Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri

Kiranya tidak terlalu cepat untuk kami sekeluarga di Yanbu Al- Sinaiyah ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua sanak saudara dan kaum keluarga, walau di mana juga anda berada terutamanya :


Buat keluargaku di Skudai, Johor Bahru.

Buat keluarga suamiku di Ulu Tiram, Johor.

Buat keluarga besar atok sebelah mak di Kempas Baru, Johor Bahru dan jua keluarga besar atok sebelah abah juga di Johor Bahru.

Dengan Ucapan :

Selamat hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir & Batin

Semoga gembira dihari yang berbahagia

Walaupun tanpa kami disisi.

Tidak lupa juga buat sahabat handai yang berada di Malaysia, rakan-rakan senasib di Yanbu Al- Sinaiyah dan juga rakan mayaku semua sama ada yang sudah bertemu mahupun yang belum bersua muka, kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya ada silap dan salah sepanjang persahabatan ini.

Tiada Kata Seindah Zikir
Tiada Hari Seindah Syawal
Untuk Itu Izinkan Kedua Tangan
Bersimpuh Maaf Untuk
Lisan Yang Tak Terjaga
Janji Yg Terabaikan
Hati Yang Berprasangka
Semua Sikap Yang Pernah Menyakitkan

Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpinjam terambil harta & benda
Terumpat bila ada cerita

Di hari mulia yang bakal tiba
Sekali lagi……….
Sepuluh jari ku hulurkan
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana diri ini masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa

Semoga dimaafkan…



7 comments:

cik aa said...

Selamat hari raya n maaf zahir batin.

Saliza said...

Salam...

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga dengan ucapan selamat Berhariraya di rantau orang.

Masdihana Hamzah said...

salam buat cik aa n kak saliza.

sama-sama le kita... kira 0-0 le tu. raya nanti kalau masak best2 jemput le kami sekeluarga.

zikhan said...

slamat hari raya dr kami sekeluarga, mesti sronok beraya di sana kan?

Zuraili said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Masdihana Hamzah said...

Salam En Zikhan n En Zuraili Sekeluarga...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga dari kami sekeluarga.

Dida... said...

Salam Aidilfitri buat Kak Mas sekeluarga... Maaf Zahir Batin... Semoga berbahagia selalu..