Saturday, April 25, 2009

Ahlan Wa Sahlan Aina Afia

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, permata hatiku yang kedua telah selamat dilahirkan pada 18/4/2009 tepat pada pukul 8.00 pagi waktu KSA. Dan aku bersyukur juga kerana dipermudahkan kelahirannya itu.

Ahlan Wa Sahlan Aina Afia Bte Sulaiman.

Selepas air tuban aku kuar sikit2 selama 24 jam, pagi Sabtu tu barulah aku rasa sakit. Mula-mula tu 15 minit, lepas tu 5 minit, lepas tu sakit berterusan. Kelam kabut aku kejutkan hubby suruh hantar gi sepital. Sampai je sepital, doktor check jalan dah terbuka luas, time dah masa, terus aku disorong masuk ke dalam labour room. Dah macam citer ER kat tv tu, kelam kabut nurse siapkan aku dan susun segala peralatan yang diperlukan. Gamatlah kejap kat dalam labour room tu. Dalam setengah jam gitu aku bertarung nyawa, meneran untuk kuarkan baby. Akhirnya tepat pukul 8.00 pagi, terdengarlah suara tangisan baby. Masa tu hilang semua rasa sakit yang teramat sangat dan bertukar kepada gembira, sedih, sayu dan macam2 lagi lah....puhh! lega rasanya. Lepas tu baru teringat nak tanya doktor baby girl or boy. Doktor cakap baby girl. Alhamdulillah.

Lepas aku kuar dari labour room, nurse terus kasi baby kat aku untuk bf, tapi masa tu tak de susu pun yang kuar. Cian baby kelaparan. Lebih kurang pukul 7.00 malam baru le nurse kasi dia susu botol, tu pun lepas dia mengamuk kelaparan. Kat Al-Ansari ni they all tengah buat breast feeding kempen, tu yang they all tak kasi susu botol kat baby. Dipaksanya juga baby isap susu ibu, walaupun aku punya tak kuar lagi..... haru biru jadi nyer.

Kebetulan juga hari tu aku seorang je yang bersalin kat situ, so hubby n Alya dapatlah satu lagi katil kat sebelah aku. Bermalamlah they all kat sepital temankan aku.... nasib baik. Sebab aku ni jenis penakut sikit, lebih2 lagi dok kat sepital.. seram gitu. hehehe...... Semalam je kami kat sepital. Esoknya aku n baby dah dibenarkan balik... Amin. Lepas sudah saat yang dinanti-nantikan selama 9 bulan ni.

Cayang kakak kat adik

Sepanjang aku berpantang kat umah ni, En. Lemanlah yang menguruskan segala2nya. Cian gak aku kat dia...... tapi apa nak buat, mak jauhhhhhhhhhh sangat. huhuhu.... Nasib baik ada Kak Nani jiran sebelah umah. Dialah yang tolong masakkan untuk kami sekeluarga selama beberapa hari ni. Terima kasih ye Kak Nani. Tuhan jualah yang akan membalas jasa Kak Nani sekeluarga. Insyallah. Terima kasih gak kami ucapkan buat kekawan yang sudi datang melawat kami.... terubat sikit kesedihan ni bilamana tak sorang pun keluarga yang datang... bak kata Along aku " dok kat negeri yang kedekut visa, susah sangat nak datang. Kalau tak dah lama sampai dah..." ye ke Long......

2 comments:

Nafastari said...

kawan saya baru saja ke Yanbu juga, mebikut suaminya, tentu kamu kenal?

Masdihana Hamzah said...

Siapa ye kawan awak tu. May be saya kenal kot..