Sunday, October 26, 2008

Hari Raya & Open House

Hari Raya dan open house memanglah tidak dapat dipisahkan, walau di mana jua kita berada. Tidak terkecuali juga dengan kami di Yanbu ni. Seawal Syawal yang ke 3 hinggalah kepada Syawal yang ke 23, tidak putus-putus undangan open house kami terima. Makanannya pula, sedap-sedap belaka, menu dari Malaysia seperti nasi himpit, rendang, laksa johor, laksa terengganu, nasi minyak dan banyak lagi lah... Alhamdulillah terasa gak suasana raya macam kat Malaysia.... tak le sedih sangat. Selain dari makan, dapatlah juga kami bertemu dan berkenalan dengan keluarga yang baru sampai ke mari. Dan dengar kabarnya pada hari Rabu ni ada gak undangan open house dari Konsulate Jeddah. Mungkin penutup open house kot.. memandangkan syawal bakal melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi. Insyallah, kalau diizinkan tuhan, sampailah kami di sana. Pergi jangan tak pergi, rezeki jangan ditolak...

Rumah Kak Ina (Mama Bungas) & Zuraili ( Villa Bayu).

Rumah Cikgu2 Yanbu, Aizal (Tentang Sesuatu), Ju & Mahaya.

Rumah Kak Salina & Hj. Rohaizat.

Rumah Imah & Hj Ghaz (Maka Terimalah...).

Rumah Kak Saliza (Ummulamirul) & Ahadin.

Rumah Nor (Perjalanan ini) & Zainuddin (OBM).

Rumah Mah.

Rumah Kak Zah & Hj. Fauzi.

Inilah bukti kemeriahan Aidilfitri dan open house kami di Yanbu ni... makan, makan dan makan. Nampak gayanya lepas raya ni kena berdietlah pulak. Anyway, syawal hanya tinggal beberapa hari lagi, panjang umur jumpa lagi syawal di tahun hadapan. Harap-harap tahun depan dapatlah beraya di kampung bersama keluarga pulak.... Insyallah.

Friday, October 24, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Semalam kami sekeluarga bersama Hj. Fadzil ke Madinah untuk menemui colleague Kak Long aku, Zakuan, yang ke mari untuk buat ziarah n umrah. Along ada kirim kat dia stock makanan untuk kami dari Malaysia. Terima kasih bebanyak le kepada Zakuan kerana membawa kotak hikmat seberat 10 kilo ni untuk kami. Dan terima kasih daun keladi gak buat alongku sayang, nanti kalau stock kami dah abis, anta-antalah lagi.... hehehe.. Plan awalnya along nak pos je kuih raya ngan stock makanan tu, tapi mendengarkan dari kekawan yang harga posnyer tersangatlah mahal, maka kami tukar plan n kirimkan aje kat kawan dia ni. Nyaris-nyaris kotak ni nak kena buka kat Madinah airport, tapi memandangkan Zakuan ni tak pandai cakap arab, so lepas le....... selamat... Bernafas lah kami kembali untuk beberapa bulan ni... dapat le Cik Leman makan telur goreng ngan kicap kipas udang..



Bro Zakuan tengah pakai baju biru. Sebelah kiri kawan dia, Is n kanan Hj. Fadzil


En. Leman kelaparan, baru balik keje terus pergi Madinah.

Kotak hikmat

Antara stock yang kirim.... lada kering, kerisik, kicap, belacan, sos cili, jeruk penang, serai n nasi himpit adabi. Cam tau je angah buat nasi himpit selalunyer lembik.. Tapi ucu, mana kuah rojak penang nyer.. tertinggal ke..

Kuih raya.. along buat ke beli?

Dapat buku princess dari Along dan Nabihah.

Tudung dan telekung dari Mak Uda.

Sunday, October 19, 2008

Perjumpaan Hari Raya

Tempat : Dolphin Beach Resort.
Tarikh : 16/10/08 - 17/10/08.

16/10/08.

9.00 pagi : Check in. Satu rumah ngan Nor (perjalanan ini) n family.
10.00 pagi : Alya dah terjun swimming pool.
12.00 t/hari : Lunch kat resort restaurant. Hampa.... sebab makan roti, sup ngan buah aje... En Leman muka bonyok sebab tak jumpa nasi. Balik bilik makan lagi bekal yang di bawa dari umah.
2.00 ptg : Kem ibadah oleh Ustazah muda, Pn Hajar.
4.45 ptg : Naik boat keliling laut merah.
5.30 ptg : Bercanda di tepi pantai.
6.30 ptg : Solat Magrib n lepak kat dalam umah.
7.30 mlm : Jamuan hari raya di Dataran Dolphin Beach. Meriah sungguh malam tu, ramai yang hadir dengan berpakaian hari raya. Org Msia dari Yanbu, dari Jeddah, dari Mekah n dari Madinah yang hadir. Makanannya not bad...... tapi tak de ketupat n rendang. heheheh.
9.30 mlm : Acara pantai dimulakan dengan sukan volley ball wakil keluarga n wakil rumah dan sukaneka untuk kanak-kanak.
12.00 mlm : Balik bilik....zzzzzzzzzz.

17/10/08.

7.30 pagi : Berkumpul di Jeti. Naik boat gi snorkling.
10.00 pagi : Kanak-kanak menyambung aktiviti mereka di swimming pool lak.
12.00 t/hari : Kaum bapa n anak bujang gi sembahyang Jumaat.
1.00 ptg : Lunch. Tapau sendiri kat kedai n lepak kat umah.
3.00 ptg : Check out.



p/s : best, best, best.... happening sekali. Buat kaum bapa-bapa, selalu-selalu lah buat aktiviti macam ni.

Saturday, October 11, 2008

Back To School.

Setelah 2 bulan lebih dok melepak je kat umah tengok kartun, finally petang tadi Alya pergi sekolah dengan semangat baru, beg baru, bekal air baru cuma kasut je kasut lama. Seawal pukul 12.30 t/hari lagi Alya dah siap pakai baju dan tudung. Bila dah siap tu terus le merengek suruh abah anta gi sekolah. " Awal lagi le Alya, sekolah start pukul 2.00 petang" mula le tu ibu mengomel. Semangat betul anak aku sorang ni nak gi sekolah. Harap-harap tak de le drama air mata kat depan sekolah nanti. Lebih kurang pukul 1.15 petang barulah hubby hantar Alya ke sekolah, ikut sekali ialah Uncle Hj. nyer. Aku... hanya dapat hantar sampai depan pintu rumah je. Apa nak buat, dah suratan nyer begitu....... (kurang satu keje, hehehe...relex gak ek dok kat sini)
Pakai kasut princess gi sekolah, beg n bekal air fulla.

Posing jap ngan Uncle Hj. sebelum gi sekolah.

Yanbu Airport


Malam semalam lebih kurang pukul 9.00 mlm, kami sekeluarga ke Yanbu Airport untuk menjemput Hj. Fadzil yang pulang ke Yanbu setelah berhari raya di Malaysia selama 3 minggu. Di luar jangkaanku, Yanbu airport rasa-rasanya lebih canggih dan besar dari Jeddah airport. Ianya lebih kurang macam Senai airport, tapi cantik dan selesa gitu. Sementara menunggu tu, sempatlah juga kami dinner kat Stadium cafe dia, makan sandwich ayam ngan kentang goreng. Lebih kurang pukul 9.40 mlm, kapal terbang yang membawa Hj. Fadzil telah selamat mendarat. Rupa-rupanya bukan Hj. Fadzil seorang je yang balik, ramai gak warga Malaysia yang baru balik ke Yanbu setelah puas berhari raya di Malaysia... Jealous gitu.....


Terima kasih juga buat Hj. Fadzil dan isteri kerana telah bersusah payah membeli dan membawa barang yang kami pesan seperti cili sos, kicap n susu anmum. Tapi dalam banyak-banyak barang yang dibawa, buah tangan dari isteri beliau telah membuatkan hati ini gumbira sekali. Buah tangan tu ialah daun kesum, bunga kantan, daun kunyit, daun pandan, serai, daun kari n daun limau purut. Cam tak sabo-sabo je nak makan asam pedas daun kesum ngan jemput-jemput udang letak daun kunyit... my favourite. Ni dah melilih air liur ni.. hehehe. Terima kasih daun keladi kak, besok nak datang sini bawak le banyak2 lagi... kalau boleh yang ada akar nyer sekali...... tq very-very much.

Tuesday, October 7, 2008

Sekolah Baru Alya

Petang tadi, dengan bantuan Kak Salina dan suami, Hj. Rohaizat, aku dan Nor (Perjalanan ini) telah pergi melawat sekolah tadika anak-anak kami. Setelah berpuas hati ngan sekolah tu, than apa lagi terus register le.. Kami ke sana bukan berdua je.... mesti le ngan big bos sekali untuk urusan pembayaran. (Suami2 kami le).

Actually, sekolah ini adalah sebuah rumah sederhana yang didiami oleh cikgunya sendiri. 3 buah bilik telah diubah suai menjadi classroom, playroom n reading room. Setelah perbincangan diadakan diantara cikgu ngan hubby masing2, kami sepakat untuk memilih waktu persekolahan pada pukul 2.00 petang - 5.00 petang. Dan buat permulaan satu dua bulan ni, big bos juga akan merangkap sebagai Pak Supir pada anak masing-masing... hehehe jangan mare bang.
Subject yang akan diajar di sini ialah Math, English, Science dan mengaji. Semuanya dalam English language kecuali mengaji. Sekolah akan bermula pada 11/10/2008 ni. So, bersiap sedia le ibu-ibu untuk menguruskan anak masing2. Tapi kat sini senang sikit kot sebab ibu-ibu hanya hantar kat depan umah je..... sebab lesen keta kena gantung.




Classroom

Playroom


Reading Room

Thursday, October 2, 2008

Masak & Makan Raya

Posting kali ni bukannya apa, saja je nak dok tayang kat mak, abah n family semua kat JB, hari ini dalam sejarah aku masak lauk raya. Selalunya aku ni buat2 nyebok je tolong they all, kekadang tu ada gak curi2 tulang tido kat dalam bilik masa mak masak raya. hehehe....... Semalam dengan sokongan moral dan bantuan dari hubby, akhirnya aku telah berjaya menyediakan beberapa jenis lauk pauk yang biasa kami makan masa raya kat JB. Caya lah......

Nasi himpit, lodey, rendang daging, sambal goreng, ayam black pepper n sambal kacang.
Projek masak memasak kami mulakan selepas sembahyang subuh hari raya kedua setelah semua bahan2nya kami beli kat kedai Indonesia n Panda Hypermarket pada malam hari raya pertama. Alhamdulillah, semuanya masih ada dijual terutamanya tahu, tempe, lengkuas n serai. Mana2 lauk yang tak berapa sure resepinya, aku refer le kat buku resepi yang aku bawak dari JB... Dalam pukul 3.00 petang setelah confirm semua lauk pauk tu dah siap masak dan rendang nyer terasa rendang..... baru le aku beri green light kat hubby untuk jemput sebahagian daripada member dia datang umah makan2 lepas isyak. Sori le kami tak dapat nak jemput semua warga Malaysia di Yanbu ni.. sebab periuk kat umah ni saiz M je...



Hidangan buat tetamu yang sudi datang ke rumah.

Kekawan hubby

En. Leman melayan tetamu

Memperagakan baju raya....

Cikgu di Yanbu


Jemputlah makan. Kalau sedap tambah2 lah lagi, kalau tak sedap diam je le.....

Alya sempat gak potong kek birthday ke 5 th yang jatuh pada 29/9/08

Uncle Leman...... mana duit raya kami!!!!!

Cerita Raya Kami

Tanpa disangka dan diduga, hari raya kami kat sini jatuh pada 30/9/2008, cepat satu hari daripada Malaysia. Terkejut n panic gak pada hari sebelumnya bila dapat info daripada Zuraili (villa bayu) kat Mekah yang mengatakan kemungkinan raya jatuh pada 30/9/08. Selepas pack apa yang patut n sediakan sedikit bekalan untuk berbuka puasa, kami sekeluarga pun bertolak ke Mekah pada pukul 3.30 petang 29/9/08. Sampai Mekah lebih kurang pukul 8.30 malam, kami terus cari bilik hotel n makan bekalan yang dibawa. Selepas berihat ala kadar, kami ke Masjidil Haram untuk sembahyang isyak n buat tawaf sunat. Masa on the way gi Masjidil Haram tulah kami terdengar bunyi takbir raya.... hai! memang confirm le esok raya. Nasib baik sempat sampai Mekah, kalau tak sembahyang raya kat Yanbu je le... Dah rezeki kami agaknya.


Set makanan menjelang Aidil Fitri disediakan oleh D'Saji

Bapak2 ngan anak2 mereka. Opsss.. sori Nazir yg tengah2 tu lum kawin lagi le...


Senyuman dalam tangisan... sedih beb raya kat perantauan ni.
Sebelum masuk masjid, singgah jap kat D'Saji dengan niat nak minum teh ais je.. tapi termakanlah pulak. Nazir, member sekerja ngan hubby belanja kami makan nasi minyak, mee hoon n roti bom. Kebetulan masa tu parent dia ngan keluarga Zuraili ada kat situ, so kami apa lagi kenduri nasi minyak le. Terubat sikit rindu ngan makanan kat M'sia. Terima Kasih banyak2 buat Nazir. Lepas tu baru le masuk masjid, sembahyang n tawaf sunat. Selesai lebih kurang pukul 1.00 pagi, balik hotel tidur...


Malam raya di Masjidil Haram.

Seawal pukul 4.00 pagi (30/09/08), kami dah keluar dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk sembahyang subuh dan sembahyang raya. Kat sini sembahyang raya dia cepat sikit dalam pukul 6.30 pagi gitu. Alhamdulillah, dapat gak kami tempat sembahyang kat tingkat satu sebab ramainya orang pada masa tu. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, selesailah sembahyang raya kami. Nasib baiklah tabir raya kat sini tak syahdu sangat cam kat Msia, kalau tak ada yang dah meraung dah. Kami bertolak pulang ke Yanbu lebih kurang pukul 3.00 petang, selepas aku buat tawaf kedai beberapa pusingan. hehehe.... shopping baju raya beb.