Tanpa disangka dan diduga, hari raya kami kat sini jatuh pada 30/9/2008, cepat satu hari daripada Malaysia. Terkejut n panic gak pada hari sebelumnya bila dapat info daripada Zuraili (villa bayu) kat Mekah yang mengatakan kemungkinan raya jatuh pada 30/9/08. Selepas pack apa yang patut n sediakan sedikit bekalan untuk berbuka puasa, kami sekeluarga pun bertolak ke Mekah pada pukul 3.30 petang 29/9/08. Sampai Mekah lebih kurang pukul 8.30 malam, kami terus cari bilik hotel n makan bekalan yang dibawa. Selepas berihat ala kadar, kami ke Masjidil Haram untuk sembahyang isyak n buat tawaf sunat. Masa on the way gi Masjidil Haram tulah kami terdengar bunyi takbir raya.... hai! memang confirm le esok raya. Nasib baik sempat sampai Mekah, kalau tak sembahyang raya kat Yanbu je le... Dah rezeki kami agaknya.
Set makanan menjelang Aidil Fitri disediakan oleh D'Saji
Bapak2 ngan anak2 mereka. Opsss.. sori Nazir yg tengah2 tu lum kawin lagi le...
Senyuman dalam tangisan... sedih beb raya kat perantauan ni.
Sebelum masuk masjid, singgah jap kat D'Saji dengan niat nak minum teh ais je.. tapi termakanlah pulak. Nazir, member sekerja ngan hubby belanja kami makan nasi minyak, mee hoon n roti bom. Kebetulan masa tu parent dia ngan keluarga Zuraili ada kat situ, so kami apa lagi kenduri nasi minyak le. Terubat sikit rindu ngan makanan kat M'sia. Terima Kasih banyak2 buat Nazir. Lepas tu baru le masuk masjid, sembahyang n tawaf sunat. Selesai lebih kurang pukul 1.00 pagi, balik hotel tidur...
Malam raya di Masjidil Haram.
Seawal pukul 4.00 pagi (30/09/08), kami dah keluar dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk sembahyang subuh dan sembahyang raya. Kat sini sembahyang raya dia cepat sikit dalam pukul 6.30 pagi gitu. Alhamdulillah, dapat gak kami tempat sembahyang kat tingkat satu sebab ramainya orang pada masa tu. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, selesailah sembahyang raya kami. Nasib baiklah tabir raya kat sini tak syahdu sangat cam kat Msia, kalau tak ada yang dah meraung dah. Kami bertolak pulang ke Yanbu lebih kurang pukul 3.00 petang, selepas aku buat tawaf kedai beberapa pusingan. hehehe.... shopping baju raya beb.
2 comments:
Kat M'sia pas takbir x de bunyi meriam 7kali kan? kan? kan?...Kat Masjidilharam jer yg ada w/pun takbir dia x sesyahdu mcm kat M'sia. Tp 'syahdu' gak ar bila tepon org2 kat M'sia...hu hu hu
hehehe... untuk tak mengsyahdukan diri ini, tu yang masak banyak2 tu. secara tak langsung fikiran ni tertumpu kat masakan tu je ... hari raya pertama n kedua, saya tak call pun family, sbb buang bil je... nak cakap je nangis, nak cakap je nangis.... huhuhu...
Post a Comment