Friday, July 10, 2009

LABAIKALLAH HUMALABAIK

Dengan izin Allah s.w.t, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik dapatlah sekali lagi kami sekeluarga ke kota Mekah untuk mengerjakan umrah pada petang Rabu yang lalu. Rasa-rasanya nak dekat 3-4 bulan dah kami tak ke Mekah disebabkan aku sarat mengandung dan berpantang. Rasa rindu ni memang dah membuak-buak dah..... Kalau sebelum ini kami pergi bertiga tapi kali ini berempatlah pula. Ini merupakan umrah yang pertama buat Aina Afia dan Alhamdulillah Afia tidak banyak ragam semasa kami bertawaf n bersaie, cuma merengek sikit2 je sebab masa tidurnya diganggu. Oleh kerana kami mula mengerjakan umrah pada pukul 1.00 pagi hari Khamisnya so cuaca tidaklah terasa begitu panas dan para jemaah pun taklah ramai sangat. Alhamdulillah kami siap bertahlul tanda sempurnanya umrah kami lebih kurang pukul 3.00 pagi.

En. Leman dan puteri2nya di depan Kaabah.


Alhamdulillah tertunai sudah hajat dihati untuk membawa puteri keduaku mengerjakan umrah.

Afia dan abahnya semasa bersaie. Hairan agaknya dia sebab selalunya pukul 1.00 - 2.00 pagi ni disuruhnya tido tapi ngapa dibawak jalan2 ni.


Dah ngantuk sangat le tu... tak sempat habis saie dah tertido kat dalam kereta sorong.


Kita minum dulu.....

Lepak kat Masjidil Haram. Akak Alya kena jaga adik semasa ibu n abah solat sunat tawaf n asar selepas tawaf wida. Semasa solat subuh dan zohor, kami suami isteri terpaksa bergilir2 ke Masjidilharam sebab tak nak menganggu tido Afia lagipun hotel kami dekat je ngan masjid.

Masa aku mula solat asar tetiba Afia bangun n nangis dengan kuat nyer. Masuk raakat kedua mak arab kat sebelah aku amik n dukung Afia semasa dia tengah solat. Habis sampai termasuk2 dalam jubah mak arab tu masa dia sujud. Tu yg muka cam terkejut je. Cian Afia..... Mak2 arab kat sini memang pandai betul solat sambil dodoikan anak. Kalau cam ni aku kena praktis kat umah ni.

No comments: