Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (H.R Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Thursday, October 6, 2011
Blk Kg RAYA...... :)
Keluarga bahagia Hj Hamzah dan Hjh Maziah... makin bertambah nampaknya th ni :)
Adik beradik 6 org seibu dan sebapa ..:) kecoh
Dah beso anak ibu :)


Berkongsi hari jadi dengan Cik Az, Cik Rini, Izz dan Acik.. Tq Along Norhazi sbb sponser kek coklat ni...
Ya Allahu Ya Lathif..
Wahai tuhan yang Maha Lembut,
Lembutkanlah hatiku seperti mana Engkau lembutkan hati pada kekasihMu,
Lembutkanlah hati ini untuk sentiasa ingat padaMu,
Untuk sentiasa bermunajat padaMu,
... Sepertimana kelaziman para kekasihMu.
Ya Lathif...
Aku berlindung dari keras dan matinya hatiku.
Ya Lathif...
Wahai yang Maha Lembut,
Berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti,
Aku bermohon dengan sifat Maha LembutMu,
Agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku
Amin
Monday, April 25, 2011
Aina Afia dah 2 tahun...
Bday girl with her cake n present....sponser by ABAH
Selamat Hari Jadi Permata Hatiku, Aina Afia. Semoga jd anak solehah.
1,2,3.............. Serbuuuu
Sunday, March 20, 2011
Tsunami di Jepun - Bukti kiamat semakin hampir

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.
Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur. Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA. Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat. credit : jeming hasan (http://www.facebook.com/notes/
Sunday, March 6, 2011
Rezeki Kami Masih Di Sini..
Aina Afia dah belajar pakai telekung
Aina Afia dah belajar solat ngan kakak.
Akak nak tulis, adik pun sibuk nak tulis gakk..
Akak nak pergi sekolah ngan pakaian musim sejuk....
En. Sulaiman makin kencang ngan aktiviti memancingnya di Yanbu.
En. Sulaiman berkongsi kek ulangtahun yg sama dgn Hj Yazid, Hj Lobo dan Alisa.Bila jiran2 senegara semakin bertambah di kawasan compound ni, apalagi acara makan2 dan masak2 bermulalah..... dgn meriahnya.... masak makan, masak makan, masak dan makan lg.... mmmm... cam ni bila nak kurus ni.. hehehe... apa2 pun mmg hepi bila hidup kita ini dikelilingi dgn rakan2 seperantauan yg sangat baik dan mesra.
masak dan makan.....
Menu yg meriah semasa potluck break fast sesama jiran di rumah aku. 
Jiran2 senegara.... dah macam satu keluarga besar yg cukup mesra.
Masak, makan dan bergambar.

Balik Kg - 23/12/2010 - 15/01/2011
mmm... sawang dah pun dibersihkan , apalagi jom update blog Permata hatiku ni.
Cerita dimulakan dgn cerita2 basi blk kampung kami pada 23/12 hingga 15/01/2011. Balik kg kali ni bukan disebabkan oleh hal2 yg tertentu. Cuma balik nak hilangkan kerinduan pada kaum keluarga, kampung halaman dan tanah air tercinta.... cewahhhhh.
Kami mendarat di KLIA pada 24/12/2010 tepat pukul 11 pagi. Telah sedia menanti kepulangan kami ialah Cik Az (adik lelaki no 2) dan Ucu Alya n Afia... Tak cukup satu kereta, Pak Andak (Naharuddin) terpaksa dikerah ke KLIA utk mengangkut beg2 kami dan juga 4 botol air zam2. Mak dan Abah rupa2nya dah ada kat umah Mak n Pak Uda untuk menyambut kepulangan kami berserta ngan masakan air tangan mak n mak uda.... acara makan2 pun dgn rasminya telah bermula pd hari pertama kami di bumi Msia. Sebelum kami berangkat pulang ke Johor Bahru, sempatlah jua kami menghadirkan diri di majlis tahlil utk arwah atok n nenek di rumah Pak Andak ( Naharuddin)
Pulang ke kampung di Johor Bahru pada kali ini aku rasa ada sedikit kekurangan dan kesedihan. Manakan tidak, pulang kali ini aku tidak dapat menatap wajah kedua2 atok dan nenek apatah lagi bermanja2 seperti dulu dgn mereka. Nenek telah pergi pada sekitar bulan 5 pada tahun 2010 manakala atok pulak menghembuskan nafasnya yg terakhir 2 minggu sebelum kami berangkat pulang akibat barah hatinya... Aku pasrah, mmg telah ditakdirkan aku hanya dapat menziarahi perkuburan mereka sahaja kali ini... berehatlah dgn tenang atok n nenek. semoga syurga tempatmu. Al-fatihah.
Walaupun hanya 3 minggu sahaja, syukur Alhamdulillah kami telah dapat meluangkan sebaik2 mungkin masa yg terhad ini bersama2 keluarga tercinta di kedua2 belah pihak. Macam biasa acara makan2 n borak tidak ketinggalan.
Walaupun berat kaki ini melangkah, demi kerana tanggungjawab dan perasaan rindu kami pada bumi anbia ini, terpaksa jua kami tinggalkan kaum keluarga dan pulang semua ke Yanbu pada 15/01/2011. Insyallah, pjg umur nanti kita jumpa lg.
Kenangan indah sewaktu di tanah air tercinta
Alya n Afia di Jeddah airport. Tak sabar nak jumpa atok n nenek.
Lepak2 di warung nasi lemak Mak Andak di Bangsar dan meraikan hari jadi En. Sulaiman pd tanggal 24/12 juga.
Acara berpicnic bersama2 dgn keluarga En. Sulaiman di Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Berehat sambil mandi manda di Tanjung Balau, Kota Tinggi
Alya dan Afia di rumah peninggalan arwah atok dan nenek.
Menemani En. Sulaiman fishing di Fishing Bay Resort, Air Papan
Pekena ABC dan keropok lekor di tepi laut mersing
Nasi lemak bangsar lagi..Blog dah bersawang...
Sunday, October 31, 2010
Tetamu Allah....Haji 2010
Masjid Nabawi









Bluebarry cheese tart
Nasi ambang
Pizza
Tiramitsu
Lemon cheese cake
Talam berlauk (my favourite ni)
Mee kuning buatan sendiri n mee goreng mamak



