Sunday, March 6, 2011

Rezeki Kami Masih Di Sini..

Alhamdulillah, dah dapat berita gembira dari suami, contract berkerja di Saudi disambung lg setahun. Kalau tiada aral, bermakna ni dah masuk th ke 4 kami tinggal merantau di bumi anbia ini. Cepat ye masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 3 th dahh. Masih terbayang2 lg bawa Alya g wat medical check up kat hospital dan ke Kuala Lumpur uruskan visa ke mari. Rasanya masih belum puas lg tinggal di bumi gersang ni. Kalau diizinkan nak jua tinggal di sini selama mana mungkin….. kerana di sini ada 2 rumah suci Allah. Tp kalau En. Sulaiman dah ajak balik, kena le balik kg gak... hehehehe…
Setelah hampir 3 tahun kami sekeluarga di sini, kehidupan kami semakin selesa dan sempurna lebih2 lg setelah kami terpaksa berpindah ke rumah compound yg telah disediakan oleh majikan. Rumah yang disediakan serba lengkap dan lebih selamat dengan kemudahaan pegawal keselamatan yg disediakan. Dapatlah anak2 bermain riang di taman permainan yg disediakan tanpa rasa risau. Bertambah meriah lg dgn jiran2 senegara yg telah berpindah masuk seramai lebih kurang 11-12 keluarga pd beberapa bulan lalu. Tiada lg rasa risau bila suami berkerja di waktu malam dan dapatlah menghilangkan sedikit kebosanan dan kerinduan terhadap keluarga bila ada jiran2 sekeliling yg telah dianggap sebagai adik n kakak.
Cerita pasal kedua2 Permata Hatiku pula, Aina Alya sekarang ni dah masuk gred 1 di sekolah yg sama iaitu Yanbu International School. Alhamdulillah dah nampak sedikit peningkatan terhadap pembelajarannya dan mempunyai self-confidence yg sangat tinggi. Dan Alya jua telah mula belajar mengaji dgn seorg guru pakistan yg datang mengajar mengaji di kawasan compound ini. Alhamdulillah lega rasanya. Aina Afia pula telah membesar sebagai seorg kanak2 yg sihat walafiat, periang, banyak cakap dan sungguh aktif sekali. Kehidupan kami sekeluarga bertambah meriah dgn kehadiran Afia. Insyallah pd 18hb April genap lah usia Aina Afia 2 tahun.
Syukur Alhamdulillah, semoga dengan rezeki yg masih ada di sini, kehidupan kami sekeluarga akan bertambah sempurna dan bahagia dan akan cuba munafaatkan peluang yg diberi ini sebaik mungkin. Insyallah.
Kesayanganku....

Aina Afia dah belajar pakai telekung

Aina Afia dah belajar solat ngan kakak.

Hobi terkini.. suka dengar lagu2 arab kat tv

Akak nak tulis, adik pun sibuk nak tulis gakk..

Akak nak pergi sekolah ngan pakaian musim sejuk....

En. Sulaiman makin kencang ngan aktiviti memancingnya di Yanbu.


En. Sulaiman berkongsi kek ulangtahun yg sama dgn Hj Yazid, Hj Lobo dan Alisa.


Bila jiran2 senegara semakin bertambah di kawasan compound ni, apalagi acara makan2 dan masak2 bermulalah..... dgn meriahnya.... masak makan, masak makan, masak dan makan lg.... mmmm... cam ni bila nak kurus ni.. hehehe... apa2 pun mmg hepi bila hidup kita ini dikelilingi dgn rakan2 seperantauan yg sangat baik dan mesra.

masak dan makan.....

Menu yg meriah semasa potluck break fast sesama jiran di rumah aku.




Jiran2 senegara.... dah macam satu keluarga besar yg cukup mesra.



Masak, makan dan bergambar.

Jiran2 terkini ku...dah hampir2 12 family
Seronok berkumpul beramai2 begini masak2 dan makan2...


3th hidup jauh dari mak, nampaknya anak mak yg tak pandai masak ni dh boleh masak leee...tak caya? haaaa kat bawah ni antara bukti2nya.... heheheh

Bluebarry cheese tart

Nasi ambang
Pizza

Tiramitsu
Lemon cheese cake

Talam berlauk (my favourite ni)

Mee kuning buatan sendiri n mee goreng mamak

Dan satay ( resepi dr Kelantan)

No comments: