Friday, October 24, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Semalam kami sekeluarga bersama Hj. Fadzil ke Madinah untuk menemui colleague Kak Long aku, Zakuan, yang ke mari untuk buat ziarah n umrah. Along ada kirim kat dia stock makanan untuk kami dari Malaysia. Terima kasih bebanyak le kepada Zakuan kerana membawa kotak hikmat seberat 10 kilo ni untuk kami. Dan terima kasih daun keladi gak buat alongku sayang, nanti kalau stock kami dah abis, anta-antalah lagi.... hehehe.. Plan awalnya along nak pos je kuih raya ngan stock makanan tu, tapi mendengarkan dari kekawan yang harga posnyer tersangatlah mahal, maka kami tukar plan n kirimkan aje kat kawan dia ni. Nyaris-nyaris kotak ni nak kena buka kat Madinah airport, tapi memandangkan Zakuan ni tak pandai cakap arab, so lepas le....... selamat... Bernafas lah kami kembali untuk beberapa bulan ni... dapat le Cik Leman makan telur goreng ngan kicap kipas udang..



Bro Zakuan tengah pakai baju biru. Sebelah kiri kawan dia, Is n kanan Hj. Fadzil


En. Leman kelaparan, baru balik keje terus pergi Madinah.

Kotak hikmat

Antara stock yang kirim.... lada kering, kerisik, kicap, belacan, sos cili, jeruk penang, serai n nasi himpit adabi. Cam tau je angah buat nasi himpit selalunyer lembik.. Tapi ucu, mana kuah rojak penang nyer.. tertinggal ke..

Kuih raya.. along buat ke beli?

Dapat buku princess dari Along dan Nabihah.

Tudung dan telekung dari Mak Uda.

4 comments:

KAHERAH said...

Alhamdulillah ye Kak Mas..masih lagi dapat merasa makanan malaysia.paling penting belacan...Erah kalau masak belacan kena aderr ooo al maklum org melaka..kekekekek

Masdihana Hamzah said...

alhamdulillah erah, dah 3 bulan kat sini nampaknya stock belacan ngan makanan penting yg lain tak pernah putus. Ada je insan yg sudi membawa n menghantarnya....

Saliza said...

Hai...
stok dah makanan dah banyak tu...bila nak masak dan panggil k.za dan k.tie?
Nanti perut dah makin besar susah pulak nak masak.. bukan apa kami nak rasmi sofa baru tu...

Masdihana Hamzah said...

Boleh2... nak makan apa.. mee goring, nasi goring, telur ngan kicap.. hehehe. Cakap je le bila date nyer.