Tuesday, April 22, 2008

Alahai Saat Itu.......



Setelah 5 bulan menunggu prosses visa dan selama sebulan menggangur, akhirnya pada 21hb April 2008, suamiku terbang juga ke Yanbu, Arab Saudi. Bermulalah episod baru dalam hidupnya yang akan bertugas di sana. Semoga penerbangan yang akan mengambil masa lebih kurang 9 jam itu dilindungi allah dan selamt sampai di Jeddah.

Alahai saat itu.....di Senai Airport, sayu betul. Aku punya le control air mata, akhirnya gugur juga lebih-lebih lagi bila aku melihat Alya menangis masa abah dia nak masuk ke balai berlepas. Seingat aku setelah hampir 5 tahun kami mendirikan rumahtangga, kami tidak pernah berpisah jauh dan lama. Paling kurang pun 2-3 hari bila suami aku pergi trip memancing atau pergi training. Insyallah perpisahaan ini tidak lama kot. Dalam seminggu dua ni lepas dapat green light dari suami aku kat sana, aku akan uruskan visa aku ngan alya pula. Along dan Mak Uda aku dah sanggup nak tolong. Jika keadaan memerlukan, aku akan stay kat rumah Mak Uda kat Cheras untuk seminggu dua. Tengok lah macam mana. Semoga allah mempermudahkan segala urusan itu nanti. Insyallah.

2 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum!
Tahniah, kandungan dan persembahan yang cukup menarik.
Dah dapat ke visa? Mudah-mudahan anak tu nanti fasih berbahasa arab.
Salam!

Bukit Kapar said...

As-Salamu 'Alaikum!
Dengan izin, saya senaraikan blog puan ini ke dalam "Senarai Blog Pilihan" Universiti Maya Rakyat. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama.
Tahniah.