Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah 10 hari suami aku tinggalkan kami ke Yanbu, Arab Saudi. Sunyi le sikit hidup kami dan tak banyak aktiviti yang dilakukan. Aku akui semasa suami aku ada hampir sebahagian dari kehidupan keluarga ini diuruskan oleh suamiku terutamanya Alya. Dengan sabarnya suami aku melayan setiap kerenah Alya. Sebab itulah bila abah dia tiada, Alya cukup terasa. Hampir seminggu Alya tidur berselimutkan baju melayu abah dia yang tidak dibasuh. Kadang-kadang tu Alya menangis bila teringatkan abahnya. Kini terpaksalah aku uruskannya sendiri. Kadang-kadang tu terasa kekok juga. Tapi tak pelah cuma sementara aje. Semoga segala urusan permohonan visa kami dipermudahkan dan dipercepatkan dengan izin Allah s.w.t. Insyallah.
Alhamdulillah di zaman sains dan teknologi yang serba canggih ni, telepone dan internetlah yang menjadi pengubat rindu dan penyambung kasih kami. Tidak sia-sialah aku menggunakan sebahagian daripada duit VSS aku hari tu untuk membeli laptop. Dapatlah kami menatap wajah abah Alya melalui video call dan bertukar-tukar khabar berita melalui sms dan email. Telepone jangan cakaplah, hampir setiap hari suami aku telepon kami. Terubat juga rindu kami berdua. Terima kasihlah kepada si pencipta teknologi yang terkini dan tercanggih ini.
Wednesday, April 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jangan berterima kasih pada pencipta teknologi, tapi berterima kasih kepada Pencipta segala pencipta yg memberi akal dan fikiran untuk digunakan kearah kebaikan. Tiada daya dan upaya melaikan dgn kehendak Allah
terima kasih kerana saling mengingati.
Post a Comment