Sunday, November 16, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Bila sebut hujung minggu, kat sini hujung minggu kami ialah hari Khamis dan Jumaat bukannya hari Sabtu dan Ahad cam kat JB. Dan oleh kerana hubby tak de OT, maka hujung minggu kami yang lalu terisilah juga ngan beberapa aktiviti yang berfaedah.....
Hari Khamisnya pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama Hj. Fadzil dan Kak Saliza sekeluarga bertolak ke Madinah. Seperti biasa sampai di Madinah singgah di Masjid Quba jap untuk sembahyang sunat. Lepas tu ke Masjid Nabawi untuk sembahyang Zuhur dan Asar. Kali ni Masjid Nabawi sudah sesak dipenuhi ngan jemaah haji dari seluruh dunia. Sembahyang pun kat luar je... tak pe le kasi chance kat jemaah haji yg first time datang untuk sembahyang kat dalam masjid. Lepas asar kami bertolak keluar dari Masjid Nabawi, singgah jap kat kedai runcit Indonesia. Beli barang dapur sikit. Setelah itu perjalanan diteruskan lagi ke Al Noor Mall. Jalan2 cuci mata. Anak-anak riang gembira dapat bermain beberapa game kat dalam mall tu.. ala-ala cam kat danga bay gitu... Lepas pekena KFC kat car park Al-Noor mall kami pun pulang le ke Yanbu...


Antara kedai2 yg terdapat kat dalam Al-Noor mall. Tutup jap solat isyak.


Riang ria kanak-kanak ini dapat main bumper car...

Dah penat main, minum mocca ais....
Hari Jumaat pagi hingga ke tengahari dok kat umah lepak2 je... hilang kan penat semalam punyer... Selepas solat asar, ikut hubby gi kursus haji untuk bakal-bakal haji kat...... mmmmm....kat mana ye tempatnyer.... tapi kat area2 Yanbu lak gak. Kursus haji ni disampaikan oleh ustaz Indonesia yang didatangkan khas dari Madinah. Tempatnyer tak le seglamour cam kursus kat Tabung Haji.... sempoi je... tapi banyak gak penerangan cara2 untuk mengerjakan haji yang diperolehi.... Bolehlah dibuat sebagai rujukan dan panduan. Insyallah.. Kursus pada hari itu akan disambung lagi pada 28/11/2008.
Kursus Haji.

7 comments:

cik aa said...

Al Noor mall tu kat mane ek?ari tu gi Madinah tak jumpa plak..nama dah sama dah tu..

leman said...

Salam...
Ada satu cadangan dan satu pembetulan:
Cadangan: cuba gantikan perkataan sembahyang dengan solat. Solat adalah lebih tepat.
Pembetulan: Masa kat carpark hari tu, kita makan KFC, bukan McD.
Sekian, tq

Masdihana Hamzah said...

Cik Aa.. rasa2nyer Al-Noor mall tu dekat ngan bukit uhud kot... hehe.. maklum le dok belakang jadi boss.. alih2 je dah sampai....

perkataan sembahyang n solat... kedua2 penggunaan ayat tu tak salah rasa2 nyer... sebab perbuataanya sama... masa sekolah ugama dulu2 pun gunakan perkataan sembahyang.....

Dida... said...

Salam..

La sudah.. husband & wife bercanggah pendapat ni... Kak Mas, dah kurang ke loya2 kak Mas tu.. smoga kandungan Kak Mas sentiasa sihat... :)

Masdihana Hamzah said...

hehehe... saja je...

ni dah leh jalan2 selalu2 ni, dah ok le.. loya2 sekejap je. dapat ubat dari msia ok dah... kalau tak, tak leh kemana2 le.. dok umah je.. alhamdulillah mintak2 sampai bersalin nanti sihat.

Dida, bila nak kemari?

zikhan said...

Salam K.Mas.. hmm mabuk2 pun jauh jugak jalan ek.. saya dulu 6bln loya, kalau naik kete kompom muntah..tak besnye masa tu..

hehe..sorile kasut mia tu sy tak amek lg la... sorry-milah-

Masdihana Hamzah said...

salam milah... sonyap je..alhmadulillah dengo kaba masalah yg dihadapi telah dapat diselesaikan..Bila nak jemput gi umah baru?

Alhamdulillah, loya cuma bulan pertama je.. lepas tu ok dah...leh jalan2... skg ni kalau dok umah lak yang loya2 nak muntah...hehehe