Friday, July 10, 2009

Sayonara

Memang lumrah kehidupan ini wahai anakku, Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahaannya. Jadi terpaksalah kita menerimanya. Petang tadi kami ke Yanbu airport menghantar classmate Alya, Farhana dan keluarganya yang berpindah pulang ke Singapura kerana ibunya telah menamatkan perkhidmatannya sebagai lecturer di Yanbu Collegue. Dalam perjalanan pulang selepas menghantar kawannya sekeluarga, tetiba aku terperasan Alya menangis kat belakang... ditanya ngapa, sedih katanya sebab kawan sekolahnya dah tak de, dah balik singapura... Insyallah panjang umur, korang jumpalah lagi nanti, maybe kat universiti pulak.


Gambar kenangan ngan ex-classmatenya, Farhana sebelum bertolak ke Yanbu Airport.

Kurang dah teman sepermainan Alya kat Yanbu ni....


Insyallah Kak Ju nanti kita jumpa kat Tambak Johor pulak ok..... Semoga Kak Ju dan keluarga selamat sampai ke tanahair bertemu dengan orang-orang yang tersayang.

No comments: