Thursday, March 19, 2009

Nak Jadi Isteri Solehah?

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Isteri solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi isteri yang solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata- mata untuk suami adalah lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit. Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami.
Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

4 comments:

ayang said...

tq... dengan nasihat yang diberikat ...nampaknya semakin bahagia menjelang kelahiran orang baru. happy birthday yang ke....... pd 27 mac ni aku wish awal takut lupa..........semoga menjadi ibu dan istri yang soleh...........kalu gi umrah lagi jgn lupa doakan aku......

Masdihana Hamzah said...

tq ayang... ingat gak ko kat bday aku ye.. dah tua ek kita ni. insyallah sebulan lebih ni lahirlah le permata hati kami yg kedua. Ko doa2kan kami selamat ye.

Ko apa kaba? apa cerita org2 kat JB. Kirim salam le kat member2 kalau ko jumpa they all k.

sayangselasihkusayang said...

"di sebalik kejayaan seorg lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorg wanita..."
sometimes wonder why we r so concern abt us being isteri solehah, isteri mithali, kena pakai cantik2 utk suami, kena wangi2 utk suami... etc etc
do our husbands think the same way? do they bother to look handsome to us, or berbau harum utk kita? or r they more comfortable bersinglet n berkain pelekat utk isteri2 solehah ini...?
adil ke... if diorang boleh berkain pelekat je in bed, but kita isteri kena pakai lingerie yg ghairah2 utk diorang...
hey... kena la sama2 berpakaian ghairah, sama2 harum wangi... agree???

LYNN said...

oo, Happy Birthday la...Ummi. Tak kire lah berape pun...
Hai ayang...