Saturday, April 19, 2008

Alya Ke Langkawi


Aku rasa nilah tempat yang paling jauh aku bawa alya berjalan. Masa tu umur Alya dah 4 tahun. Dah lama kami plan nak pergi Langkawi ramai-ramai. Akhirnya termakbul juga hajat kami. Aku pergi Langkawi ngan family aku dan family Mak Uda aku. Semua sekali 11 orang. Cukup untuk kami menyewa sebuah van. Di sana kami tinggal di apartment DBKL kat pekan Kuah. Nasib baiklah Alya tak meragam kerana jarak perjalanan yang agak jauh. 3 hari 2 malam kami di sana pusing satu island. Yang paling best sekali kami naik bot pergi keliling beberapa buah pulau kat sana. Shopping jangan cerita lah. Aku beli satu set periuk dan suami aku lak belikan Alya kereta remote control. Tak tau le anaknya ke atau abah nya yang nak main. Anyway kami enjoy sangat trip kali ini. Harap-harap ada peluang pergi sekali lagi. Thanks pada Pak Uda yang sponsor apartment kami kat sana.

No comments: