Saturday, September 13, 2008

Destinasi Ketiga : Madinah Munawwarah

Masjid Nabawi
Kat dalam Masjid Nabawi

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat aku untuk menjejakkan kaki di Masjid Nabiku, Masjid Nabawi. Kami sekeluarga bertolak ke Madinah pada pagi Khamis 11/09/08 bersama dengan keluarga Zainuddin (OBM). Sampai di Madinah pada pukul 1.30 petang, terus ke Masjid Quba' untuk solat zohor. Selepas solat, kami meneruskan lagi perjalanan ke Masjid Nabawi dan terus check in kat Hotel Al-Andalus. Selepas berehat ala kadar, kami ke Masjid Nabawi solat Asar. Selawat dan salam buat Nabiku, Nabi Muhammad s.a.w. Di masjid inilah nabiku disemadikan bersama2 dengan 2 lagi sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Bin Al-Khattab. Hari pertama kat Madinah ni, dapatlah aku mengerjakan 3 solat fardu di Masjid Nabawi. Mudah-mudahan solatku ini diterima Allah s.w.t. Insyallah. Malam nyer lepas hubby balik terawih, kami ronda2 jap kat shopping mall they all. Aduh..... macam syurga membeli belah gitu. Kat madinah ni bandar n kedai-kedai nyer lebih tersusun dan kemas berbanding ngan kat Mekah. So, shopping pun happening sikit...

Hari kedua di Madinah, pagi-pagi lagi dah keluar ngan Nor n hubby dia. Hajat dihati nak masuk Raudah. Siap pusing satu Masjid Nabawi untuk cuba masuk Raudah, tapi malangnya semua pintu memasuki Raudah ditutup. Tanya orang kat situ lepas sembahyang Jumaat baru buka.... Lepas sembahyang Jumaat, kami cuba sekali lagi untuk memasuki Raudah, tapi tak dapat masuk gak sebab dah tutup. May be dia buka sekejap je. Tak pe lah mungkin tak de rezeki kami nak melawat makan Nabi. Cuba lagi next time, insyallah. Bertolak balik ke Yanbu dalam pukul 2.30 petang. Sebelum tu singgah jap kat Kedai Indonesia. Beli sikit barang untuk di bawa balik ke Yanbu. On the way balik, hubby n Zainuddin nak bersolat asar, so kami singgah jap kat Badar. Dapat lah gak ziarah makam di Badar ni. Bukit pasir, tak singgah sebab tak larat nak naik, puasa beb... Sampai Yanbu tepat pada pukul 7.30 malam. Buka dalam kereta aje......
Solat zohor kat Masjid Quba'
Alya kat depat Masjid Nabawi

Break for shopping

Bandar Madinah yang sentiasa sibuk

p/s : tak banyak gambar yang dapat dirakamkan kerana handphone n camera tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam masjid. So camera simpan kat hotel je le.....

7 comments:

Unknown said...

ramadhan karim! mesti seronok dapat berpuasa di bumi kelahiran junjungan kita kan, teruja rasanya.
Kuih raya dah buat ker? hihihi

KAHERAH said...

Alahamdulillah, Mas...seronok betul tengok suasana di sana...Syukur ye di beri peluang ni.

Ejalz said...

Mas, tau dak saya pun di Madinah last weekend? tu yang saya ada sms tu.. hehe.. tapi kami tak ronda kemana pun, panas wooo...

Masdihana Hamzah said...

salam wat ummi wafa n kaherah.

alhamdulillah akhirnya hajat dah tercapai. dah dapat solat kat masjid nabawi. walaupun tak larat masa tu.... namun digagahi gak kaki ni. insyallah ada rezeki awk berdua, sampai gak kat sana.


ejalz,

masa balas sms ejalz x tau you all kat sana. lepas tu baru hubby beritau... check in kat hotel yg sama ke?

betul le kat situ panas sungguh... rasa macam nak buka posa je.... tapi ku tahankan juga. gi ronda2 shopping mall pun lepas hubby sembahuang terawih. sejuk sikit masa tu.

Jamilah said...

Salam.. kak dlm panas2 tuh aina larat ke berjalan..

cik aa said...

akak,bukan senang kita dpt tawaf masjid nabawi bulan posa cam ni..org2 terpilih je..he2

Masdihana Hamzah said...

salam Jamilah.

Memang panas sungguh cuaca pada hari tu. ada gak alya complain2 panas, tapi suruh dia sabar. Alhamdulillah dia ikut je kita hayak dia....

Salam Nor.

Ye le... tahan lak tu tawaf masjid nabawi masa matahari tengah tegak kat atas kepala....nasib baik tak terbuka posa..hehehe

tak de rezeki kita hari tu nak masuk raudah... tak pe cuba lain kali. insyallah