Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda berkeyakinan tinggi apabila berhadapan dengan persekitaran.
4. Berikan ganjaran setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluarga.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa-masanya mereka akan menghadapi masalah dan bersedih. Jadi, bantulah sedaya upaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada masalah yang menimpa. Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. .
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – Sabar dan jangan marah sebab kalau marah nanti terbantut proses pembelajaran mereka.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur so, ubahla. Jangan jadi too perfectionist pada anak-anak nanti mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka. Usahlah memarahi mereka sebaliknya carilah puncanya. Jika tidak dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda- hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mas, saya ada berhadapan dengan satu kes yang buatkan saya terkedu .. terkedu sebab kalau dipikir sekali rasa tak logik, kalau dipikir berkali-kali bertambah tak logik.. kesahnya, ada seorang ibu yang memberitahu anaknya bahawa dia tidak berkawan dengan seseorang. anaknya bercerita dengan kawan-kawannya, yang mana bercerita pulak dengan anak orang yg tidak dikawannya itu..
Tak logik kan...? kalau pun tak nak berkawan atas apa jua sebab, rasanya tak perlulah bercerita dgn anak2 yg masih kecil dan tak pandai lagi nak menilai satu relationship.
bukankah dah merosakkan pemikiran anak yang masih bersih tu...
What do you think Mas?
Post a Comment