mmm... sawang dah pun dibersihkan , apalagi jom update blog Permata hatiku ni.
Cerita dimulakan dgn cerita2 basi blk kampung kami pada 23/12 hingga 15/01/2011. Balik kg kali ni bukan disebabkan oleh hal2 yg tertentu. Cuma balik nak hilangkan kerinduan pada kaum keluarga, kampung halaman dan tanah air tercinta.... cewahhhhh.
Kami mendarat di KLIA pada 24/12/2010 tepat pukul 11 pagi. Telah sedia menanti kepulangan kami ialah Cik Az (adik lelaki no 2) dan Ucu Alya n Afia... Tak cukup satu kereta, Pak Andak (Naharuddin) terpaksa dikerah ke KLIA utk mengangkut beg2 kami dan juga 4 botol air zam2. Mak dan Abah rupa2nya dah ada kat umah Mak n Pak Uda untuk menyambut kepulangan kami berserta ngan masakan air tangan mak n mak uda.... acara makan2 pun dgn rasminya telah bermula pd hari pertama kami di bumi Msia. Sebelum kami berangkat pulang ke Johor Bahru, sempatlah jua kami menghadirkan diri di majlis tahlil utk arwah atok n nenek di rumah Pak Andak ( Naharuddin)
Pulang ke kampung di Johor Bahru pada kali ini aku rasa ada sedikit kekurangan dan kesedihan. Manakan tidak, pulang kali ini aku tidak dapat menatap wajah kedua2 atok dan nenek apatah lagi bermanja2 seperti dulu dgn mereka. Nenek telah pergi pada sekitar bulan 5 pada tahun 2010 manakala atok pulak menghembuskan nafasnya yg terakhir 2 minggu sebelum kami berangkat pulang akibat barah hatinya... Aku pasrah, mmg telah ditakdirkan aku hanya dapat menziarahi perkuburan mereka sahaja kali ini... berehatlah dgn tenang atok n nenek. semoga syurga tempatmu. Al-fatihah.
Walaupun hanya 3 minggu sahaja, syukur Alhamdulillah kami telah dapat meluangkan sebaik2 mungkin masa yg terhad ini bersama2 keluarga tercinta di kedua2 belah pihak. Macam biasa acara makan2 n borak tidak ketinggalan.
Walaupun berat kaki ini melangkah, demi kerana tanggungjawab dan perasaan rindu kami pada bumi anbia ini, terpaksa jua kami tinggalkan kaum keluarga dan pulang semua ke Yanbu pada 15/01/2011. Insyallah, pjg umur nanti kita jumpa lg.
Kenangan indah sewaktu di tanah air tercinta
Alya n Afia di Jeddah airport. Tak sabar nak jumpa atok n nenek.
Acara berpicnic bersama2 dgn keluarga En. Sulaiman di Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Berehat sambil mandi manda di Tanjung Balau, Kota Tinggi
Alya dan Afia di rumah peninggalan arwah atok dan nenek.
Menemani En. Sulaiman fishing di Fishing Bay Resort, Air Papan
Pekena ABC dan keropok lekor di tepi laut mersing
Nasi lemak bangsar lagi..
No comments:
Post a Comment