Tuesday, July 21, 2009

Patutlah.....

Patutlah rasa cam lama tak jumpa mak, abah dan family semua. Patutlah rasa cam lama tak bawak kereta laju2. Patutlah rasa cam lama tak tengok hujan. Patutlah rasa cam lama tak makan kueh tiew kerang Mak Anjang aku yang sedap tu. Patutlah rasa cam lama tak makan durian. Rupa-rupanya dah setahun dah aku n Alya dok merantau kat negara orang menemani En. Leman yang berkerja kat bumi Anbia ni...


Setahun yang lalu, disaat meninggalkan keluarga tercinta di Senai Airport.


Rumahku Syurgaku... Dah setahun dah rumah ni ditinggalkan dibawah jagaan adik aku.

Mother day tahun lalu. Rindu le kat korang semua n makanan kat atas meja tu.

Apa perasaan aku bila dok merantau ni?
Bak kata perpatah melayu " Hujan emas kat negara orang, hujan batu kat negara sendiri. Best lagi kat negara sendiri"... Oleh kerana Yanbu ni letaknya kat negara islam dan mengamalkan cara hidup islam, so tak banyaklah masalah yang timbul especially dalam bab2 makan minum n ibadah kami. Tapi yang pasti perasaan rindu tu sentiasa le ada. Rindu kat semua yang ada kat Malaysia especially family n makanannya yang pelbagai jenis dan rasa. Mana tak rindu, dah 34 tahun aku hidup tak pernah berenggang ngan family dalam suasana kehidupan, budaya dan makanan Malaysia tetiba bila sampai sini semuanya kena tukar baik dari segi imej, kehidupan, budaya, makanan dan cuacanya...



Rindu sangat ngan makanan kat Msia especially buah durian ni. Agak2 balik raya nanti bebuah tak pokok durian kat kebun atok tu.....

Apa yang aku dah achieve sepanjang setahun dok kat bumi Anbia ni?

1) Telah menyatukan kembali keluarga kami yang telah terpisah selama 3 bulan. (Tak sanggup rasanya aku tunggu lama2 dok mengadap Alya yang asyik demam ingatkan Abah dia).


Demam rindu kat abah dia. Tu kain pelikat abah buat tido malam....


Bertemu setelah 3 bulan berpisah. Macam belangkas tak boleh berenggang langsung.

2) Semakin pandai memasak pelbagai jenis masakan especially makanan kegemaran family aku. Ini diakui sendiri oleh En. Leman bila dia makan sambal goreng yang aku masak. (dok kat sini malas ke rajin ke, pandai ke tak pandai ke kenalah gi dapor masak. Kalau tak makan roti ngan kari arab je le...)


Sambal goreng versi Yanbu kegemaran En. Leman. Nampak cam mudah je nak buat. Tapi kalau salah skill, abis hancur tahu, tempe n kentang nyer.... nasib baik le dah belajar dengan yang pakar sebelum aku ke mari.


3) Semakin terserlah penampilanku dengan imej muslimahnya. Tak de rock2 lagi dah. (Dok kat sini, suka atau tidak bila kuar umah kena pakai jubah n tudung colour hitam).


Bersama kekawan sedang mengayakan busana muslimah di tepi kolam renang. Alhamdulillah berhijrah kepada yang lebih baik...


4) Dah dapat menjejakkan kaki kat Masjidil Haram di Mekah n buat umrah.

5) Dah dapat menjejakkan kaki kat Masjid Nabawi di Madinah dan mengunjungi makam Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

6) Dah dapat mengerjakan rukun islam kelima iaitu haji di Mekah bersama-sama ngan En. Leman n Alya pada bulan Disember tahun lalu. (masa tu pregnant 4 bulan).

7) Dah dapat sorang lagi baby girl dengan lahirnya Aina Afia pada 18/4/09 yang lalu. ( Yang ini aku anggap bonus dari Allah s.w.t kerana memakbulkan doa aku dihadapan kaabah semasa umrah pertamaku).

Apa yang aku tak boleh buat sepanjang dok kat sini?

Tak boleh bawak kereta walau seminit pun. Kalau tak silap2 tido balai polis le.... Ini undang2 Arab Saudi, org pompuan tak boleh bawak keta nanti kena buli ngan mat arab yang bawak keta ngan ganasnya. (Hai dah mengigil dah tangan ni gian nak bawak kereta. Balik Msia nanti tak tau le pandai lagi tak aku bawak keta. Kalau tak kenalah upah sorang driver ....)

Dah setahun dok di perantauan ni, apa lagi ek yang aku nak?

Nak balik Malaysiaaaaaaaaaaaaaa.


2 comments:

KAHERAH said...

Bila cete ttg mesia nie yg tak leh tahan sebak nie..apa2 pun tahniah kak sebab telah setahun mengharungi hdup dirantauan..Alhamdulillah..

Masdihana Hamzah said...

hukhukhuk....dengo ramai kekawan dah balik msia cam tak sabo gitu nak tunggu turn kami lg 2 bulan...

msia tunggu lah kepulangan kami...