Monday, May 19, 2008

Ingatan Sebelum Lupa


Dalam seminggu terjadi dua bencana
Ribut cyclone berlaku di Burma
Dan gempa bumi berlaku di China
Ratusan ribu telah menjadi mangsa
Yang masih hidup dihinggapi trauma
Adakah masih hidup papa dan mama
Bapa mencari anak-anak ku di mana

Ini semua adalah kuasa Allah taala
Adakah Allah kejam sedemikian rupa
Begitu senang malaikat mencabut nyawa
Semua itu ketentuan Allah Maha berkuasa
Manusia boleh mati dengan pelbagai cara
Pokoknya mati mesti dihinggapi manusia
Sebelum mati ada yang menanggung siksa
Ada yang minta mati dari menanggung derita

Bayangkan bencana diatas menimpa kita
Kita terlalu yakin kita tidak akan kena
Negeri kita tiada ribut tiada gempa
Yang ada gempa cuma jiran Indonesia
Kita cuma rasa gegaran sekali sekala
Itupun buat kita panik lari turun tangga
Belum ada bencana yang besar skala
Yang paling teruk tsunami melanda utara
Jadi kita masih yakin kita tak akan kena

Jangan kita terlalu yakin wahai saudara
Bukan aku meminta bukan aku berdoa
Aku cuma mahu kita beringat dikala lupa
Aku cuma ingatkan ada kuasa di atas sana
Yang mampu melipatkan satu Malaysia
Manusia begitu kerdil dan lemah disisi Nya
Janganlah menunjuk-nunjuk dan besar kepala
Ya sekarang kita masih mampu ketawa
Kita masih kenyang dan sempat bersendawa
Kita masih menikmati hidangan istimewa
Tetapi jangan lupa akan kewajipan kita
Kejadian di Myanmar dan negara China
Sudah cukup sebagai amaran buat kita
Bantulah mereka hulurkanlah derma
Walaupun berlainan bangsa atau agama
Namun kita mesti ingat mereka juga manusia
Hari ini mungkin hari mereka
Esok lusa mungkin hari kita.

Keris Silau 16 Mei 2008
Dipetik dari TranungKite Online

No comments: