Monday, February 23, 2009

Berita Dari Malaya

Rasanya masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan setinggi2 tahniah buat adik lelaki aku, Mohammad Azham Bin Hamzah yang telah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya Maziyatunnur Bt Adam baru-baru ini. Kata sepakat telah diambil, majlis akad nikah akan diadakan pada minggu kedua Hari Raya Aidil Fitri di Jelebu, Negeri Sembilan dan majlis bertandang akan diadakan di Skudai pada minggu ketiga Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Insyallah, akan kami usahakan seboleh mungkin untuk pulang bersama-sama keluarga untuk meraikan hari-hari yang berbahagia itu.

Az bersama hantaran pertunangannya hasil tangan bonda tercinta. Bekas hantaran ni gak aku gunakan masa nikah 7 tahun lalu...... teringat le tu...

Mak ngan bakal menantunya.

Tunang adik berbaju kuning diapit oleh Along Alya, Ucu Alya dan sepupu2 aku.

Mmmmm... cam tak sabar rasanya nak balik Malaysia especially Johor Bahru. Nak jumpa mak, abah, atok, nenek n family semua. Melihat kat gambar yang adik aku kirimkan ni, syukur alhamdulillah family kat Malaysia semuanya sihat2 belaka especially atok n nenek. Insyallah panjang umur kita jumpa bulan September nanti. Dan insyallah kami akan balik berempat.



Atok, nenek, mak dan adik aku. Sihat nampaknya atok n nek.


Miss u all...................muah.


p/s : Tinggal emak, tinggal saudara kerana kasih hamba turutkan... cewah

No comments: