Saturday, November 1, 2008

Kita Hanya Merancang....

Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.... Rancangan kami untuk bermalam di Jeddah dan menghadiri open house Konsulate Malaysia hari Rabu lalu terpaksa dicancel pada saat-saat akhir. Sebabnya hubby kena OT hari Khamisnyer ... huhuhu... tak pe le... masyuk tu... Mudah-mudahan elaun suri rumah pun bertambah ujung bulan ni sebab asyik OT je En. Leman saya ni. hehehe... gurau je.
Tapi rancangan kami untuk ke Makkah buat umrah, kami teruskan juga pada hari Jumaatnya, walaupun balik hari.. Mungkin dah terasa rindu gitu ngan lambaian kaabah. Ialah dah nak dekat sebulan dah tak ke sana. Seawal pukul 6.30 pagi, kami bertolak dari Yanbu ke Makkah. Sampai pukul 10.30 pagi, terus buat umrah. Ngam-ngam kami habis saie, sembahyang Jumaat pun bermula. Kami sembahyang Jumaat di dataran Saie je. Lepas tu, isi perut kami yang dah lapar ni, kat mana lagi, kat D'Saji Felda le... Buat date lagi ngan Brother Zakuan dan Iskandar yang kami jumpa kat Madinah last week. Kat D'saji kami pekena nasi brayani n ABC... lepas rindu gitu kat ABC Msia.. Lepas solat Asar n tawaf wida, kami pun pulanglah ke Yanbu...
Bila citer kat Zakuan, kami buat umrah balik hari je, jealous giler dia... Ye le duit package umrah they all tu... dapat buat umrah banyak kali kalau dok kat sini... Gi lah suruh court mammort buka kat sini... Orang arab suka beli perabut tau... ajak along saya sekali.. Tapi kat sini tak leh charge interest... Pak Arab kata... harammmmmmmmmm..

On the way to Makkah

Kat depan Masjidil Haram

ABC D'Saji. Ada bendera Msia lagi....

En. Leman cukur rambut. "No. 2 please..."

1 comment:

Saliza said...

Kenapa tak cakap gi Mekah. boleh jumpa kat sana ari tu...
K.za buat ziarah je... Insy. next week buat umrah .