ratus dan belacan Melaka.


Susu Anmum buat aku dan baby kat dalam kandungan ni. Semoga baby aku kuat dan sihat masa kuar nanti.

Ni pun kes ngidam gak kot. Nak pakai tudung yg tengah popular kat Msia sekarang ni. Tudung Ekin-Mawi. Heee.... sebenarnya tudung ni aku punyer, tapi utk gambar ni, aku gunalah model yang cute miut sikit