Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah s.w.t mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah s.w.t mengangkat seribu darjat untuknya.
"Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
1. Seorang wanita yang salihah lebih baik daripada seorang wali Allah.
2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah s.w.t akan rezekinya.
3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
4. Wanita yang salihah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang salih.
5. Allah s.w.t akan memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir.
6. Seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan oleh Allah s.w.t nur wajahnya 13 kali daripada wajah asalnya.
7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t yang Maha Indah di akhirat nanti, tetapi bagi Allah s.w.t sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang menjaga auratnya purdah dengan istiqamah.
No comments:
Post a Comment