Thursday, April 2, 2009

Cerita Kami.

Lama dah tak update cerita kami sekeluarga kat Yanbu ni. Buat family kat Malaysia, jangan risau kami sekeluarga kat sini sihat-sihat belaka. Kehidupan kami nampaknya semakin selesa dan ceria gitu. Dah tak terasa kekok lagi dengan budaya dan cara kehidupan masyarakat kat sini. Kira2 dah boleh masuk line le.....

Alya makin seronok ke sekolah. Jarang gak dia ponteng kat sini. Kawan-kawan makin ramai. Oleh kerana kat sekolah dia ada gak bercampur ngan budak2 Arab, so tau le dia sikit sikit cakap arab. OKlah tu. Tapi yang semakin merisaukan kami ialah bahasa ibunda dia dah semakin merosot. Ye le dah lah kat sekolah semua subject in English, kekawan lak tu bercampur ngan bangsa lain. Rosak2. Terpaksalah kami buat kelas Bahasa Malaysia kat umah.

Gambar terbaru Alya buat tatapan yang merinduinya kat Malaysia. Tudung tu baru je terima dari Ucu Alya kat Penang. TQ Ucu.

Abah Alya lak, semenjak 2 menjak ni sibuk sesangat kat kilang. Kekadang tu ari Khamis n Jumaat pun kena keje. Tak pe le.... buat le OT banyak2 sementara boleh buat... masyuk tu. Dan yang sesangat mengembirakan aku, Abah Alya cam tak jadi masuk shift. Lega rasanya.... bukan apa, aku ni penakut sikit nak tinggal 2 beranak malam-malam buta tanpa abah Alya. Masa kat JB dulu, kalau abah Alya keje malam, kami bungkus kain baju balik umah mak. Kalau kat sini nak bungkus kain baju balik umah sapa? huhuhu....

Ibu Alya pulak dah semakin sarat. Pejam celik, pejam celik dah masuk 36 minggu dah. Nak bergerak pun cam dah malas gitu, apa lagi nak memasak. Tapi bab makan masih larat... hehehe selera je. Pulak tu sekarang ni dah ada kelas masak memasak dikalangan kaum ibu-ibu kat Yanbu ni. Suka le gitu. Selain belajar masak-masak, kat kelas tu ada gak acara pot luck. Penuh satu meja. Tu yang best tu....... mmmm.... I like. Selain kelas memasak, ada gak kelas belajar bahasa arab di kalangan kaum ibu-ibu, tapi aku tak join le. Selain kelas nyer pagi, aku rasa mesti aku kena berhenti kelas masa aku bersalin bulan depan. Tak pe le.... nanti suruh Kak Saliza atau Dida jadi cikgu aku.... boleh kan kan kan.....

Gambar ni tak de kena mengena ngan hari jadi aku yang ke 35 pada 27/3/09 yang lalu. Gambar di ambil masa kelas memasak kat umah Imah. Sebelum cheese kek yang cun tu dikerjakan baik amik gambar dulu. hehehe


Cunkan cheese kek yang dibuat oleh chef Imah ni. Cam sayang lak nak makan. Sekarang ni aku dah pandai dah buat cheese kek ni. Nanti balik JB, boleh buat satu kasi mak try.... hehehe.

Wajah ceria kaum ibu-ibu kat kelas memasak minggu lepas.


Penuh meja ngan makanan dari Malaysia. Terubat gak rindu.....

Cunkan agar2 buah tembikai ni... Sayang lak nak makan.

5 comments:

cik aa said...

cik kak,agar2 buah betik ke buah tembikai?ni kes laluk nk beranak dah ni..kuang3x

Masdihana Hamzah said...

hahaha... jap le. baru je update blog ni dah ada pengunjung nyer. tengah2 mlm ni laluk le sikit. hehehe... dah betulkan dah. tq cik aa.

aik, dah tengah2 mlm ni tak tido lagi ke.... cik abg lum panggil lagi ke...

Dida... said...

Kak..

B'day akak baru je lepas ye.. harap tak terlewat lagi nak wish Happy Belated B'day.. apa b'day present En. Leman bagi? hehehhe.. sibuk lak nak tau kan...

sms said...

huahuahua.... macam sedap chees kek tuh...balik m'sia buat erk....

Alamak napa alya pakai tudung tuh muka cam bibik indon jer...hakhakhak

Masdihana Hamzah said...

Salam Dida.

Tq le ngan bday wish tu. Ni akak pun nak wish awk happy belated bday on 1/4 ari tu...

En Leman kasi apa? dapat le abaya baru yg blinking2. En. Uda kasi apa lak...? mesti special kan.

Salam Ucu Alya.

Boleh2 tak hal. Nak buat hantaran untuk Cik Az pun boleh. Itu pun kalau ingat lagi le... hehehe

Tudung tukan ucu yg pilih... baru nak tanya ngapa beli tudung cam minah indon nyer.... hehehe