What's next?.... packing le.... Kerja-kerja packing ni baru aku buat separuh jalan aje. So, far aku dah pack 2 buah beg yang kebanyakannya berisi baju dan buku. Sebuah lagi kotak yang berisi dengan stock makanan yang dipesan oleh suami. Macam masak je kat sana... hehehe. Apa-apa pun aku kena make sure berat luggage aku ni jangan sampai terlebih 50 kg. Kalau tak kena bayar. Rugi-rugi......
Mmmmm..... + - x , tinggal lebih kurang 14 hari je aku kat Malaysia. Perasaan ini jangan cakap le bercampur baur. Begitu teruja kerana inilah kali pertama aku keluar dari tanahair ku dan akan bertemu dengan suami tercinta yang telah meninggalkan kami lebih kurang 3 bulan. Pulak tu tempat aku nak pergi ni, tempat ibadat umat islam seluruh dunia. Tetapi kekadang tu timbul lak perasaan sayu, pilu, sedih bila mengenangkan aku akan meninggalkan mak dan abah, adik beradik yang lagi 5 orang ni, atok dan nenek yang dah uzur, mak cik dan pak cik yang dah macam kekawan, ipar duai yang terlalu baik hati dan kia rio ku yang sentiasa membawa aku ke mana sahaja. Dan lagi sedih bila suami cakap kat telepon hari tu... " Hari raya tahun ini tak balik tauuuuuu......" huhuhu. Apa-apa pun reda je lah... dah rezeki suami kat sana. "Tinggal emak, tinggal saudara, kerana kasih hamba turutkan..... " cewahhhhh bersyair lak dahhhh.
4 comments:
Salam Mas,
Alhamdulillah da nak dekat tarikh berangkat...syukur yek akhirnya di beri peluang menyertai mereka di Yanbu.Moga perjalanan Mas di permudahakan dan selamat sampai ke sisi suami tercinta...Gud Luck!
Insyallah semoga kami selamat sampai. Erah doa2 kan kami ye. Thanks erah.
mabruk akak...akhirnya penantian selama 3 bulan akan berakhir....insyaallah kalu berpeluang kita bleh jumpa kat sini :-)
insyallah as. kalau diizinkan Allah boleh kita bertemu di sana nanti. Looking forward to see u soon. Mmmm over excited dah ni....
Post a Comment