Pejam, celik, pejam, celik hari ni dah masuk 8 hari umat islam di Yanbu dan di Malaysia berpuasa. Mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik, keimanan dan kekuatan untuk meneruskan puasa ramadhan pada tahun ini. Rasa-rasanya puasa kat sini tak banyak sangatlah dugaanya, mungkin banyak masa dihabiskan kat umah aje. Tak de le jalan-jalan gi Pasar Ramadhan terbeli pelbagai jenis makanan mengikut nafsu gitu (akulah tu agaknyer...kikiki) . Kat sini tak de pilihan, apa yg dimasak tulah yang kena makan. Sedap ke, tak sedap ke... makan jelah ye abah n alya oiiii.... Alhamdulillah 2-3 hari kebelakangan ni buka puasa kami meriah sikit ngan kekawan yang senasib. Kalau tak berbuka tiga beranak je. Hari Khamis yang lalu, Ejalz sekeluarga ( tuanpunya blog Tentang Sesuatu) telah sudi berbuka puasa kat umah kami. Selama ni hanya bercomment2 aje melalui blog, so pada hari tu kami bertemu, mata bertentang mata. Walaupun first time jumpa tapi borak macam dah kenal lama. Datang lak tu bukannya ngan tangan kosong, siap bawak ole-ole dari Msia lagi ( tak leh mention apa ole2 tu... rahsia.). Tq very very much...... Hari Sabtu nyer pulak, Kak Saliza sekeluarga (tuan punya blog Ummulamirul), En. Lobo n 3 bujang sebelah umah buka reramai kat umah kami. Meriah gitu... walaupun menu nyer sempoi je, tapi licin.... tq, tq semua kerana memeriahkan umah kami. Dan semalam lak kami menerima undangan berbuka puasa kat rumah En. Shah (tuanpunya blog Kembara KSA). Siti telah menjamu kami ngan nasi lemak, sambal tumis sotong Pulau Pangkor (sedap tu) n keropok Terengganu. Terima kasih daun keladi. Ini pun first time gak aku jumpa Siti. Kenal pun melalui blog gak but borak macam dah kenal lama. Sampai kena panggil ngan hubby ajak balik. Insyallah, esok kami akan memenuhi undangan dari Pn. Ejalz sekeluarga lak. Kalau tak de aral melintang, sampailah kami ngan perut kosong. Bak kata perpatah melayu "musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak".
Alya ngan kekawan barunya (anak-anak Siti)
Juadah buka puasa yang disediakan oleh Siti buat kami. Tq very much...
Best gak macam ni selalu, at least tak le sunyi dan sedih sangat berpuasa kat negeri orang ni. Terasa meriah gitu. Ada kekawan yang sudi datang, yang sudi menjemput dan tak lupa gak yang sudi hantar kuih muih ke rumah kami.... Kekawan kat sinilah pengganti keluarga, penawar duka tatkala terindu n teringat family kat Malaysia....... ( mmmm... dah mula le tu... ujan nak turun) .
1 comment:
Mas, cam ni la kami sambut posa tahun lepas.. meriah keluar-masuk umah orang utk beriftar.. hehe.. kat mesia mana pernah buat cam ni kan.. koman-koman mesti kat luar jugak kalau nak berbuka beramai-ramai..
Dah makin ramai kat sini, makin seronok la posa kita.. takde la sedih sgt.. tahun pertama ni maybe la mas terasa kehilangan 'pasar ramadhan' tu.. hehe
Post a Comment