Wednesday, May 7, 2008

Rezeki Dari Allah


Nawaitu asal aku tanam pokok pisang ni kat depan rumah ialah untuk menggunakan daunnya semasa nak mengukus pulut kuning atau alas kuih pau. Tapi tanpaku sangka dan tanpaku duga, rupa-rupanya pisangku telahpun mengeluarkan buahnya. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Eee.. happy giler aku ngan Alya. Hari-hari sebelum hantar Alya pergi sekolah, kami jengah dulu buah pisang tu. Alya selalu tanya bila dia dapat makan buahnya. Kalau tak salah aku ini adalah hasil pertama tanamanku. Kat sebelah pokok tu, suami aku ada gak tanam pokok betik sebelum dia ke KSA, tapi tak tinggi-tinggi pun. Mungkin ambil masa sikit kot. Jangan mare abah, pokok ibu berbuah dulu.
Jenis buah pisang ni belum dapat dipastikan. Sebenarnya aku ni tak berapa kenal sangat. Tau makan aje. Jiran sebelah rumah beritau, buah pisangnya boleh digoreng. Hmmmm yummy goreng lepas tu cicah ngan sambal kicap (orang Johorlah katakan).
Kekawan semua, any idea tak nama buah pisang yang aku tanam ni?

4 comments:

Ejalz said...

Mas, makanlah pisang goreng puas-puas.. nanti dah sampai sini jangan teringin plak... jenuh nak mencari pisangnya nanti.. saya pun tak reti sangat jenis pisang nih.. setakat pisang emas, berangan and tanduk kenallah.. tapi yang pasti kat sini banyak pisang yang untuk dimakan mentah.. nampak macam pisang berangan tapi besar kemain... hehe.. 2 x 5 la kita.. tak kenal pisang..

leman said...

Salam.. tahniah kerana blog semakin menarik dan bertambah kandungannya.... Tapi jangan lah letak gambar abah banyak-banyak, segan laaa...!!

leman said...

Oh ya, lagi satu, kandungannya banyak pengajaran, tapi hendaklah disertakan amalan.... !!

leman said...

Oh, jangan lupa pesan sy hari tu... nanti jantungnya di potong supaya buah dia boleh membesar...