Saturday, October 11, 2008

Yanbu Airport


Malam semalam lebih kurang pukul 9.00 mlm, kami sekeluarga ke Yanbu Airport untuk menjemput Hj. Fadzil yang pulang ke Yanbu setelah berhari raya di Malaysia selama 3 minggu. Di luar jangkaanku, Yanbu airport rasa-rasanya lebih canggih dan besar dari Jeddah airport. Ianya lebih kurang macam Senai airport, tapi cantik dan selesa gitu. Sementara menunggu tu, sempatlah juga kami dinner kat Stadium cafe dia, makan sandwich ayam ngan kentang goreng. Lebih kurang pukul 9.40 mlm, kapal terbang yang membawa Hj. Fadzil telah selamat mendarat. Rupa-rupanya bukan Hj. Fadzil seorang je yang balik, ramai gak warga Malaysia yang baru balik ke Yanbu setelah puas berhari raya di Malaysia... Jealous gitu.....


Terima kasih juga buat Hj. Fadzil dan isteri kerana telah bersusah payah membeli dan membawa barang yang kami pesan seperti cili sos, kicap n susu anmum. Tapi dalam banyak-banyak barang yang dibawa, buah tangan dari isteri beliau telah membuatkan hati ini gumbira sekali. Buah tangan tu ialah daun kesum, bunga kantan, daun kunyit, daun pandan, serai, daun kari n daun limau purut. Cam tak sabo-sabo je nak makan asam pedas daun kesum ngan jemput-jemput udang letak daun kunyit... my favourite. Ni dah melilih air liur ni.. hehehe. Terima kasih daun keladi kak, besok nak datang sini bawak le banyak2 lagi... kalau boleh yang ada akar nyer sekali...... tq very-very much.

No comments: