Dengan izin Allah, semalam kami sekeluarga ke Madinah lagi. Kali ni ngan sebahagian daripada keluarga Kak Saliza dan Hj. Fadzil. Cuaca kali ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan 2 minggu lepas. Madinah kini telah mengalami perubahan cuaca dari panas ke sejuk. Kami tidak tahu sebenarnya perubahan ini, sehinggalah kami sampai di Masjid Quba pada pukul 9.30 pagi, turun dari kereta terasa hembusan angin yang begitu sejuk sekali. Suhu sejuk sekitar 20 deg. celcius. Ala2 cam kat Genting Highland gitu. Sian Alya kesejukan.. Nasib baik kat luar Masjid Quba ada jual sarung tangan dan topi ala2 winter sonata. Hubby belikan sepasang untuk Alya.
Alya dan Akmal kesejukan
Shopping ringan2 kat Masjid Quba
Selepas itu perjalanan kami diteruskan lagi ke Masjid Nabawi. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi. Terjumpa dengan ramai jemaah haji dari Malaysia. Sempat berbual2 ngan they all. Ada tu muda-muda belaka dah datang buat Haji. Mudah-mudahan urusan haji mereka dipermudahkan lebih-lebih lagi dengan cuaca yang nyaman begini. Insyallah. Ingat nak jumpa gak dengan Mak Ani (mak mertua sepupu) tapi handphone dia tak dapat lak... Lepas sembahyang Jumaat, kami diizinkan Allah untuk memasuki raudah. Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. Lepas makan tengah hari di kedai Indonesia, perjalanan diteruskan lagi ke bukit uhud, bukit magnet, tempat ternakan unta, pasar lelongan barangan terpakai dan Jarir bookstore. Sebenarnya lawatan ini kami panjangkan dengan ada nyer Hj. Fadzil yang lebih terror dari GPS. Kalau En. Leman saya yang bawakan... sesat je makan 2 jam..hehehe. Kami pulang semula ke Yanbu lepas solat Maghrib di Masjid Qiblatain.
Bukit Uhud dan awan yang memutih.... sejuk.
Dari puncak Bukit Uhud.
Kat ladang ternak unta.
Tiga jejaka Yanbu menanti dengan sabar susu unta mereka....
Susu unta baru diperah.
Sekitar bukit magnet dengan cuaca yang sejuk.
Bukti kebesaran Allah. Kereta En. Ahadin ditarik selaju 60km oleh bukit magnet.
No comments:
Post a Comment