Monday, May 5, 2008

Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa


Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa. Sebab yang demikian ialah, walaupun tidak diperintah untuk mengasihi anak, secara otomatis ibu bapa tentu mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, dimana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa.

Mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana ia harus berbuat baik terhadap ibu bapanya. Dalam hal ini Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:

1) Mendengar kata mereka.

2) Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.

3) Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

4) Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.

5) Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.

6) Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.

7) Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.

8) Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.

9) Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.

10) Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.

11) Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.

12) Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.

2 comments:

KAHERAH said...

Salam kak,saya nak link akak nye blog kat saya nye blog bleh?

KAHERAH said...

Salam...

sama jugak Sabic..hehehhe..oo boleh jek kalau nak email or ym nanti.

harehak_manar@yahoo.com.my

leh la kita berkongsi cerita.

Salam perkenalan jugak.

KAHERAH