Monday, April 7, 2008

Hadiah Dari Ibu Bapa


"TIADA HADIAH IBU BAPA TERHADAP ANAKNYA YANG LEBIH BERHARGA DARIPADA DIDIKAN YANG BAIK". (maksud hadis riwayat Imam Bukhari)

Tanggung jawab ibu bapa bukan sahaja memberikan nama yang baik kepada anak. Apa yang penting ialah mendidiknya ke arah sebagaimana nama yang diberikan kepadanya. Jika ibu bapa melalaikan tanggungjawab mendidik itu, tidak mustahillah seorang yang mempunyai nama seperti para nabi pun tetapi perangainya tidak berapa baik. Dalam hal ini jangan salahkan nama yang baik sahaja, tetapi tinjau-tinjaulah sejauh mana pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak. Di sinilah kepentingan untuk memberi perhatian yang berat, iaitu soal pendidikan anak. Jika segala usaha telah dijalankan untuk melihat anak menjadi yang terbaik mungkin, tidak mustahil untuk melihat hasil dan kemanisannya di suatu hari kelak.

No comments: