Tuesday, August 4, 2009

Ziarah ke Madinah

Syukur dengan izin Allah s.w.t, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik, sekali lagi kami sekeluarga dapat berkunjung ke Madinah pada hari Ahad & Isnin yang lalu. Sudah tentunya ziarah kami pada kali ini bersama dengan ahli keluarga baru iaitu Aina Afia. Alhamdulillah rezeki anak-anak aku agaknya, kecik-kecik lagi dah dapat jejakkan kaki kat tanah haram ini.
Agak2 3-4 bulan gak aku tak ke sana kerana sarat mengandung n berpantang, so bila hubby ajak menziarahi Madinah rasa teruja gitu, especially nak solat kat dalam Masjid Nabawi & masuk ke raudah. Rasa rinduuuu sangat. Inilah salah satu keistimewaan tinggal di tanah gersang milik penciptaNya. Sangat dekat ngan tanah haram, Mekah & Madinah.
Mungkin kali ini kami pergi pada hari bekerja di Saudi , so agak mudah untuk mendapatkan hotel yang agak dekat dengan Masjid dengan harga yang berpatutan. Kami suami isteri terpaksalah bergilir2 ke masjid kerana menjaga Afia kat Hotel. Bukan tak nak bawak Afia ke masjid tapi kami tak mahu dia terlalu terdedah ngan cuaca yg tersangat panas, lagipun takut gak aku ngan wabak H1N1 yg tengah mengganas sekarang ni. Peluang nak masuk ke raudah pun banyak juga tapi aku pasang niat cukuplah sekali sahaja, memandangkan ramai jemaah yang nak masuk dan aku terpaksa berhimpit2 semasa hendak mengerjakan solat sunat kat dalam raudah tu. Takut gak aku ngan penyakit tu.... Perpatah melayu ada berkata " Mencegah adalah lebih baik daripada merawat". kan... kan...kan...
Sebelum balik ke Yanbu sempatlah gak kami singgah kat Masjid Qiblatain, Jarir Book store n Kilang membuat al-quran (tapi tak dapat masuk sebab kami sampai lepas office hour... tutup daa). Anyway, thanks En. Leman kerana membawa kami ke kota Madinah. Lepas ni bawak kami balik Malaysia pulak ye... dah rinduuuuuuu sangat....
Pemandangan di luar Masjid Nabawi. Payung2 gergasi telah dipasang mungkin kerana cuaca yang terlalu panas sekarang ni.


Salah satu pintu untuk ke makam Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana Alya tak dapat ikut aku masuk ke dlm raudah kerana dilarang oleh petugasnyer, so abah ajak Alya gi makam nabi n raudah ikut pintu lelaki... untungnya Alya... jealous ibu.




Antara pintu-pintu untuk memasuki Masjid Nabawi. Emas tulin ke tu....?

Alya n Afia di luar Masjid Nabawi. Sekarang ni undang2 cam makin ketat je. Ibu2 yg bawak anak2 boleh masuk sampai kat ruangan pertama je, tak leh masuk dalam2... ciannyer.

Membelakangkan kubah hijau dimana letaknya makam Nabi Muhammad s.a.w & kawasan raudah.

Pasar longgok kat luar kawasan Masjid Nabawi. Macam2 ada. On the way balik hotel sempat gaklah aku singgah kat kedai tu sambar beberapa helai jubah dan cenderamata untuk bawak balik kg...

Bilik hotel Feroz yang sangat selesa. SR200.00 aje semalam. Letaknya kat belakang Madinah Hilton. Kalau malas nak turun makan, order je dari bilik.... tapi yang pasti En. Leman tetap pergi ke restaurant KFC nyer.

No comments: