Wednesday, April 30, 2008

Pengubat Rindu

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah 10 hari suami aku tinggalkan kami ke Yanbu, Arab Saudi. Sunyi le sikit hidup kami dan tak banyak aktiviti yang dilakukan. Aku akui semasa suami aku ada hampir sebahagian dari kehidupan keluarga ini diuruskan oleh suamiku terutamanya Alya. Dengan sabarnya suami aku melayan setiap kerenah Alya. Sebab itulah bila abah dia tiada, Alya cukup terasa. Hampir seminggu Alya tidur berselimutkan baju melayu abah dia yang tidak dibasuh. Kadang-kadang tu Alya menangis bila teringatkan abahnya. Kini terpaksalah aku uruskannya sendiri. Kadang-kadang tu terasa kekok juga. Tapi tak pelah cuma sementara aje. Semoga segala urusan permohonan visa kami dipermudahkan dan dipercepatkan dengan izin Allah s.w.t. Insyallah.




Alhamdulillah di zaman sains dan teknologi yang serba canggih ni, telepone dan internetlah yang menjadi pengubat rindu dan penyambung kasih kami. Tidak sia-sialah aku menggunakan sebahagian daripada duit VSS aku hari tu untuk membeli laptop. Dapatlah kami menatap wajah abah Alya melalui video call dan bertukar-tukar khabar berita melalui sms dan email. Telepone jangan cakaplah, hampir setiap hari suami aku telepon kami. Terubat juga rindu kami berdua. Terima kasihlah kepada si pencipta teknologi yang terkini dan tercanggih ini.

Tuesday, April 29, 2008

Jalan-jalan Kat Johor























Kat JB ni kalau nak bawa anak jalan-jalan hujung minggu... mmmmm...kat mana lagi Danga Bay le...... Boleh le naik keretapi pusing-pusing Danga Bay, ada taman permainan untuk kanak-kanak dan kalau ada pesta air lagi best dapat tengok orang main kayak, speed boat dan lain-lain.






















Tapi kalau nak best lagi jalan le jauh sikit. Kita gi laut. Biasanya kami lepak kat Tanjung Balau atau kat Desaru, Kota Tinggi. Kadang-kadang tu tiga beranak pun jadi gak kami berkelah. Alya siap main pasir lagi. Enjoy betul dia.









............................................... Dan kalau nak best lagi, kena travel dalam masa 1 jam ke Mersing. Pernah sekali tu kami memang tak plan nak stay kat mana-mana. Jalan punya jalan rupa-rupanya kami dah sampai kat Penyabong, Mersing bersempadan dengan Endau. Sampai Penyabong kami ambil keputusan nak bermalam kat Kelong Aceh. Lain sikit kat suami aku (masa tu dia belum pergi Yanbu lagi). Nak pergi kat kelong ni kena naik bot dalam masa 15 minit. Yang paling seronok kat kelong masa tu suami aku le. Memancing keliling kelong Tapi macam takut sikit le, manalah tau tiba-tiba lanun datang. Tapi best... nak rasa, cubalah. Kalau tak salah Kelong Aceh ni pernah masuk dalam Majalah 3.


Monday, April 28, 2008

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara", iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim merindui kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah ":

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bacalah selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan merindui kamu.

Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Proper Baby Care



Sunday, April 27, 2008

After Ice Rain In South China


Rahsia Di Dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Tuesday, April 22, 2008

Alahai Saat Itu.......



Setelah 5 bulan menunggu prosses visa dan selama sebulan menggangur, akhirnya pada 21hb April 2008, suamiku terbang juga ke Yanbu, Arab Saudi. Bermulalah episod baru dalam hidupnya yang akan bertugas di sana. Semoga penerbangan yang akan mengambil masa lebih kurang 9 jam itu dilindungi allah dan selamt sampai di Jeddah.

Alahai saat itu.....di Senai Airport, sayu betul. Aku punya le control air mata, akhirnya gugur juga lebih-lebih lagi bila aku melihat Alya menangis masa abah dia nak masuk ke balai berlepas. Seingat aku setelah hampir 5 tahun kami mendirikan rumahtangga, kami tidak pernah berpisah jauh dan lama. Paling kurang pun 2-3 hari bila suami aku pergi trip memancing atau pergi training. Insyallah perpisahaan ini tidak lama kot. Dalam seminggu dua ni lepas dapat green light dari suami aku kat sana, aku akan uruskan visa aku ngan alya pula. Along dan Mak Uda aku dah sanggup nak tolong. Jika keadaan memerlukan, aku akan stay kat rumah Mak Uda kat Cheras untuk seminggu dua. Tengok lah macam mana. Semoga allah mempermudahkan segala urusan itu nanti. Insyallah.

Diet Rasulullah

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Renung-renungkan......

Alya Ke Sekolah.


Tahun 2008 adalah tahun pertama persekolahan Aina Alya. Tadika 5 tahun. Hari pertama Alya ke sekolah tak banyak ragamnya. Mungkin excited nak pakai baju sekolah baru, kasut baru dan beg baru. Aku dan suami aku menghantar Alya ke sekolah tadika Al-Tasneem, Taman Pelangi Indah. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah Alya cuma 15 minit sahaja. Sekolah bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang. Saja aku pilih sekolah yang mempunyai waktu perbelanjaraannya panjang sikit. Kalau kat sekolah ada juga dia kawan. Kat rumah cuma ada ibu ngan abah dia sahaja.

Sunday, April 20, 2008

Patterns


Stare for a few seconds at each of the following patterns.
Are the patterns moving? Or are they perfectly still??
Patterns are used to test the level of stress a person can handle.
The slower the pictures move, the better your ability of handling stress.

Awana Kijal, Terengganu







Satu malam dalam bulan November 2007, suami aku call dari tempat kerja dia, tanya aku nak ikut dia pergi interview kat Terengganu tak. Eh.... aku apa lagi nak ikut le.. Mungkin kalau aku kerja leceh gak nak ikut suami pergi travel last-last minit macam ni. Nasib baik aku tak kerja lagi. Ikut le.... Aku ingatkan suami aku interview untuk kerja kat Terengganu. Rupa-rupanya interview je kat Terengganu tapi kerjanya kat Arab Saudi. Cam ye je suami aku ni. Sampai Terengganu dalam pukul 10 pagi. Tunggu punya tunggu pukul 6 petang baru turn suami aku interview. We all apa lagi sementara tunggu tu dah 2 kali mandi laut. Alamak suami aku kata dia dapat le kerja kat company Arab ni. Family package lagi. Kalau ada rezeki dalam bulan April atau Mei 2008 start keje kat sana.

Saturday, April 19, 2008

Alya Ke Langkawi


Aku rasa nilah tempat yang paling jauh aku bawa alya berjalan. Masa tu umur Alya dah 4 tahun. Dah lama kami plan nak pergi Langkawi ramai-ramai. Akhirnya termakbul juga hajat kami. Aku pergi Langkawi ngan family aku dan family Mak Uda aku. Semua sekali 11 orang. Cukup untuk kami menyewa sebuah van. Di sana kami tinggal di apartment DBKL kat pekan Kuah. Nasib baiklah Alya tak meragam kerana jarak perjalanan yang agak jauh. 3 hari 2 malam kami di sana pusing satu island. Yang paling best sekali kami naik bot pergi keliling beberapa buah pulau kat sana. Shopping jangan cerita lah. Aku beli satu set periuk dan suami aku lak belikan Alya kereta remote control. Tak tau le anaknya ke atau abah nya yang nak main. Anyway kami enjoy sangat trip kali ini. Harap-harap ada peluang pergi sekali lagi. Thanks pada Pak Uda yang sponsor apartment kami kat sana.

Saturday, April 12, 2008

Kelebihan Wanita

Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah s.w.t mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah s.w.t mengangkat seribu darjat untuknya.
"Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
1. Seorang wanita yang salihah lebih baik daripada seorang wali Allah.
2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah s.w.t akan rezekinya.
3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
4. Wanita yang salihah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang salih.
5. Allah s.w.t akan memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir.
6. Seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan oleh Allah s.w.t nur wajahnya 13 kali daripada wajah asalnya.
7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t yang Maha Indah di akhirat nanti, tetapi bagi Allah s.w.t sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang menjaga auratnya purdah dengan istiqamah.

No Room To Complain

Thursday, April 10, 2008

Dah Pandai Bergaya

Kalau aku hantar gambar-gambar ni kat majalah PA&MA mesti jadi cover majalah.
Kadang-kadang aku tersenyum sendiri bila melihat gambar-gambar anak aku yang mula membesar ini. Syukur alhamdulilah sepanjang tempoh Alya membesar dari umur 1 bulan hingga sekarang tidak banyak ragam atau masalah yang timbul. Mudah-mudahan Aina Alya akan menjadi seorang anak yang solehah. Insyallah.

Kemulian Isteri Di Dalam Islam

1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, maka dia memperoleh pahala jihad.

2. Wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah s.w.t dan menjaga adab rumah tangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu daripada suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yaqut.

3. Wanita yang menjaga solatnya, puasa, dan taat kepada suami, Allah s.w.t izinkan dia memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia sukai.

4. Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia mendapat pahala 12 tahun solat.

5. Wanita yang meninggal dengan keredaan suaminya akan masuk syurga.

6. Jika suami mengajar isterinya satu masalah agama, akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

7. Isteri yang memandang suami dengan kasih sayang dan suami yang memandang isteri, juga dengan kasih sayang, maka Allah s.w.t memandang dengan penuh rahmat.

8. Jika suami mendatangi isterinya kemarahan, tetapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat separuh pahala jihad.

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA - Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI - Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING - Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL - Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA - Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH - Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitaminE . Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA - Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS - Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT - Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Zoo



Seingat aku last sekali aku pergi zoo masa tu aku sekolah menengah. Abah bawa kami 6 beradik , round-round Kuala Lumpur dan tempat pertama yang kami pergi ialah zoo negara. Memori dulu.... tak dapat aku lupakan. Kini aku datang lagi ke zoo negara. Tapi kali ini aku datang bersama suami dan anak perempuan aku di samping mak, along dan 2 orang adik aku. Ya lah agaknya. Bila ibu bapa merancang nak bawa anaknya berjalan-jalan , tempat pertama yang terlintas kat fikiran mereka ialah zoo. Mungkin dengan cara tidak langsung kita juga dapat memperkenalkan anak-anak kita dengan jenis-jenis haiwan, siap dengan live sound lagi. Education tu.... Ya ini fakta. Anak aku, bila gajah keluar kat TV, dia kenal itu gajah siap buat bunyi nyer sekali.

Wednesday, April 9, 2008

Buat Renungan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....
Wanita yang MITHALI dan SETIA…..

Kemuliaan Ibu Di Dalam Islam

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil mendapat pahala puasa pada siang hari dan pahala ibadat pada malam hari.

3. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah s.w.t menganugerahkannya satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis, maka Allah s.w.t beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan memperoleh pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit, akan diampunkan oleh Allah s.w.t akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya, Allah s.w.t mengurniakan 12 tahun pahala beribadat.

Hari Keluarga Hj Md Din

























Seawal umur Alya 5 bulan, aku dah bawa anak aku tu ke Port Dickson. Masa tu aku arrange Hari Keluarga Hj Md Din, keluarga sebelah mak aku di banglo DBKL kat Port Dickson. Kiranya Alya ni lasak lak gak, tak meragam semasa kami di sana 3 hari 2 malam. Maybe anak aku ni ikut mak dia kot kaki jalan. Hehehe mana tak tumpah nyer kuah kalau tak ke nasik. Meriah gak hari keluarga hari tu. Macam-macam aktiviti yang dilakukan dari acara makan, mandi manda dan juga sukaneka.

Sketsa seekor anak unta bertanya kepada emaknya



Anak : Emak, kenapa belakang kita ada bonggol?
Emak: Supaya dapat simpan air yang banyak untuk kita semasa berjalan di padang pasir.
Anak : Kenapa kaki kita besar?
Emak: Supaya kita tak tengelam di dalam pasir semasa berjalan di padang pasir.
Anak : Tapi kenapa kita tinggal di dalam zoo?
Emak: Errrrrr!!!?

(Kadang-kadang cara fikir anak kita jauh mengatasi kita. Renungkan bersama)

Tuesday, April 8, 2008

Pemakanan Genius Islam

Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.Boleh diamalkan untuk anak kita :

1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM : i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/ kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori "Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"


__._,_.___

Monday, April 7, 2008

Majlis Cukur Rambut











Amalan yang sunat dilakukan ialah mencukur rambut. Kalau dapat pada hari ke tujuh kelahiran seseorang bayi itu. Disunatkan pula bersedekah dengan perak atau wang ringgit mengikut timbangan rambutnya kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan. Sunat mengadakan kenduri pada hari tersebut dengan menyembelih kambing.

Rasulullah s.a.w menyembelih kambing di hari ketujuh, setelah Husin lahir. Baginda bersabda:

"Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak mengikut timbanganya." Lalu Fatimah menimbangnya, didapati timbangannya lebih kurang satu dirham. (Riwayat Anas Bin Malik).




Hadiah Dari Ibu Bapa


"TIADA HADIAH IBU BAPA TERHADAP ANAKNYA YANG LEBIH BERHARGA DARIPADA DIDIKAN YANG BAIK". (maksud hadis riwayat Imam Bukhari)

Tanggung jawab ibu bapa bukan sahaja memberikan nama yang baik kepada anak. Apa yang penting ialah mendidiknya ke arah sebagaimana nama yang diberikan kepadanya. Jika ibu bapa melalaikan tanggungjawab mendidik itu, tidak mustahillah seorang yang mempunyai nama seperti para nabi pun tetapi perangainya tidak berapa baik. Dalam hal ini jangan salahkan nama yang baik sahaja, tetapi tinjau-tinjaulah sejauh mana pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak. Di sinilah kepentingan untuk memberi perhatian yang berat, iaitu soal pendidikan anak. Jika segala usaha telah dijalankan untuk melihat anak menjadi yang terbaik mungkin, tidak mustahil untuk melihat hasil dan kemanisannya di suatu hari kelak.

Anugerah Tuhan

Tiga bulan selepas kami diijabkabulkan, aku dan suami mendapat perkhabaran gembira dari Dr. Fauzana, Klinik Hijrah. Aku telah disahkan mengandung anak sulung. Perasaan kami ketika itu sungguh gembira sekali, tak percaya pun ada...

Menempuh perjalanan menanti kehadiran cahaya mata yang berjalan selama lebih kurang sembilan bulan, bukanlah suatu yang mudah. Pengalaman itu dilalui dengan penuh kepayahan, mungkin juga keresahan, kebimbangan dan apa sahaja rasa yang sukar untuk diungkapkan. Cukuplah dikatakan itu sebagai suatu penantian yang penuh dengan debaran dan harapan. Doa kepada Tuhan sentiasa berpanjangan, agar semuanya selamat.

Debaran semakin kencang di saat-saat kelahiran cahaya mata. Namun semuanya berjalan dengan lancar. Tanggal 29hb September 2003, tepat pukul 8.45 malam, terdengarlah tangisan bayi perempuan yang ditunggu-tunggu. Syukur alhamdulilah di atas anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini. Aina Alya binti Sulaiman diberi nama.

Ketika menahan saki baki rasa sakit sesudah melahirkan secara normal, sayup-sayup terdengar suara suami aku mengazankan anak kami. Sayu hati ini. Oh.... aku kini sudah menjadi seorang IBU.