- Berbuka dengan membaca doa.
- Mulakan dengan memakan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis. Kemudian sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
- Selepas bersembahyang bolehlah mengambil makanan berat seperti nasi putih & mee / bihun /kuayteow sup.
- Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
- Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
- Berhenti makan sebelum kenyang.
- Lebihkan minum air.
- Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
- Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah nasi putih, Oats/ Nestum, roti ataupun buah-buahan seperti kurma. Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"
Disediakan oleh Klinik Kaunseling Obesiti Pusat Kesihatan, Program kampus Sejahtera
No comments:
Post a Comment