Sunday, July 20, 2008

Jamuan Perpisahan


Hari Jumaat yang lalu, merupakan hari terakhir persekolahan Aina Alya di sekolah Taska At-Tasneem, Pelangi Indah. Tengaharinya aku hantar sedikit makanan. Buat jamuan sikit. Jamuan perpisahaan kononnya. Sebelum pulang, Alya berjabat tangan dengan semua kawan-kawan dan guru-gurunya. Aku pula yang tangkap leleh. Kesian Alya. 7 bulan je sekolah di sini. Baru dapat sesuaikan diri dengan kawan-kawan dan guru-guru, dah kena berhenti sekolah. Tak pe lah nanti dapat kawan-kawan dan guru-guru baru ok.


Jamuan nasi ayam dalam dulang. Berselera nampaknya Alya dan kekawannya


Member kamcing. Kawan-kawan nilah yang selalu pujuk Alya bila datang sekolah nangis

Alya menerima hadiah daripada guru besar sekolah, Cikgu Norani. Terima kasih cikgu..

Alya dapat hadiah teddy bear dari Cikgu Zee, Cikgu Sidah dan Cikgu Ila. Terima kasih cikgu...

Gambar kenangan bersama guru-guru dan rakan-rakan sekolah.

Sayonara....Semoga kita berjumpa lagi.

1 comment:

leman said...

Cian anak abah...
InsyaAllah, nanti abah carikan sekolah kat sini. Nanti, boleh la kawan dengan anak-anak kawan abah. Tapi kat sini kena belajar cakap inggeris dan bahasa arab tau...!!