Buat keluargaku di Skudai, Johor Bahru.
Buat keluarga suamiku di Ulu Tiram, Johor.
Buat keluarga besar atok sebelah mak di Kempas Baru, Johor Bahru dan jua keluarga besar atok sebelah abah juga di Johor Bahru.
Dengan Ucapan :
Selamat hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin
Semoga gembira dihari yang berbahagia
Walaupun tanpa kami disisi.
Tidak lupa juga buat sahabat handai yang berada di Malaysia, rakan-rakan senasib di Yanbu Al- Sinaiyah dan juga rakan mayaku semua sama ada yang sudah bertemu mahupun yang belum bersua muka, kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya ada silap dan salah sepanjang persahabatan ini.
Tiada Kata Seindah Zikir
Tiada Hari Seindah Syawal
Untuk Itu Izinkan Kedua Tangan
Bersimpuh Maaf Untuk
Lisan Yang Tak Terjaga
Janji Yg Terabaikan
Hati Yang Berprasangka
Semua Sikap Yang Pernah Menyakitkan
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpinjam terambil harta & benda
Terumpat bila ada cerita
Di hari mulia yang bakal tiba
Sekali lagi……….
Sepuluh jari ku hulurkan
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana diri ini masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan…